Honda Malaysia Panggil Semula 28 ribu Kenderaan Untuk Gantian Peledak Beg Udara

Honda Malaysia telah mengumumkan program panggilan semula yang melibatkan 28,399 unit kenderaan bagi menggantikan peledak beg udara Takata bahagian penumpang hadapan.

Setakat Mac 2018, Honda Malaysia telah menggantikan peledak beg udara penumpang hadapan untuk lebih dari 223,000 unit kenderaan atau bersamaan 84 peratus.

Model yang terlibat dalam panggilan terbaru ini ialah keluaran tahun 2013 seperti berikut:

  • City
  • Jazz
  • Jazz Hybrid
  • Insight

Setakat ini penggantian peledak beg udara Takata bahagian pemandu dan penumpang hadapan telah siap digantikan untuk 435,000 unit kenderaan atau 77 peratus unit yang terjejas.

Setakat hari ini, tiada kemalangan atau kecederaan dilaporkan melibatkan peledak beg udara Takata bahagian penumpang hadapan di Malaysia.

Honda Malaysia juga memaklumkan kesemua model yang dijual sekarang tidak terlibat dalam program panggilan tersebut.

Pemilik kenderaan yang terjejas diminta mengunjungi pengedar Honda terdekat untuk membuat pemeriksaan dan penggantian secara percuma.

Honda Malaysia juga akan menghubungi kesemua pelanggan yang terlibat melalui surat rasmi.

Untuk maklumat lanjut mengenai program ini sila layari laman web: www.honda.com.my atau www.productrecall.honda.com.my atau hubungi talian tol percuma Honda: 1-800-88-2020.

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.