R-Class: Merc Untuk Angkut Keluarga!

Mercedes R-Class

Pertama kali nampak R-Class beberapa tahun lepas saya memang susah nak ‘hadam’ desainnya. Panjang tak tentu hala dan terfikir siapalah nak beli kereta macam ini? Bentuknya macam wagon tapi tinggi macam van, apapun yang pastinya ruang dalaman MPV ini luas. Jadi dari beli S-Class yang beratus ribu tapi boleh naik 3,4 orang dan nampak pelik buat pergi piknik di PD ada baik beli R-Class, mewah besar dan bergaya dan pastinya ada prestij.

Mercedes R-Class

R-Class yang saya tulis kali ini adalah model 2011 dan perubahan yang dibuat adalah pada eksterior dan interior. Depan MPV ini digayakan mengikut desain kereta sedan dan SUV Merc. Muka dengan gaya korporat baru.  Di UK ada dua model enjin, R300 CDI Blue EFFICIENCY 2WD dan R350 CDI L 4MATIC. Enjin R350 diesel adalah model baru dan katanya enjin ini sangat efisyen sebab kuasanya macam enjin V8 dan ekonomikal macam enjin V6. Berkuasa 265 hp dengan daya kilas 620 Nm dan memang patut sebab nak tarik badan R-Class yang besar dan panjang ini. Bukan setakat panjang tapi MPV ini guna rim yang memang besar, rim model standard saiznya 19 inci dan model AMG pula dapat rim 20 atau 21 inci.

Mercedes R-Class

Dari segi keselamatan pula memang tak payah ceritalah, kereta mewah macam ini standard keselamatannya memang canggih dan banyak. Ada 8 beg udara, sistem amaran tayar kurang tekanan, DISTRONIC proximity control, suspensi AIRMATIC dengan Adaptive Damping System [ADS] atau Blind Spot Assist yang membantu pemandu menukar lorong dengan lebih selamat. Kalau ikutkan dalam maklumat media yang Merc bagi banyak lagi senarai teknologi yang ada. Saya nak tulis pun tak berapa pandai, salah tulis silap-silap sekutu lagi tak faham.

Akhir sekali saya ‘blank’ nak simpulkan apa, dan saya tak terfikir pun nak beli MPV ini. Tapi itu pendapat saya, ramai lagi hartawan yang mungkin bayar duit zakat saja berpuluh ribu di luar sana yang dah guna pun R-Class. U ada Alphard, I ada R-Class.

Foto: Newspress/Mercedes

-Mak Uia-

Muhammad

15 Comments

  1. pergh…i like…tp kne tunggu harge die same ngn tiara matpon kot baru mampu beli…huhu…

  2. sampai 8 airbag dia.. kereta gua 1 pun belum tentu ada airbag..

  3. kereta .ato..rumah..ato..kereta…ato…rumah…..argghhhh………..

  4. thanks for the info mak…

    by de way,jika diberi 2 pilihan,R-class atau alphard,gua pasti vote untuk alphard,sbbnya kos sara hidup alphard ni bagi gua masih buleh diterima pakai,dan kepercayaan gua kpda kete2 jenama toyota…

    untuk R-class,Merc dan kete2 europe,gua cabuuuuttttttttt…!!!

  5. Kete MyVi gua ade 2 jer airbag…tu pun kalo eksiden blom tentu kuar ke tak…ye dok?

  6. bwk R-class blik kg.. mau kembang idong cam gua kat utan.. hahaha

  7. Ek’eleh…veyron tu bukan matpon drive…saje jer wat kepoh,tah bohjan mana angkut matpon

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *