Vauxhall Corsa Hitam & Putih

Vauxhall Corsa Black & White

Hari ini Proton mula jual Gen.2 baru, rim gelap dan bumbung hitam. Rasanya sekarang ini memang dah jadi trend kereta buat bumbung hitam. Kalau kena gaya memang lawa tapi kalau tak kena gaya memang panas kalau matahari tengah membahang. Tapi kalau bumbung hitam boleh tahan lagi, kalau bumbung kanvas soft top tu memang gagal terus, ada air cond pun macam tak ada je. Tak ada air cond tak apa janji cool.

Entri kali ini adalah yang pertama tentang Vauxhall dan seingat saya dalam MK pun tak ada lagi pasal Vauxhall. Model ini adalah Corsa Edisi Terhad Hitam & Putih dan seperti yang sekutu perasan bumbungnya warna hitam. Sehitam kapcai Matpon yang dah lama tak jumpa air sabun.

Warna badan Corsa SE ini adalah glacier white dan atap black saphire sekali dengan rim 17 inci pun warna gelap. Kalau kereta sukan macam ini tak direndahkan memang gagal, dan selain spring rendah kereta ini juga mempunyai kit badan VXR yang terdiri dari spoiler bawah depan dan belakang, skirt sisi dan spoiler bumbung dan kesemua ini standard dari kilang. Kereta ini dah nampak laju tapi….enjinnya hanya berkuasa 85ps dari enjin 1.2 16V VVT petrol dan 75ps dari enjin 1.3 CDTi ecoFLEX.

Maknanya kereta ni tak berapa laju tapi yang pastinya minyak jimat. Tak laju tak apa, janji nampak laju.

Foto: Newspress/Vauxhall

-Mak Uia-

Muhammad

10 Comments

  1. hahaha…gua suka ayat lu,”tak laju tak pa,janji nampak laju..”
    gua guna konsep tu la kt wira gua…

  2. aku rase mesti proton gune istilah camni`Tak laju tak apa, janji nampak laju`…

  3. hahahaha…mcm aku…..tak hensem tak ap, janji nampak hensem….

  4. jelapang padi, gua pun sama cam lu, wat camtu kat wira gua.tak laju dan tak pikap, tp nmpk cam laju dan pikap…hehe…

  5. Rebadged Opel…masuk UK bubuh nama Vauxhall…pastu gi Aussie, bubuh nama Holden…kalau masuk US kena la bubuh nama Pontiac plak…he he he!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *