F1: GP Valencia 2010: RedBull Juara, lagi.

Mercedes GP Petronas Valencia 2010004

Saya terkejut melihat keputusan F1 kali ini, kereta yang menggunakan enjin Cosworth yang terkenal lembap sebelum ini mencanak naik dengan Rubens Barrichello dari Williams mendapat tempat keempat. Perlumbaan kali ini juga penuh dengan kontroversi di mana 9 kereta akan disiasat kerana memecut di belakang kereta keselamatan yang keluar akibat kemalangan dahsyat antara Mark Webber dan Heikki Kovalainen pada pusingan ke 10. Apa yang berlaku ialah tayar depan kereta Mark melanggar tayar kanan belakang Heikki dan seterusnya kereta Mark terbang melayang ke udara, jatuh ke belakang bersepah seterusnya melanggar dinding.

Kedua Heikki dan Mark selamat tanpa kecederaan dan mereka sempat bersalam sewaktu di pusat rawatan.

Lotus Racing Valencia 2010003

Tim underdog tidak kurang hebatnya kali ini, Robert Kubica dari Renault kelima, Adrian Sutil dari Force India keenam dan Kamui Kobayashi dari BMW Sauber ketujuh. Mercedes GP Petronas pula hanya sekadar menduduki tempat ke 12 oleh Nico Rosberg manakala Michael Schumacher pula di tempat ke 16.

Lotus Racing pula dikalahkan oleh tim junior lain dengan Jarno Trulli di tempat ke 21, di belakang Virgin dan HRT. Sebelum itu pada pusingan pertama kereta Jarno dilanggar dari belakang dan beliau terpaksa masuk ke pit untuk menukar sayap depan dan kemudian pula mengalami masalah kotak gear. Selepas kembali berlumba beliau terhalang pula oleh kereta di hadapan yang perlahan.

Lotus Racing Valencia 2010004

Perlumbaan yang ke 500 untuk Lotus nampaknya mengecewakan.

Keputusan mungkin berubah jika FIA mendenda tim yang memecut di belakang kereta keselamatan dan setakat ini keputusan adalah seperti berikut:

Keputusan GP Valencia 2010:

  1. Sebastian Vettel/RedBull
  2. Lewis Hamilton/McLaren Mercedes
  3. Jenson Button/McLaren Mercedes
  4. Rubens Barrichello/Williams
  5. Robert Kubica/Renault
  • 12. Nico Rosberg/Mercedes GP Petronas
  • 16. Michael Schumacher/Mercedes GP Petronas
  • 21. Jarno Trulli/Lotus Racing
  • DNF. Heikki Kovalainen/Lotus Racing

Foto: Mercedes GP & Lotus Racing

-Mak Uia-

Muhammad

5 Comments

  1. Gua respek kat driver Sauber Kamui Kobayashi…last2 round dier cukup hebat walaupun kete tak power mane…Alonso pun kena tapau..haha..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *