Naruse-san Dalam Kenangan.

Lexus LFA

Di sebalik sesebuah kereta hebat adalah kumpulan perekanya. Dan satu hal mengenai Toyota ialah kita selalu mengutuk yang syarikat ini sudah hilang sentuhan, mengeluarkan kereta ‘jalan selamat’ dan membosankan, melupakan hero zaman lampau mereka seperti Hachiroku, Celica, Supra dan lain-lain. Untuk pengetahuan sekutu, di belakang kereta-kereta hebat Toyota ialah Hiromu Naruse. Ketua Pemandu Uji Toyota. Beliau adalah ‘otai’ yang banyak memandu uji dan memberi input dalam pembangunan kereta-kereta Toyota.

Lexus LFA

Pandu uji terakhir beliau untuk sepanjang kariernya berakhir kelmarin, dengan prototaip Lexus LFA Nurburgring. Beliau memandu LFA tersebut dan berlanggar secara berdepan dengan sebuah BMW berhampiran litar Nurburgring. Daripada 2 pemandu dan penumpang BMW, seorang selamat dan seorang lagi cedera parah. Kemalangan tersebut berlaku berhampiran selekoh di sebuah jalan kecil.

Mendiang berusia 67 tahun dan mula berkerja dengan Toyota sejak tahun 1963. Sebagai tribute, berikut adalah video mengenai LFA yang saya terbitkan dulu. Saya ingat lagi ada sekutu komen yang bangunkan kereta ini adalah warga emas..

httpv://www.youtube.com/watch?v=nDsXsdNgov0

Foto: Newspress/Lexus Video: FT86.com

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

23 comments

Skip to comment form

    • carragher27 on 24/06/2010 at 1:58 PM

    gua ucap takziah.. kepada seseorang yang begitu berdedikasi.. walaupun umur dah tak berapa nak muda tapi bersemangat bersama Toyota.

    • on 24/06/2010 at 2:12 PM

    Takziah buat warga TOYOTA secara amnyer…

    • satria_standard on 24/06/2010 at 3:09 PM

    takziah2..aku agak mesti 2 kete ni tgh baik punye speed…pastu bang head 2 head…hmmm..

    • sepat on 24/06/2010 at 3:39 PM

    Sifu gua nie masa menuntut di litar2 jepun kat psp

  1. tq for info ni..perginya seorg otai kereta dgn kereta jgk.. Takziah.

    • jual air soya on 24/06/2010 at 5:04 PM

    cockpit dua2 kete ni xkacau tu..elok lg…enjin je hancur..mst laju..impact kuat 2..takziah.

    • apex on 24/06/2010 at 5:06 PM

    walaupon begitu toyota tetap gah walaupon pengasas
    nye dah x ade…

    • on 24/06/2010 at 5:12 PM

    perghh…dua2 kete tak nampak rosak teruk pun…cube kalo kte buatan mesia…kompom enjin kemana….body kemana…bukti keteguhan chasis kedua2 kete …

    • azwan nbs on 24/06/2010 at 10:19 PM

    takziah diucapkan…

    • orang minyak on 24/06/2010 at 10:25 PM

    kesian oh…kalu macam neh TRD(toyota racing development) dah kene tutup kedai dahlah….tapi knape orang yg bwak BMW tuh tak truk padahal kalau dibandingkan kereta lexus tuh mesti kuat sebab die sport…takpelah yang pergi dibiarkan pergi….harap toyota masih mampu mengekalkan name diorang dalam industri “sports car”…

    • 5ruz on 25/06/2010 at 12:16 AM

    ikut yg sbg org islam dah tertulis dia pegi mcm 2 tp ikut kejuruteraan plak mesti ada sbb2 tertentu yg masih diaorg siasat

    • KuDaunISmall on 25/06/2010 at 1:16 AM

    CaparZo – nak bandingkan LFA dan BMW dengan model Proton yang mana? Perdana? berapa pulak harga Perdana? berapa pula harga LFA dan BMW? kalau Proton buat kereta seperti LFA dan BMW lu berani taruh duit? ajal dah confirm deal dengan Tuhan?

    pikir la dulu broo..

    • basikal on 25/06/2010 at 10:13 AM

    takziah………..

    • on 25/06/2010 at 10:38 AM

    KuDaun – gua cume bg pendapat gua jer pasal kete buatan Mesia jer dan membandingkan dgn kete buatan luar…takde sebut pasal proton ke, perodua ke, naza ke…mmg dah ajal ditangan Allah ade gua pertikaikan ke? takde plak…
    Lu baca balik komen gua sampai abis dulu bro…then baru komen pasal gua…oraitt..

    • brianbadboyz on 25/06/2010 at 3:06 PM

    takziah…

    • pok mat on 25/06/2010 at 11:33 PM

    umur 67 tahun tu..

    • KuDaunISmall on 27/06/2010 at 2:03 AM

    CaparZo – ok la. kereta buatan malaysia ada 3 je. mana2 pun takkan dapat fight dengan LFA dan BMW. itu je yang gua nak tekankan.

    peace. ter’emo’ lak gua. hehe..

    • on 28/06/2010 at 9:40 AM

    KuDaun – sbb gua pkai kete buatan mesia la gua ckp camtu…nak pkai kete import tak mampu…

  2. orang tua tu mati sebab impact dia dapat lebih dari kereta bmw tu kut. Dia bawak laju, yang BMW tu takkan bawak laju jugak kut sebab dengar crita diorg nak gi shopping je.
    kreta mahal mane pun blanggar takdenye selamat. selamat sikit dari kereta cikai kite ni je.

  3. pencinta kereta hilang nyawa demi kereta.peh…takziah..

    • orang minyak on 29/06/2010 at 10:02 AM

    kepada megat putra kuning….salah ayat tuh…”pencinta kereta hilang nyawa bersama kereta yang dicintai”…tak taulah betol ke ayat aku nie..hehe

    • yayayya on 22/08/2011 at 11:48 PM

    perginya seorang legend

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.