Author's posts

Mitsubishi i-MiEV Spesifikasi Amerika

Amerika mempunyai pasaran yang luas dan citarasa pembeli tersendiri membolehkan negara tersebut mempunyai varian kereta yang tidak ditawarkan di tempat lain. Bahkan pengeluar kereta membina jenama kedua khusus bagi meraih pembelian dari pasaran yang skeptik dengan jenama asal mereka. Maka lahirlah Infiniti, Acura dan Lexus. Walaupun demikian, Mitsubishi masih lagi mengguna pakai jenama asal berbeza …

Continue reading

Porsche Cayman R

Biasa dalam GT asyik bercerita pasal Porsche killer iaitu tidak lain tidak bukan Nissan GT-R. Sebelum raksasa dari Jepun tersebut dilahirkan Porsche adalah antara mainan orang berharta. Sekarang ini boleh kata di mana-mana sahaja ada GT-R, masakan tidak harga separuh daripada Porsch, memang fenomena sedunia. Walaupun kereta Jepun lebih popular tetapi kereta buatanĀ Eropah ada karakter …

Continue reading

Usain Bolt: Gua Rasa Macam Ferrari!

Sekarang ini musim sukan Asia, atlet kita ramai tengah berjuang di China dan setakat semalam beberapa pingat sudah berjaya dihimpun. Paling menarik bila tengok skuad takraw negara lawan China, boleh tahan juga mereka main tetapi kita lebih handal sebab ini adalah permainan tradisi dan maruah kita. Dua tiga tahun lagi saya tidak pasti sebab China …

Continue reading

Nissan Murano Crosscabriolet

Nissan Murano tidak berapa mendapat sambutan berbanding model lama di tempat kita. Di mana tidak kena sebab pada saya desain model baru lebih menarik, syarikat AP juga macam tidak berminat hendak bawa masuk mungkin sebab belum menjadi trend. Orang kita lebih yakin pada model popular dan jangan tidak tahu antara sebab Perodua Myvi begitu laris …

Continue reading

F1 2010: Vettel Juara Dunia!

Formula Satu sudah pun tamat dengan perlumbaan terakhir di Abu Dhabi pada Ahad lepas. Kejayaan tidak mudah, selepas bertahun-tahun berlumba akhirnya Red Bull menjadi juara, mustahil dalam tempoh tidak sampai setahun jagung kejayaan boleh digenggam dan jika berjaya pun tidak akan lama kerana tidak merasa payah jerih mencapai kejayaan. Jika hendakkan pasukan baru seperti Lotus …

Continue reading

Untuk Dijual: Toyota Wish 2.0 2006!

Sekarang ini kalau kita tengok atas jalan raya Toyota Wish memang banyak, pelbagai versi dari TRD sampailah standard menunjukkan orang kita suka MPV. Itu belum kira Toyota Caldina lagi. Siapa yang berkenan dengan Toyota Wish kawan saya ada nak jual model yang diimport oleh UMW. Maknanya bukan model recond dengan cermin gelap. Enjin 2.0 VVT-i …

Continue reading

F1 2011: Lotus Racing Guna Warna Hitam-Emas

Nama pasukan Lotus Racing [LR] untuk Formula Satu musim 2011 masih lagi kabur dengan kontroversi Grup Lotus mengharamkan firma Tony Fernandes dari menggunakan apa-apa nama yang ada kaitan dengan Lotus. Berita terakhir ialah kedua-dua pihak sedang berbincang di belakang tabir atas nasihat Tun Dr. Mahathir. Ironinya Tun adalah penasihat Proton Holdings dan juga LR. Drama …

Continue reading

Honda CRZ Menang Tiga Anugerah Dalam Seminggu!

Honda CRZ – kereta sport hibrid pertama dunia berjaya memenangi tiga anugerah berlainan iaitu majalah Stuff, Japan Car of the Year dan RAC Future Challenge dalam masa tujuh hari. Pada Sabtu lepas CRZ menyertai pertandingan perlumbaan pertama RAC Brighton to London Future Car Challenge dan dianugerahkan Most Economical & Environment Friendly Sports HEV. Kemudian pada …

Continue reading