Author's posts

R-Class: Merc Untuk Angkut Keluarga!

Pertama kali nampak R-Class beberapa tahun lepas saya memang susah nak ‘hadam’ desainnya. Panjang tak tentu hala dan terfikir siapalah nak beli kereta macam ini? Bentuknya macam wagon tapi tinggi macam van, apapun yang pastinya ruang dalaman MPV ini luas. Jadi dari beli S-Class yang beratus ribu tapi boleh naik 3,4 orang dan nampak pelik …

Continue reading

Suzuki SV650S

Syarikat yang ingin mendapat perolehan tinggi atau dalam kata lain, untung tinggi perlu ada produk untuk setiap pasaran. Macam Toyota Vios, ada model J, E, S dan TRD. Sama juga macam Perodua, setiap model tak kira Viva atau Myvi ada model yang dari standard kapak tak ada beg udara sampailah yang model Elite. Dah nama …

Continue reading

Vauxhall Corsa Hitam & Putih

Hari ini Proton mula jual Gen.2 baru, rim gelap dan bumbung hitam. Rasanya sekarang ini memang dah jadi trend kereta buat bumbung hitam. Kalau kena gaya memang lawa tapi kalau tak kena gaya memang panas kalau matahari tengah membahang. Tapi kalau bumbung hitam boleh tahan lagi, kalau bumbung kanvas soft top tu memang gagal terus, …

Continue reading

SUPER SUGO 2010: PETRONAS Podium 1 – 2!

Petronas Syntium Team [PST] pada 9 Mei lepas memenangi podium 1-2 di 2010 Super Taikyu Endurance Series [STE] pusingan 2 yang diadakan di Sporstland Sugo. Walaupun berehat selama sebulan sejak pusingan STE pertama, PST tampil berlumba dengan penuh semangat. Buktinya ialah kemenangan yang diperoleh oleh kumpulan pemandu pertama dengan kereta BMW Z4M Coupe nombor 1 …

Continue reading

Prodrive Masuk Tentera!

Satu perkara yang saya suka pasal rali ialah teknologinya yang hampir dengan dan boleh digunakan dalam kereta yang kita guna hari-hari. Tidak seperti F1 yang err…err…err…saya pun tak tahu teknologi apa yang digunakan dalam kereta kebanyakan. Dan Prodrive, nama yang tidak asing lagi dengan Subaru dan rali kini semakin ke hadapan, mereka menjadi pembekal teknologi …

Continue reading

MRSC: Sabar Menanti!

Laporan ‘on the way’. Rali malam, dilepaskan oleh PM dan sokongan padu penonton. -Mak Uia-

F1: Monaco GP 2010: RedBull 1,2!

Dominasi tim RedBull semakin mencengkam dalam F1 dengan kejayaan terbaru  Mark Webber dan Sebastian Vettel menakluk litar Monaco dengan kedudukan 1 – 2. Di tempat ketiga pula ialah bekas pemandu BMW Sauber, Robert Kubica yang mencatat podium pertama untuk tim Renault. Perlumbaan di litar lagenda ini penuh dengan insiden di mana kereta keselamatan telah keluar …

Continue reading

F1: Deutsche Post Taja Mercedes GP Petronas

Mercedes GP Petronas dan Deutsche Post, syarikat telekomunikasi dari Jerman mengumumkan mereka berkerjasama dan hubungan mereka akan bermula pada GP Monaco hujung minggu ini. Mercedes-Benz dan tim Mercedes GP Petronas akan menyokong insiatif ‘Online Letter’ dan akan menggunakan perkhidmatan tersebut dalam urusan harian mereka. Hasil dari penajaan tersebut, logo ‘Post Horn’ Deutsche Post akan dipaparkan …

Continue reading