ETCM LANCAR KEMPEN NISSAN PREMIERE TEST DRIVE

Nissan Premier Test Drive 2011.01

KUALA LUMPUR (22 Jun 2011) – Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) menganjurkan kempen pandu uji yang dikenali sebagai Nissan Premiere Test Drive (NPTD) yang bakal diadakan di bilik-bilik pameran terpilih di seluruh negara.

NPTD merupakan satu acara unik yang membolehkan orang ramai mengunjungi bilik-bilik pameran ETCM terpilih dan berseronok di sepanjang hari di sana dengan memandu uji model-model yang dimport sepenuhnya dan bakal dilancarkan tidak lama lagi seperti “King of MPVs” Elgrand, Juke yang inovatif dan March yang penuh gaya., di samping model-model berprestasi tinggi seperti 370Z Coupe dan 370Z Roadster. Turut serta adalah rangkaian lengkap model-model Nissan seperti Teana, Grand Livina, Sylphy, Latio, Sentra, X-Trail, Frontier, Navara dan Serena.

Para pelanggan juga boleh menikmati pengalaman Nissan yang memukau apabila memandu model-model tertentu Nissan di satu laluan khas bagi merasai DNA (Distinct Nissan Advantage, Kelebihan Nissan yang Berbeza) pada setiap model tersebut. Pelbagai aktiviti untuk seisi keluarga juga disediakan bagi menjadikannya satu aktiviti hujung minggu yang sempurna.

“Objektif kempen ini adalah untuk mendedahkan lebih ramai pengguna Malaysia mengenai keunikan Nissan, selain memberi peluang kepada mereka untuk merasai sendiri keselesaan, keterujaan dan keseronokan sebenar memandu kenderaan-kenderaan ini,” kata Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ Dr Ang Bon Beng.

Pada masa yang sama, ETCM turut menjalankan kempen “Drive Me Cra2y” yang akan berakhir pada 31 Mac 2012, di mana setiap orang berpeluang untuk memenangi sebuah kereta Nissan yang baru dengan hanya memandu uji mana-mana kenderaan Nissan.

Program NPTD bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang, perinciannya adalah seperti berikut:

Tarikh

Lokasi

25 – 26 Jun 2011

ETCM Petaling Jaya, Selangor

16 – 17 Julai 2011

ETCM Bayan Lepas, Pulau Pinang

23 – 24 Julai 2011

ETCM Kuantan, Pahang

10 – 11 September 2011

ETCM Jalan Raja Laut, KL

24 – 25 September 2011

ETCM Johor Jaya, Johor

ETCM juga akan menganjurkan acara NPTD di Malaysia Timur menjelang akhir tahun 2011.

Silakan kongsi:

Evolusi Subaru Impreza

Subaru Impreza 2011.02

Jenama Subaru adalah suatu yang asing di Malaysia, dulunya van Subaru E10banyak digunakan oleh Tenaga Nasional Berhad dan saya fikir itu sajalah yang boleh dikaitkan dengan jenama dari Jepun itu. Buat penggemar kereta berprestasi tinggi dan sukan rali pasti model Impreza selalu bermain di bibir mereka, walau bagaimanapun model itu tidak semayshur Mitsubishi Evolution. Berbeza dengan negara tetangga iaitu Singapura, jenama Subaru boleh dikatakan bersepah dan jika ada jolokan yang boleh diberi, Subaru Land adalah untuk Singapura manakala Mitsubishi Land pula adalah untuk Malaysia. Di kalangan penulis automotif pula mereka gemar ‘mengapi-apikan’ pengikut setia Evolution dan Impreza dengan membuat laporan perbandingan dan daripada apa yang saya perhatikan lebihnya terletak pada Evolution. Paling dahsyat ada jurnalis antarabangsa terkenal mengutuk habis-habisan rekaan Impreza generasi ketiga yang merupakan revolusi rekaan Subaru. Walaupun begitu, Impreza tetap mempunyai kelebihan tersendiri, bunyi enjin boxernya adalah ibarat nota muzik yang mengasyikkan!

Subaru Impreza 2011.01

Pada April lepas di New York, Subaru telah memperkenalkan kepada umum model Impreza 4 dan 5 pintu terbaru. Model itu juga merupakan produk di bawah slogan baru mereka iaitu Confidence in Motion. Model Impreza generasi keempat itu dibina mengikut konsep “Redefining Value, Redefining Class.” Keselesaan yang sinonim dengan model Impreza sejak 1992 diperhalusi lagi disamping mengekalkan ketahanan, pengendalian dan ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada teknologi Subaru iaitu Symmetrical AWD dan enjin Boxer. Impreza mahu ditonjolkan Subaru sebagai kereta globa yang berkualiti tinggi.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Nissan Grand Livina Talaan Impul Baru

Nissan Grand Livina Tuned by Impul 2011.02

Sepang (19 Jun 2011) – Berikutan ketibaan Nissan Grand Livina baru yang telah dipertingkatkan, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) hari ini pula memperkenalkan penampilan pertama di pentas dunia Nissan Grand Livina Talaan Impul yang baru sempena acara Super GT International Series 2011 di Malaysia.

Pasukan rekabentuk Impul telah melakukan ubahsuai terhadap aspek estetik dengan aerokit yang baru direka. Ia memberi penampilan yang lebih agresif dan dinamik untuk melengkapkan lagi Grand Livina yang baru ini. Tarikan utama aerokit tersebut ialah gril hadapan yang menggabungkan logo baru Impul, sekali gus menyempurnakan lagi bahagian hadapannya.

Sebagai tambahan kepada gaya sporty itu, sistem suspensi Impul yang meliputi penyerap hentak dan pegas gegelung yang telah dipertingkatkan ditala dengan lebih rendah sebanyak 25mm bagi mengurangkan olengan yang tidak diperlukan demi mengoptimumkan pengendalian serta membuatkan stereng berasa lebih jitu kepada Grand Livina yang baru ini.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Perodua Myvi Lagi Best

Perodua Myvi 2011.06

Sesungguhnya inilah tugas paling berat Matpon. Matpon nak kena tulis launching kereta baru. Matpon biasa tulis light-light jer. Entah apa dalam fikiran Matpon kali ni. Memandangkan tekanan ibarat tsunami pasal Myvi baru ni terpaksalah Matpon menulis. Bos-bos Matpon semua sibuk katanya. Tapi takpe Matpon boleh jadi bos, awak semua ni mesti suka kan?

Oklah mengikut informer Matpon Perodua Myvi Lagi Best ni mahal jugalah nak develop. Matpon dengar RM220 juta. Tapi awak-awak semua mesti tahu kan Perodua Myvi Lagi Best ni tak ori. Sebab body asal dia Daihatsu Boon. Lagi best sebab dia pakai balik chassis Myvi lama. Tapi Boon kat Jepun dah pakai Dual DVVT. Tapi Matpon respek jugalah sebab brader n makwe kat Perodua banyak modified Boon jadi Myvi. Orang kata ada identiti Malaysia. Entah-entah diaorang baca MK sebab tu boleh jadi terer macam tu. Siapa sangka. Matpon dah malas sebenarnya ni. Matpon rasa sampai sini je lah yer. Awak-awak semua layanlah gambar Myvi ni yer. Sekian.

Siapa yang dah beli Myvi ni bagitaulah Matpon boleh tumpang ronda-ronda sambil makan rojak dan cendol.

Babai.

-Matpon Lagi Best-

Klik untuk gambar seterusnya >>

Silakan kongsi:

Minyak RON97 Turun 10sen!

Rasionalisasi Subsidi

Minyak turun 10sen der. Hehehehehe. Entah apa pasal gua senyum pun tak tau. Minyak RON97 yer brader sekarang dah jadi 2.80. Gua sekarang tengah buat anjakan paradigma. Tapi sebelum tu gua kena faham betul-betul dulu apa maksud anjakan paradigma. Gua rasa ni ada kena mengena dengan konsep ubah gaya hidup. Oklah. Selamat isi minyak. Gua dengar sekarang orang tengah sibuk-sibuk nak launching Myvi. Gua aje yang tak sibuk maklumlah taste gua supercar. Hnsssss hnssssss hnssss.

Sekian. Babai.

-Matpon-

Silakan kongsi:

Toyota Prius v. V Untuk Versatiliti

Toyota Prius v 2011.03

Wagon seperti Toyota Wish, Perodua Alza dan Nissan Grand Livina memang popular di dalam pasaran domestik. Walaupun kenderaan jenis itu lebih glamor dikenali sebagai multipurpose vehicle [MPV] hakikatnya ianya tetap wagon iaitu kereta yang bumbungnya dilabuhkan sehingga ke belakang. Terus terang cakap ianya lebih ideal untuk keluarga kecil kerana format kerusinya adalah 5+2 dan bukan tujuh tempat duduk penuh. Paling menarik di Jepun Honda Stream RSV dipasarkan hanya dengan lima tempat duduk sahaja, barisan ketiga dibiarkan kosong untuk pengisian barang. Saya pun buntu memikirkan kenapa wagon begitu masyhur sedangkan kerusi barisan ketiganya sempit dan harganya pula tidak murah, mungkin faktor gaya, saiz yang kompak dan ekonomikal berjaya mengimbangi saiznya.

Toyota Prius v 2011.04

Bercakap mengenai ekonomikal, Toyota tampil dengan model yang saya kira sebagai idea yang bijak. Toyota Prius memang popular sebagai kereta yang menjimatkan bahan api, tetapi apa akan jadi jika enjin hibrid Prius disumbatkan ke dalam wagon seperti Toyota Wish? Hasilnya ialah Toyota Prius v, sebuah kenderaan yang bersaiz lebih kurang Toyota Wish dan dengan enjin hibrid yang pasti menjimatkan. Huruf v pada pangkal nama model merujuk kepada versatility atau dalam bahasa Melayu bermaksud serba boleh.

“Prius v membawa teknologi hibrid canggih kepada pelanggan yang mahukan ruang dan kargo yang lebih besar,” kata Pengurus Besar Toyota Amerika Syarikat, Bob Carter. “Dan kerana ianya Prius, emisinya lebih rendah daripada kenderaan lain serta penggunaan bahan api yang lebih baik daripada SUV, crossover atau wagon yang dijual di Amerika. Pada kami, ianya situasi menang-menang untuk semua,” tambah Bob.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Nissan Grand Livina Wajah Baru

Nissan Grand Livina 2011.01

Kuala lumpur (10 Jun 2011) – Hari ini, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) memperkenalkan Nissan Grand Livina baru yang lebih baik dan dipertingkatkan. Sekali gus ia menawarkan para pelanggan MPV, model yang lebih sporty dan kontemporari dari segi penampilan serta penggayaannya.

Terkenal dengan ciri pemanduannya seperti sebuah sedan, pengendalian yang lancar serta boleh menempatkan tujuh orang penumpang dengan selesa, Grand Livina baru ini dijangka mampu mengukuhkan lagi reputasinya selaku MPV yang berbaloi dimiliki dan berkualiti tinggi.

“Sejak diperkenalkan pada Disember 2007, Grand Livina telah menjadi salah satu MPV paling popular di Malaysia, dengan lebih 43,300 unit berada di atas jalan raya. Kami berhasrat untuk meneruskan popularitinya dengan versi facelift ini,” jelas Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ Dr Ang Bon Beng.

Nissan Grand Livina 2011.04

Pencapaian yang diperoleh Grand Livina termasuklah pelbagai anugerah berprestij seperti “Best Value For Money MPV” oleh Asian Auto-VCA Auto Industry Awards dan “The Best MPV” dari majalah Stuff.

Secara zahirnya, Grand Livina yang ditambah baik diserlahkan lagi menerusi gril hadapannya yang baru. Model 1.6L diserlahi dengan rekabentuk gril yang disalut warna kelabu, manakala model 1.8L dengan gril berwarna krom sepenuhnya. Kedua-dua rekabentuk itu menambahkan lagi tarikan penampilan luaran Grand Livina yang sudah sedia menawan. Ditambah pula dengan cermin sisi yang dilengkapi lampu isyarat LED yang baru.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Video: Kecik-Kecik Dah Pandai Drift Der!

httpv://www.youtube.com/watch?v=2VBKc3rQ7W4

Ishh budak-budak zaman sekarang ni memang boleh tahan. Memandangkan hari ni Jumaat ada baik lu orang ajak budak-budak sebelah rumah yang tengah sedak cuti tu gi siap-siapkan masjid. Bentang sejadah ke bukak kipas ke. Sapu lantai ke.

Sekian. Babai.

-Matpon-

Silakan kongsi: