Honda Sahkan Kemalangan Terbaru Melibatkan Peledak Beg Udara

Honda pada 30 Januari telah mengesahkan bahawa peledak (inflator) beg udara peringkat satu Takata (SDI) telah pecah dalam satu kemalangan pada 1 Januari 2018. Kemalangan yang berlaku di Selangor itu telah mengorbankan nyawa pemandunya.

Walau bagaimanapun, punca rasmi kematian masih belum dapat disahkan. Honda juga ingin menyampaikan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa.

Honda turut mengesahkan Honda City tahun 2004 yang terlibat dalam kemalangan itu termasuk dalam senarai panggilan semula yang diumumkan pada 21 Mei 2015. Panggilan semula itu dibuat bagi menggantikan peledak beg udara berkenaan.

Beberapa pucuk surat makluman turut dihantar kepada pemilik berdasarkan maklumat daripada pangkalan data Honda. Malangnya, surat makluman tidak dapat dihantar kepada pemilik terkini memandangkan City tersebut sudah bertukar hak milik.

Rekod Honda mendapati City tersebut tidak menukar peledak sebagaimana sepatutnya.

City tersebut juga terlibat dalam panggilan semula untuk menukar peledak beg udara pada bahagian penumpang hadapan dan semasa kemalangan beg udara tersebut dapat berfungsi dengan baik.

Di bawah ialah usaha yang telah dilakukan oleh Honda Malaysia berkaitan isu peledak beg udara Takata:

  • Menghantar lebih 2,900,000 pucuk surat notifikasi kepada pelanggan yang terlibat.
  • Mengiklankan kempen dan mengeluarkan kenyataan media sebagai makluman kepada orang awam.
  • Membuat satu notis dan carian VIN (nombor chasis) di laman web: www.honda.com.my atau www.productrecall.honda.com.my
  • Menjalankan kempen ‘outreach’ dalam semua aktiviti luar dan siri jelajah.
  • Menghantar e-mel kepada lebih 35,800 pelanggan yang terlibat.
  • Menghantar lebih 2,760,000 SMS kepada pelanggan yang terlibat.
  • Berkongsi maklumat mengenai panggilan semua di dalam majalah Honda’s With Dreams’.
  • Membuat panggilan kepada lebih 71,700 orang pelanggan yang terlibat.
  • Setakat 25 Januari 2018, Honda Malaysia telah berjaya menukar 221,000 unit (84 peratus) peledak beg udara Takata pada bahagian pemandu.

Jumlah keseluruhan penggantian untuk pemandu dan penumpang hadapan pula adalah lebih 427,000 unit atau 76 peratus.

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.