Author's posts

PROTON X70 DIPAMERKAN DI KLIMS 2018 – PELANCARAN BULAN DEPAN!

PROTON membuat penampilan umum bagi SUV pertamanya iaitu Proton X70 pada hari media di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018. Diadakan di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur, pameran akan dibuka secara rasmi kepada orang ramai bermula 23 November sehingga 2 Disember dan semua pengunjung dijemput untuk melihat dengan lebih …

Continue reading

Peraduan Istimewa Untuk Pembeli Honda Civic Type-R!

Untuk mereka yang berminat dan mahu membeli Honda Civic Type-R, ini ada kempen khas untuk anda. Pembelian yang dibuat dalam tempoh tiga bulan dari April hingga Jun 2018 layak untuk menyertai peraduan Sprint to the Suzuka Circuit yang menawarkan hadiah untuk menonton perlumbaan Formula Satu di litar Suzuka Jepun pada Oktober depan.

Continue reading

Honda Malaysia Panggil Semula 28 ribu Kenderaan Untuk Gantian Peledak Beg Udara

Honda Malaysia telah mengumumkan program panggilan semula yang melibatkan 28,399 unit kenderaan bagi menggantikan peledak beg udara Takata bahagian penumpang hadapan. Setakat Mac 2018, Honda Malaysia telah menggantikan peledak beg udara penumpang hadapan untuk lebih dari 223,000 unit kenderaan atau bersamaan 84 peratus.

Continue reading

Honda Malaysia Mahu Tingkatkan Kepuasan Pelanggan, Sasar 109K Jualan 2018

Honda Malaysia telah mengumumkan hala tuju strategik perniagaannya untuk tahun 2018. Ia juga optimis untuk terus menerajui industri automotif di Malaysia dengan sasaran jualan sebanyak 109,000 unit. Sasaran tersebut mewakili perkongsian pasaran 18% daripada Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) sebanyak 600,000 unit yang dijangkakan pada tahun 2018. Sasaran itu ditetapkan berdasarkan kepada momentum yang stabil sejak empat tahun lalu. Honda Malaysia …

Continue reading

Honda Malaysia Lancar Odyssey Baharu Dengan Honda Sensing – RM 254.8K

Honda Malaysia telah menambah rangkaian model yang dilengkapi dengan teknologi  Honda SENSING apabila memperkenalkan model Odyssey rupa baharu (facelift) yang juga pelancaran pertama syarikat pada tahun ini. Odyssey ini merupakan model ketiga selepas CR-V dan Accord Baharu yang dilengkapi Honda SENSING di mana ciri keselamatan itu memenangi anugerah dalam 2016 ASEAN NCAP Grand Prix bagi kategori “Teknologi Keselamatan Terbaik” oleh …

Continue reading

Honda Sahkan Kemalangan Terbaru Melibatkan Peledak Beg Udara

Honda pada 30 Januari telah mengesahkan bahawa peledak (inflator) beg udara peringkat satu Takata (SDI) telah pecah dalam satu kemalangan pada 1 Januari 2018. Kemalangan yang berlaku di Selangor itu telah mengorbankan nyawa pemandunya. Walau bagaimanapun, punca rasmi kematian masih belum dapat disahkan. Honda juga ingin menyampaikan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa.

Continue reading

Warna Baharu White Orchid Pearl Untuk Kenderaan Honda Segmen B

Honda Malaysia telah memperkenalkan warna baharu White Orchid Pearl bagi menggantikan warna Taffeta White yang digunakan pada kesemua model segmen B mereka. Warna baharu tersebut akan digunakan pada model-model seperti Jazz, City, BR-V dan HR-V bermula dari minggu ketiga bulan Februari depan.

Continue reading

Honda Malaysia Panggil Semula Odyssey dan Accord Untuk Pembaikan

Honda Malaysia mengumumkan ia akan memanggil semula 49,116 unit Odyssey dari tahun 2014 hingga tahun 2017 dan sedan Accord dari tahun 2013 hingga tahun 2016. Panggilan semula itu dibuat bagi menukar semula menukar alat pengesan bateri dan cermin tingkap yang dikatakan gagal berfungsi. Kos penukaran akan ditanggung oleh Honda Malaysia. Alat pengesan bateri Accord (buatan tahun 2013 …

Continue reading