F1: Monaco GP 2010: RedBull 1,2!

Mercedes GP Petronas

Dominasi tim RedBull semakin mencengkam dalam F1 dengan kejayaan terbaru  Mark Webber dan Sebastian Vettel menakluk litar Monaco dengan kedudukan 1 – 2. Di tempat ketiga pula ialah bekas pemandu BMW Sauber, Robert Kubica yang mencatat podium pertama untuk tim Renault.

Perlumbaan di litar lagenda ini penuh dengan insiden di mana kereta keselamatan telah keluar sebanyak empat kali.

Lotus Racing

Tim ‘mega’ lain seperti Ferrari pula mendapat tempat keempat yang diperolehi Felipe Massa manakala Fernando Alonso di tempat ketujuh. Lewis Hamilton pula adalah satu-satunya wakil McLaren-Mercedes yang berjaya melepasi bendera penamat di tempat kelima manakala Jenson Button terkeluar seawal pusingan kedua kerana enjin terlampau panas seterusnya kehilangan kuasa.

Tim Mercedes GP Petronas pula berjaya menamatkan perlumbaan dengan Michael Schumacher dan Nico Rosberg masing-masing di tempat keenam dan kelapan. Tim ‘belakang’ pula tiada satu pun yang menamatkan perlumbaan, Heikki Kovalainen dari Lotus Racing mengalami masalah stereng pada pusingan 59. Rakan sepasukan, Jarno Trulli pada pusingan 70 pula telah ‘memanjat’ kereta Karun Chandok dari Hispania Racing seterusnya menghabiskan terus saki baki tim baru di perlumbaan ini.

Perlumbaan dengan 78 pusingan menyaksikan hanya 12 buah kereta menamatkan pusingan penuh, mungkin aksi terburuk F1 setakat ini tetapi tidak untuk RedBull.

Foto: Mercedes GP dan Lotus Racing.

-Mak Uia-

Muhammad

8 Comments

  1. taun nie kira taunred bull jelah, persaingan antara mak webber ngan sebastian vettel je, yg lain kasi penuhkan litar….

  2. taniah tim redbull…

    gua klau buat perjalanan jauh jer msti beli redbull…

  3. apa brg minum redbull..
    minum tongkat ali super power…
    memberi anda tenaga..
    haha..

Kata Anda//