Category: Penulis GT

Gambar: Proton Exora

Gua ada member. Member gua sorang ni selalu ikut gua mana saja gua port. Kadang-kadang gua memang rimas dengan brader sorang ni. Apa mau buat bos gua suruh dia escort gua. Memandangkan gua makan gaji apakan daya gua nak melawan. Kadang-kadang gua nak tido pun tak senang, asal gua pejam mata dia datang. Haih la …

Continue reading

Aston Martin Cygnet

Cygnet adalah kereta mewah bandar dengan pakej kompak dan emisi rendah, kedua ciri ini dipersembahkan melalui skil dan seni pembuatan Aston Martin yang teliti dan boleh dilihat melalui interior yang bermutu tinggi. Untuk meraikan penjualannya di UK, Aston Martin memperkenalkan Cygnet White dan Black, kedua model istimewa ini didatangkan sama ada dengan transmisi manual atau …

Continue reading

Beg Udara Kereta Wajib Pada Tahun 2012

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha semalam mengumumkan di Rantau Panjang, Kelantan yang kereta penumpang baharu akan diwajibkan mempunyai beg udara bermula tahun 2012. Pengumuman yang sangat dinantikan kerana banyak negara lain sudah mewajibkan peraturan ini. Memandangkan pembuat kereta bukan badan kebajikan yang akan suka-suka sedekah beg udara secara percuma maka regulasi terbaharu ini …

Continue reading

Kia Koup 2.0 6AT: RM115 Ribu!

Kia Koup memori silam Proton Putra ini akan dibawa masuk oleh Naza. Terdapat dua sesaran enjin Kia Koup iaitu 1.6 liter dan hanya model 2.0 liter 6 kelajuan automatik diimport Naza untuk pasaran tempatan. Kereta dua pintu kebiasaannya lebih mahal daripada model sedan dan memandangkan Koup diimport dari Korea harganya ialah RM115,800. Berbanding Forte yang …

Continue reading

Fairuz Fauzy Pemandu Simpanan Lotus Renault GP

Mantan pemandu ketiga Lotus Racing [LR], Fairuz Fauzy kembali ke arena formula satu dengan menyertai pasukan Lotus Renault GP [LR GP] sebagai pemandu simpanan selepas kontraknya ditamatkan Lotus Racing. Pemandu berusia 28 tahun dari Sungai Penchala, Selangor ini mempunyai pengalaman luas dalam perlumbaan kereta dengan semusim bersama LR, siri GP2, A1GP dan World Series by …

Continue reading

Lexus CT200h: RM172 ribu!

Honda City, Toyota Vios, Perodua Myvi atau Proton Saga mungkin kereta pertama bagi pembeli jenama-jenama tersebut dan biasanya boleh dibeli dengan harga rendah. Pengalaman pertama pembeli dengan jenama yang dipilih. Memandangkan tanda harga Lexus adalah premium maka lazimnya para pembeli jenama atas daripada Toyota tersebut tergolong dalam berpendapatan tinggi. Dan dengan perkembangan terbaru ini lebih ramai …

Continue reading

Mitsubishi Concept Global Small

Mitsubishi turut tidak mahu ketinggalan dalam membina kereta kecil global, Ford, Mazda, Toyota dan Nissan masing-masing sudah menjaja model kecil global mereka dan Mitsubishi akan tampil dengan model saingan pada Mac 2012. Ciri-ciri kereta ini ialah kompak, mampu milik, jimat minyak, berkapasiti lima penumpang dan Mitsubishi merancang untuk membinanya di kilang ketiga mereka di Thailand. …

Continue reading

IRC Monte Carlo 2011: Perlumbaan Pra Matang Proton Satria Neo S2000

Sekarang ini sedang berlangsung perlumbaan pusingan pembukaan IRC di Monte Carlo dan keputusan pasukan Proton pada hari pertama semalam tidak bagus di mana kedua-dua buah kereta menghadapi masalah, Chris Atkinson berhenti hanya selepas 700 meter berlumba kerana masalah elektrikal manakala P.G Andersson pula terlibat dalam kemalangan di SS 2. Memandangkan IRC tidak mempunyai kategori super …

Continue reading