Porsche Cayman R

Porsche Cayman R.06

Biasa dalam GT asyik bercerita pasal Porsche killer iaitu tidak lain tidak bukan Nissan GT-R. Sebelum raksasa dari Jepun tersebut dilahirkan Porsche adalah antara mainan orang berharta. Sekarang ini boleh kata di mana-mana sahaja ada GT-R, masakan tidak harga separuh daripada Porsch, memang fenomena sedunia. Walaupun kereta Jepun lebih popular tetapi kereta buatan Eropah ada karakter tersendiri yang payah hendak disamakan dengan kereta buatan Jepun.

Sejak dilancarkan pada September 2005, Porcshe Cayman terkenal dengan casis yang dinamik serta enjin MR flat six yang responsif. Melalui model Cayman R baru, Porsch memperhebatkan lagi platform Cayman dengan mengurangkan berat badan, meningkatkan kuasa kuda serta pengendalian yang lebih baik. Model R merupakan varian ketiga selepas Cayman dan Cayman S.

Porsche Cayman R.04

Cayman R 55 kg lebih ringan daripada model S dan lebih berkuasa iaitu 330hp dan dibina untuk satu tujuan iaitu keseronokan dan keaslian pemanduan serta pengalaman pemanduan dinamik. Dengan suspensi yang ditala semula dan pengurangan berat badan Cayman R juga dikatakan lebih sedap dan ‘jitu’ untuk dipandu berbanding model S.

Porsche Cayman R.01

Enjin yang digunakan untuk model R bersesaran 3,400 cc, enam silinder flat Direct Fuel Injection [DFI] boxer sama seperti model S dengan penambahan 10 kuasa kuda. Dipadankan kotak gear enam kelajuan manual, Cayman R meluncur dari pegun hingga 60 bsj dalam masa lima saat, lebih pantas daripada Cayman S. Kalau itu belum memadai, pelanggan boleh memilih opsyen kotak gear tujuh kelajuan klac berkembar PDK [Doppelkupplungsgetriebe] dan pakej Sport Chrono yang mampu ‘blah’ dalam masa 4.7 saat sahaja. Walau bagaimanapun kelajuan maksimum dengan kombinasi kotak gear PDK ialah 280 km/j, kurang 2 km/j daripada Cayman R dengan kotak gear manual.

Porsche Cayman R.03

Untuk pengetahuan sekutu, huruf R pada Porsche merujuk kepada Racing. Bukan setakat dijenamakan dan dilekatkan pelekat R tetapi kereta langsung tidak boleh pergi.

Sumber: Newspress

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

11 comments

Skip to comment form

    • e-pi on 18/11/2010 at 8:31 AM

    mampu beli dlm mimpi jer…

    • belalang_kontot on 18/11/2010 at 9:50 AM

    “Untuk pengetahuan sekutu, huruf R pada Porsche merujuk kepada Racing. Bukan setakat dijenamakan dan dilekatkan pelekat R tetapi kereta langsung tidak boleh pergi.”

    p/s:mak,statement ni utk sape?hehe

    • karuk on 18/11/2010 at 11:56 AM

    …. tapi design lebih kurang je… xde apa perubahan ketara

    • Matpon on 18/11/2010 at 2:45 PM

    Kaler hijau dia ni cun sapa tau warna apa gua tak belanja ok.

    • Mars on 18/11/2010 at 9:18 PM

    PDK [Doppelkupplungsgetriebe]
    apo bondo ni jang?tegeliat lidah den baco.

    • pok mat on 19/11/2010 at 9:58 AM

    kenari RS tu masuk kategori ‘R’ jugak ke? haha

    • smut_liar on 19/11/2010 at 9:30 PM

    hebat sungguh keta ni…. boleh test drive tak..

    • gt-apex on 20/11/2010 at 2:37 AM

    aku hari2 drive kete ni dalam game need for speed…..
    best wooo….

    • wan buih on 28/11/2010 at 10:26 PM

    bila tengok keta porsche,teringat iklan rokok prelleys ujung thn 80an awal thn 90an,aku cadangkan proton beli syarikat yg diasaskan ferdinan porsche ni

    • BRZ FAST 6 on 12/06/2013 at 2:56 PM

    aq skng lu wan buih…

    • sportrideBXL on 19/06/2013 at 6:09 PM

    kaler takleh tahan…
    ijau sdp mata mmndang

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.