Author's posts

MINI Countryman JCW Design Edition – Edisi Khas Sempena Tahun Baru Cina 2017

Sempena meraikan kedatangan Tahun Ayam, MINI Malaysia memperkenalkan MINI Countryman JCW Design Edition yang baru dan bergaya. MINI Countryman edisi terhad baharu itu adalah hasil inspirasi kejayaan MINI dalam menawarkan pemanduan mengujakan. Ia menampilkan rekaan agresif untuk meneroka apa jua keadaan dan pada masa yang sama menjadi model aktiviti aktif premium kompak untuk kegunaan harian. …

Continue reading

(25 Foto) Galeri Gambar Porsche Cayman GT4 Clubsport

Porsche Cayman GT4 Clubsport adalah versi perlumbaan model Cayman GT4 dan kini berada di Malaysia.  Model Clubsport itu dipertontonkan Sime Darby Auto Performance (SDAP) dan dibangunkan khusus oleh Porsche Motorsport untuk tim yang berminat menggunakannya dalam perlumbaan. Cayman GT4 Clubsport dikuasakan oleh enjin 3.8 liter ‘flat-six’ yang dipadankan transmisi dwi klac Porsche dan gandar belakang dengan …

Continue reading

Susur Keluar Persimpangan Salak, Lebuhraya KL-Seremban Ditutup Selama Seminggu

Operator Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban (KLS) – ANIH Berhad mengumumkan penutupan susur keluar di sekitar Persimpangan Salak, Lebuhraya KLS, secara berperingkat bagi memberi laluan kepada kerja-kerja naik taraf mulai 16 Januari 2017, dari jam 10 malam hingga 5 pagi. Kerja-kerja ini dijangka siap dalam masa seminggu. Pengguna dinasihatkan untuk mengikuti laluan alternatif yang disediakan serta mematuhi …

Continue reading

PAKEJ YES ALTITUDE 4G PERCUMA UNTUK PEMBELIAN KERETA PROTON VARIAN EXECUTIVE DAN KE ATAS

Kerjasama PROTON Holdings Bhd dengan YTL Communications Sdn Bhd pada tahun 2011 menjadikan syarikat automotif itu sebagai perintis kepada kereta yang mempunyai keupayaan internet melalui peranti hotspot YES 4G Huddle XS mudah alih. Terkini, Proton dan YTL meneruskan kerjasama dengan menaik taraf tawaran dari jalur lebar 4G mudah alih ke telefon pintar YES Altitude 4G …

Continue reading

Perodua Axia Facelift Dibuka Untuk Tempahan – Kini Dengan Enjin VVT-I Baharu Yang Lebih Jimat

Perodua Axia wajah baharu kini dibuka untuk tempahan. Perubahan paling besar ialah penggunaan enjin VVT-I (Variable Valve Timing with intelligence) yang menggantikan enjin KR sedia ada selain beberapa item hiasan. Enjin VVT-I baharu menawarkan penjimatan sehingga 22.5Km/L dalam mod pemanduan Eko, berbanding 21.6Km/L yang dicatatkan Axia transmisi manual sedia ada. “Perodua Axia adalah model paling …

Continue reading

15 Perodua Myvi Percuma Tular di FB? Ini Kenyataan Rasmi Perodua

Telah menular di laman Facebook apabila satu akaun yang menggunakan nama Perodua Malaysia Company menjalankan kempen Hadiah 15 Perodua Myvi Baharu. Seperti kempen seumpamanya yang pernah hits, pengguna hanya perlu LIKE dan SHARE status untuk memenangi secara percuma Perodua Myvi yang ditawarkan. Capaian kempen tersebut yang bermula sejak 22 jam sebelum artikel ini ditulis telah …

Continue reading

HONDA CITY 2017 DILANCARKAN DI THAILAND – RM69K HINGGA RM95K

Honda City Thailand Facelift 2017

Honda City generasi keempat merupakan antara produk laku keras Honda yang mencatat jualan memberangsangkan di Malaysia dan negara Asia Tenggara lain. Model itu menawarkan pakejing lengkap yang terdiri dari saiz dan ruang, prestasi enjin, harga dan sistem keselamatan. Setelah dilancarkan pada tahun 2014, model popular itu kini menerima beberapa kemasan baharu pada bahagian luar dan …

Continue reading

Mercedes-Benz Catat Sejarah – Peneraju Pasaran Kereta Premium Di Malaysia dan Dunia Untuk Tahun 2016

Tahun 2016 merupakan tempoh yang mengembirakan buat Mercedes-Benz Malaysia (MBM) apabila syarikat itu mengungguli jualan segmen premium tempatan. Mercedes-Benz telah mencatat jualan sebanyak 11,779 unit kenderaan pada tahun lalu dengan 9% peningkatan jualan berbanding 2015. Syarikat dari Jerman itu memegang 2.4% pasaran premium tempatan dan kekal di kedudukan teratas. Bukan setakat menjual, MBM juga telah …

Continue reading