Proton Lekir: Lotus Europa

Proton Lekir.04

Pernah dengar Proton Sepang? Kereta sport yang pernah dirancang untuk dikeluarkan oleh Proton. Walau bagaimanapun projek ini tidak menjadi dan baru-baru ini Proton Lekir yang diambil daripada Lotus Europa ditayangkan di KLIMS. Dari situ kita boleh andaikan yang projek Proton Sepang dahulu adalah Lotus Europa. Bila ditanya oleh pemberita model manakah yang menjadi kegemaran Dato’ Syed Zainal jawapan beliau ialah Lekir selepas Proton Tuah. Menarik. Tambah DSZ lagi, Proton perlukan produk yang menarik bila mana persepsi awam mengenai barisan kereta Proton adalah biasa-biasa saja. Selepas KLIMS di buka kepada orang ramai, DSZ memaklumkan kepada wartawan yang kemungkinan Lekir akan diproduksikan.

Proton Lekir.07

Selang beberapa minggu, Pengarah Perancangan Korporat Proton, Dr Badrulhisham Mohd Ghazali mengesahkan kepada pemberita di Kota Baharu yang Proton akan menghasilkan sebuah kereta sport ala Lotus dan akan dikeluarkan dalam masa dua tahun. Ini bermakna kereta sport Proton kelak bukan setakat tukar lambang Lotus kepada Proton sahaja dan tempoh dua tahun sebenarnya sudah cukup untuk membina sebuah kereta baru. Selamat untuk dikatakan yang Proton baru ini akan mempunyai DNA dan identitinya yang tersendiri.

Proton Lekir.01

Untuk rekod, Lotus Europa dikuasakan oleh enjin 2.0 liter turbo dengan output 200ps dan 272Nm tork. Memandangkan Proton mempunyai CFE kemungkinan besar enjin Campro tersebut akan dimuatkan ke dalam ruang enjin kereta ini nanti. Akhirnya Lotus versi Proton akan dikeluarkan, seperti yang diminta ramai.

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.