Mini John Cooper Works GP (JCW GP) merupakan model Mini paling laju pernah dibina oleh pengeluarnya. Model itu dibina dengan prestasi tinggi untuk kegunaan litar lumba. Menariknya model itu halal didaftarkan untuk kegunaan jalan awam dan lebih istimewa hanya dua ribu unit sahaja ditawarkan kepada pasaran. Walau bagaimanapun, pembeli yang berminat masih belum boleh memilikinya …
Category: Muhammad
Jun 25
SWRC New Zealand 2012: Proton Ditempat Kedua!
New Zealand, 24 Jun 2012 – Pemandu Rali Proton, PG Andersson mengharungi perlumbaan yang sukar pada Rali New Zealand sebelum berjaya memenangi podium buat kali kedua di dalam Super 2000 World Rally Championship (SWRC). Pada pusingan kali ini, Andersson yang memandu Satria Neo S2000 menduduki tempat kedua selepas mencatat siri keputusan cemerlang di dalam perlumbaan …
Jun 21
MAJLIS PECAH TANAH BILIK PAMERAN 3S NISSAN DI KUCHING
KUCHING (16 Jun 2012) – Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) mengadakan satu upacara pecah tanah pada pagi ini untuk pembinaan pusat 3S Nissan yang pertama di Kuching. Ia menyediakan semua kemudahan, iaitu Jualan, Penyelenggaraan dan Alat Ganti. Upacara ini dirasmikan oleh Datuk Bandar Bandaraya Kuching Selatan, Encik James Chan Khay Syn. Bilik Pameran …
Jun 19
Pandu Uji: Proton Prevé 1.6 CFE
Sebelum kita pergi jauh ke dalam entri ini suka untuk saya kongsi cara sebutan Prevé yang betul terdiri dari dua bahagian, pertama ialah Pray yang merujuk kepada Pre manakala vé pula disebut sebagai vey. Jika masih keliru, vé itu sama sahaja sebutannya seperti resumé, café atau paling senang di lidah orang tempatan ialah tay seperti …
Jun 15
Proton Prevé Sudah Ditempah Lebih Dari 10,000 Unit!
SUBANG JAYA, 13 Jun 2012 – Dalam tempoh hanya dua bulan selepas dilancarkan, Proton Prevé sudah menerima 11,310 tempahan menjadikannya kereta sedan 1.6 liter paling popular di dalam pasaran. Prevé dilancarkan secara rasmi pada 16 April 2012 dan ditawarkan melalui tiga varian iaitu Premium 1.6 CFE dengan transmisi 7 kelajuan ProTronic CVT dan dua varian Executive …
Jun 13
NISSAN SYLPHY DAN LIVINA X-GEAR SERBA BAHARU TALAAN IMPUL
SEPANG (10 Jun 2012) – Sempena acara Autobacs Super GT Series 2012 (Pusingan 3) yang bakal diadakan di Litar Antarabangsa Sepang pada 10 Jun 2012, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) akan melancarkan dua varian sporty Nissan Talaan IMPUL yang menarik. Impul merupakan syarikat talaan Nissan yang terkenal berasal dari Jepun. Dua varian itu ialah Nissan …
Jun 12
ETCM ADAKAN KEMPEN PENYELENGGARAAN UNTUK NISSAN URVAN
KUALA LUMPUR (11 Jun 2012) – Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) telah diberitahu secara rasmi oleh pihak Nissan Motor Ltd Japan bahawa beberapa unit Nissan Urvan yang dikeluarkan dan dijual ETCM mungkin terlibat dalam kempen penyelenggaraan baru-baru ini. Alat-alat ganti yang terjejas ialah hub bearing (galas hab) bahagian hadapan (dipasang oleh ETCM sejak …
Jun 11
Aslam Farikullah Dilantik Sebagai Ketua Pegawai Operasi Group Lotus
Dany Bahar (gambar bersama Akio Toyoda), Ketua Pegawai Eksekutif Lotus yang bertanggungjawab dalam projek Lotus New Era telah ditamatkan perkhidmatannya oleh Lembaga Pengarah Group Lotus. Dany Bahar mempunyai cita-cita tinggi untuk mengembalikan kegemilangan Lotus dengan memperkenalkan lima model konsep (Elise, Elan, Esprite, Elite dan Eterne) sekaligus dan telah meletakkan semula Lotus ke habitat asalnya iaitu …