Author's posts

F1: GP Valencia 2010: RedBull Juara, lagi.

Saya terkejut melihat keputusan F1 kali ini, kereta yang menggunakan enjin Cosworth yang terkenal lembap sebelum ini mencanak naik dengan Rubens Barrichello dari Williams mendapat tempat keempat. Perlumbaan kali ini juga penuh dengan kontroversi di mana 9 kereta akan disiasat kerana memecut di belakang kereta keselamatan yang keluar akibat kemalangan dahsyat antara Mark Webber dan …

Continue reading

F1: GP Valencia 2010: RedBull Bermula Depan, Lagi.

Perlumbaan Formula Satu hari ini akan dimulakan dengan dominasi RedBull, Sebastian Vettel dan Mark Webber masing-masing di petak 1 dan 2. Sangat bosan. Di tempat ketiga pula ialah Lewis Hamilton dari McLaren Mercedes. Kereta Ferrari pula seakan menjadi pada pusingan kelayakan kali ini di mana Fernando Alonso dan Felipe Massa masing-masing di tempat keempat dan …

Continue reading

IRC YPRES 2010: Proton Satria Neo S2000!

Proton R3 Malaysia Rally Team bersaing hari ini dan esok dalam Intercontinental Rally Challenge pusingan Ypres, Belgium. Kalau sekutu ingat GT tak pernah ketinggalan melaporkan perlumbaan ini pada musim lepas. Dan tahun ini laporan GT bermula di sini, tim Proton macam biasa diwakili oleh Alister Mcrae, Bill Hayes, Stephane Prevot, Chris Atkinson dan 2 lagi …

Continue reading

XKR 75: 75 Tahun Jaguar!

Jaguar adalah British. Kenangan saya dengan jenama ini ialah lama dulu, ayah kawan saya ada sebuah dan apa yang yang saya tak boleh lupa ialah suhu enjin yang lambat nak turun. Apapun, Jaguar terbaru memang lawa dan model XKR 75 ini orang putih kata gorgeous. Nombor 75 adalah sempena ulangtahun Jag yang ke 75. Antara …

Continue reading

VW 1.4 TSI: International Engine of the Year Award!

2,3 hari ini pembuat kereta sibuk menghebahkan kemenangan mereka dalam International Engine of the Year Award, saya keliru yang mana satu betul-betul memenangi anugerah tersebut sebab ianya mempunyai beberapa kategori dan terbahagi kepada sesaran enjin. Dan ianya terjawab semalam, pemenang anugerah tersebut ialah enjin VW 1.4 TSI yang bukan sahaja memenangi kategori enjin 1.0 hingga …

Continue reading

Naruse-san Dalam Kenangan.

Di sebalik sesebuah kereta hebat adalah kumpulan perekanya. Dan satu hal mengenai Toyota ialah kita selalu mengutuk yang syarikat ini sudah hilang sentuhan, mengeluarkan kereta ‘jalan selamat’ dan membosankan, melupakan hero zaman lampau mereka seperti Hachiroku, Celica, Supra dan lain-lain. Untuk pengetahuan sekutu, di belakang kereta-kereta hebat Toyota ialah Hiromu Naruse. Ketua Pemandu Uji Toyota. …

Continue reading

Proton Kongsi Kereta Dengan Lotus Nak Jadi Ferrari?!

Saya mengikuti perkembangan Lotus lebih dekat sejak kebelakangan ini. Ada yang sayasiarkan dan ada yang saya senyapkan sambil menunggu perkembangan terkini. Terima kasih pada Encik Matpon sebab kelmarin siarkan gambar sekeping dan cerita sepatah dua, kira rajin la tu. Encik Dany Bahar, bekas orang kuat Ferrari sejak makan gaji dengan Lotus dia buat beberapa perubahan …

Continue reading

Kia Sportage: Dari Korea ke Eropah

Jarang pembuat kereta mengeksploitasi gambar risikan untuk kelebihan mereka, kebanyakannya lebih suka menyimpan rahsia walaupun satu dunia dah tahu yang itu model kereta apa. Dan lagi pelik ada yang berpendapat kalau orang tahu banyak sangat penjualan kereta kelak akan terjejas. Sekarang ini model pemasaran sudah berubah, bukan ke kalau pengguna dilibatkan daripada awal produk tersebut …

Continue reading