XKR 75: 75 Tahun Jaguar!

Jaguar XKR 75

Jaguar adalah British. Kenangan saya dengan jenama ini ialah lama dulu, ayah kawan saya ada sebuah dan apa yang yang saya tak boleh lupa ialah suhu enjin yang lambat nak turun. Apapun, Jaguar terbaru memang lawa dan model XKR 75 ini orang putih kata gorgeous. Nombor 75 adalah sempena ulangtahun Jag yang ke 75.

Antara perbezaan XKR dengan edisi 75 adalah:

  • Kuasa 530ps, XKR biasa 510ps
  • Torque 655nm, biasa 625nm
  • Kekenyalan spring 28% lebih keras [depan] & 32% lebih keras [belakang]
  • Perisian Adaptive Dynamics Damper ditala semula
  • Lagi rendah, 15mm [depan], 10mm [belakang]
  • GBP85,500!, 75 unit sahaja!

Apa yang buat saya tertarik bukan spesifikasi tetapi desainnya. Dalam gambar mungkin nampak biasa tetapi atas jalan nampak gah. Kadang-kadang kita kena hala kiblat pada Barat juga, boleh belajar satu-dua perkara.

Sumber & Foto: Newspress/Jaguar

-Mak Uia-

Matpon: Ok. Lu orang jgn lupa kiblat solat Jumaat. Babai.

Muhammad

5 Comments

  1. banyak dah kereta nak buat disign depan macam ni..contoh peogout dah buat dulu pe kan

Kata Anda//