PAKEJ YES ALTITUDE 4G PERCUMA UNTUK PEMBELIAN KERETA PROTON VARIAN EXECUTIVE DAN KE ATAS

Kerjasama PROTON Holdings Bhd dengan YTL Communications Sdn Bhd pada tahun 2011 menjadikan syarikat automotif itu sebagai perintis kepada kereta yang mempunyai keupayaan internet melalui peranti hotspot YES 4G Huddle XS mudah alih.

Terkini, Proton dan YTL meneruskan kerjasama dengan menaik taraf tawaran dari jalur lebar 4G mudah alih ke telefon pintar YES Altitude 4G LTE.

Majlis pelancaran dirasmikan oleh YBhg Dato’ Ahmad Fuaad Kenali, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON dan YBhg Dato’ Yeoh Soo Keng, Pengarah Eksekutif YTLC, dengan kehadiran pengurusan kanan dari PROTON dan YTCL di acara DRB-HICOM Auto Fest yang berlangsung dari 14 -15 Januari di Ibu Pejabat EON.

Pelan yang dikenali sebagai Pelan PROTON YES Altitude menawarkan 16GB data kepada pelanggan setiap bulan secara percuma selama 12 bulan dari tarikh pendaftaran kereta, bermula 14 Januari 2017.

Pakej ini ditawarkan khas kepada semua pelanggan PROTON yang memilih mana-mana kereta Proton varian Executive dan ke atas, tertakluk kepada terma dan syarat-syarat.

“Tawaran ini memberikan manfaat kepada pelanggan melalui rangkaian YES bagi Internet 4G, dengan 2 rangkaian mudah alih (4G LTE dengan VoLTE dan 4G Broadband) dengan liputan sebanyak 85% kawasan bandar dan luar bandar,” kata Dato’Fuaad.

“Pelanggan Proton kini boleh memuat turun aplikasi MyProton menggunakan telefon pintar YES Altitude 4G LTE untuk memandu uji kereta, membuat temu janji servis dan mendapatkan maklumat mengenai kereta Proton dan tawaran yang sedang berlangsung. Aplikasi ini boleh didapati di kedua-dua platform IOS dan Android. Kami yakin bahawa pelan ini akan memberi manfaat kepada pelanggan,” ujar Dato’ Fuaad.

“Sebagai pembekal perkhidmatan 4G pertama di seluruh negara, kami berhasrat untuk membawa gaya hidup saling berhubung kepada rakyat Malaysia dan kami gembira untuk melakukannya melalui pelan PROTON YES Altitude secara eksklusif untuk pelanggan Proton baharu,” kata Wing K. Lee, Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications Sdn. Bhd.

Untuk maklumat tambahan, pelanggan juga boleh memuat turun aplikasi mudah alih rasmi MyProton, yang boleh didapati melalui Google Play dan Appstore, untuk spesifikasi dan harga serta menempah sesi pandu uji.

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.