Pandu Uji: Proton Prevé 1.6 CFE

Sebelum kita pergi jauh ke dalam entri ini suka untuk saya kongsi cara sebutan Prevé yang betul terdiri dari dua bahagian, pertama ialah Pray yang merujuk kepada Pre manakala vé pula disebut sebagai vey. Jika masih keliru, vé itu sama sahaja sebutannya seperti resumé, café atau paling senang di lidah orang tempatan ialah tay seperti hujung perkataan satay. Nama Prevé itu disuaikan daripada perkataan Inggeris, iaitu Preev yang memberi maksud bukti atau untuk membuktikan. Untuk lebih stailo, nama Prevé yang berasal daripada perkataan Sepanyol telah dipilih sebagai nama kekal. Prevé bermaksud ‘to envision’ atau untuk membayangkan sesuatu di masa depan.

Jika digabungkan kedua-dua perkataan Preev dan Prevé maka Proton ingin menunjukkan kepada ramai bahawa model terbaharu ini adalah bukti Proton mampu untuk menghasilkan sebuah kereta dengan ciri-ciri global. Maksud kedua pula ialah Proton ingin membayangkan kepada orang ramai, beginilah standard kenderaan Proton pada masa akan datang dan ianya bukan sahaja untuk produk malah merangkumi standard perkhidmatan yang ditawarkan kepada pasaran. Kiranya Prevé adalah suatu yang besar dan amat penting untuk Proton. Suka juga untuk saya kongsi, perkataan Sepanyol yang dipilih bukanlah sesuatu yang asing untuk Proton. Contoh signifikan ialah Persona di mana perkataan Inggeris itu sebenarnya berasal daripada bahasa Sepanyol. Lebih ironik, tiada maksud khusus Persona di dalam Bahasa Melayu. Yang ada ialah pesona yang bermaksud guna-guna, mantera, sihir dan fitnah. Mujurlah Proton menggunakan nama Persona, jika Pesona yang dipilih pasti haru-biru jadinya.

Pada penghujung April lepas saya, Syuk dan Bard berpeluang memandu uji Proton Prevé 1.6 CFE dari Cherating, Pahang ke Kuala Lumpur. Terus-terang saya katakan kereta dengan kos total projek yang bernilai RM540 juta ini mempunyai karakter yang berbeza dengan kereta buatan Jepun atau Korea Selatan. Prevé 1.6 CFE terasa berat tetapi bukan lembab. Lebih senang cerita, Prevé stabil pada kelajuan tinggi dan tidak terapung-apung. Rasa Prevé lebih kepada kereta buatan Eropah jadi tidak hairanlah jika ada rebiu daripada media lain yang mendakwa mereka memandu jauh lebih tinggi daripada had kelajuan lebuh raya. Output daripada enjin 1.6 turbo bertenaga dan gabungan transmisi CVT menjadikannya lancar dipandu. Walau bagaimanapun, daripada maklum balas di dalam dunia maya, ada yang mengatakan Prevé 1.6 CFE tidak seagresif Proton Exora Bold. Iya, Prevé 1.6 CFE agak melahu dari kelajuan pegun, namun itu hanyalah drama untuk beberapa saat sahaja sebelum prestasi sebenar menjelma di atas jalan. Menurut Jurutera powertrain Proton, karakter sebegitu memang disengajakan (talaan ECU) untuk disesuaikan dengan rata-rata pemandu berkeluarga. Jika kereta bergerak dengan menggelupur itu namanya kereta drag dan bukan sedan keluarga.

Jika diperhatikan di atas jalan mahupun lebuh raya, ramai ketua keluarga yang memandu sedan mereka dengan laju, di dalam keadaan tersebut macam-macam yang boleh berlaku dan menyedari hakikat itu apa yang Proton buat ialah meningkatkan ciri-ciri keselamatan dengan menjadikannya sebagai standard keluar dari kilang. Prevé dilengkapi dengan struktur kukuh hasil penggunaan Hot Press Forming (HPF) pada 12 bahagian kereta dan dinamakan sebagai Reinforced Safety Structure (RESS). Bukan setakat itu, Prevé 1.6 CFE juga turut dilengkapi empat beg udara, ABS, EBD, tali pinggang pra-tegang dan suatu yang istimewa ialah ESC atau Electronic Stability Control sebagai bantuan pemandu untuk mengelakkan gelinciran sewaktu mengambil selekoh atau pun di dalam keadaan jalan yang licin. Harus tahu tidak semua pemandu sukakan ESC kerana berpendapat sistem itu hanya menutup kelemahan pemandu sebenar, ada pemandu yang sukakan sedikit gelinciran pada selekoh supaya mereka tahu had pemanduan mereka, namun jika anda tergolong di dalam kategori niche sebegitu usah risau kerana sistem itu boleh dimatikan hanya dengan menekan butang. Walau bagaimanapun, ESC secara automatik akan dihidupkan kembali apabila kelajuan melebihi 160km/j dan dimatikan semula dibawah kelajuan tersebut.

Bab pemanduan dan pengendalian (R&H), Proton memang handal dan saya tidak pasti sama ada Lebuh Raya Pantai Timur yang terkenal kerana jalan yang berombak sudah dibaik pulih atau R&H Prevé ini memang betul-betul sedap kerana saya tidak rasa kereta beralun-alun malah agak selesa. Namun mereka yang terbiasa dengan pengendalian yang setajam mata pisau akan merasa sedikit ‘longgar’ tetapi ianya tidaklah suatu yang negatif kerana Preve dibina untuk pasaran massa dan bukan pemandu terpencil. Untuk mengubat hati, katanya model hatchback nanti bakal menggunakan talaan R&H yang berbeza.

Daripada segi astetik, ada yang jatuh cinta kepada Prevé 1.6 CFE dan tidak kurang yang memberi pelbagai komen pedas. Produk rekaan Proton|Design, jabatan yang bertanggung jawab merekabentuk Prevé mengambil pendekatan rekaan tak berwaktu atau timeless design. Konsep rekaan tersebut terdapat pada model Proton lain seperti Waja dan Satria GTi di mana rekaannya masih segar walaupun sudah lama dikeluarkan. Ada yang kata Prevé meniru kereta buatan Jepun, Korea Selatan dan Jerman. Hakikatnya apa yang dibuat ialah mengikut trend semata-mata seperti bentuk kotak 2.5 (2.5 box), rupa tunggal (single face) dan sebagainya.

Walaupun rekaan belakang Prevé mempunyai reaksi yang pelbagai, normal dan negatif namun menurut Encik Azlan Othman, Ketua Pereka Proton, garisan-garisan pada badan dan lampu belakang disengajakan untuk provokasi minda. Proton|Design boleh saja buat seperti kebanyakan namun itu bukanlah niat mereka. Selain daripada itu, mungkin juga tidak diketahui ramai, rekaan asal kelongsong lampu sebenarnya berbeza daripada versi produksi dan telah diubah kerana faktor undang-undang. Garisan krom pada bonet belakang pula mungkin ditambah untuk model istimewa (SE) nanti. Apa pun, dari sisi, Prevé nampak seperti atletik atau dengan bahasa mudah, dalam keadaan statik pun nampak seperti sedang bergerak. Jika diamati, badan Prevé sebenarnya banyak garisan-garisan yang keras tetapi berjaya dihalusi oleh pasukan perekanya. Prevé Sapphire adalah contoh bagaimana ciri tersebut diarus perdanakan.

Kesimpulannya, jika disenaraikan peralatan serta ciri-ciri yang ada pada Prevé 1.6 CFE bolehlah dikatakan ianya bernilai untuk wang. Interiornya luas, bonetnya besar ditambah pula dengan kuasa dan ciri-ciri keselamatan yang ada, ianya sangat sesuai untuk dijadikan kereta keluarga. Cuma yang menjadi masalah ialah ramai lagi yang masih skeptikal dengan komitmen Proton untuk menjadi lebih baik. Apa boleh buat, kadang-kadang persepsi itu lebih penting daripada realiti dan Proton perlu berusaha lebih keras untuk membuktikan kepada umum, mereka sememangnya komited sebagai peneraju industri automotif negara dan Prevé 1.6 CFE adalah antara buktinya, drive it to believe it.

@muhd_gt

ps: Ada pandu uji Prevé  manual, nanti gua tulis.

Silakan kongsi:

39 comments

Skip to comment form

    • perdanaburuk on 19/06/2012 at 9:47 AM
    • Reply

    Gua 1st der….
    Gua fikir preve ni dah cukup memenuhi selera rakyat cuma gua tunggu versi cfe manual special edition itupun klu ada la.
    Syabas proton. Ramai org suka sama ini prayvey…..

    • encikpadil on 19/06/2012 at 9:51 AM
    • Reply

    gua tunggu facelift sama cfe manual. mungkin lama lg tp xpela, nanti tgk macamane, hu hu…

    • alfa 147 on 19/06/2012 at 11:07 AM
    • Reply

    gua tgu loan sng approved…huhu..

    • epi on 19/06/2012 at 11:28 AM
    • Reply

    harap sgt CFE ada version manual…baru btol2 dpt feel turbo…

    • kamenrider14 on 19/06/2012 at 12:02 PM
    • Reply

    enjin cfe proton taknak jual asing2 ke… nak masuk kat saga fl aku nih 🙂

    • Han on 19/06/2012 at 2:13 PM
    • Reply

    gua nak tunggu habis belajar, mau sambar itu Preve hatchback.. harapnya, CFE manual lah.

    • syuk on 19/06/2012 at 2:51 PM
    • Reply

    utk preve, mmg gua prefer manual variant wpon x de turbo. hehe

    • perdanaburuk on 19/06/2012 at 4:20 PM
    • Reply

    Joe ozil: perdanaburuk gua still mantain mcm dulu2 der. yela sbb pki gbox manual ori x pernah problem, klu pki gbox auto dah lama dah gua tuka kunci beb. pikir punya pikir tak jd nk masuk turbo sbb kos tinggi, last2 masuk wshop buat fully overhaul aje lg senang. jimat wang n minyak beb. duit lebih bole kasi simpan dulu utk future next car….. ok x….?

    • Datsun Buah Kana on 19/06/2012 at 7:56 PM
    • Reply

    Confuse ni, nak beli Preve’ ke Datsun 120Y ke Ferrari California ni…Ahh… kelirunya…!!

    • encikpadil on 19/06/2012 at 9:23 PM
    • Reply

    gua masih lg xleh terima hakikat, tuah konsep lg lawa dr preve, pening! pening! mungkin persepsi gua je kot…

    • Smut_Liar on 20/06/2012 at 9:44 AM
    • Reply

    gua minat gak hybrid der…
    klau kuar hybrid lg sjenis ok gak..

    • syuk on 20/06/2012 at 3:44 PM
    • Reply

    Joe Ozil, Gua minat hybrid, tapi Honda CR-Z jek. sebab manual. haha

    • kei.sharir on 20/06/2012 at 5:00 PM
    • Reply

    hny org yg mementingkan spec pd kereta je akn beli kete ni…
    kalo makcik makcik dan juga gadis gadis lpsn Universiti, objek bernama MYvi adalah pilihan walopun spec die lg koman. hehehehe… tu je point org beli proton skrg ni. kalo perodua jual kete murah, kompom LINGCORPoration la proton weyh… hahahaha…. lbh baik beli ni dr beli VIOS dugong spec J. hehehehehe

    • pokjik on 20/06/2012 at 5:27 PM
    • Reply

    aku nak yg manual! adesss cvt ni mcm utk org cacat jeee

    • syuk on 20/06/2012 at 9:26 PM
    • Reply

    Joe Ozil – Gua pun harap bole beli CR-Z merah. pergh.. it depends ape benda yang lu mod la..

    • syuk on 21/06/2012 at 3:08 PM
    • Reply

    barang Mugen mahal dowh. kalo gua kaya bole la beli.. Tokyo Auto Salon 2013 mesti berlambak CR-Z nih

    • kei.sharir on 22/06/2012 at 7:11 PM
    • Reply

    tp ni pendapat peribadi gua la kan. design preve ni x cun langsung. lbh kpd krisis identiti. muke dpn mcm kia K5 pun ade. hahahaha…. cun lagi iswara 1300cc M.D.M (Malaysia Domestic Model) spec gua. klasik national gitu… hehehehehe… bulan2 pun x pentign kepala nk byr duit kete. hahahaha….

    • encikpadil on 23/06/2012 at 3:10 PM
    • Reply

    betulx3! kurang cun, tuah konsep lg cun, pendapat seposen gua… tunggu facelift tgk camne…

    • rafi on 26/06/2012 at 8:54 AM
    • Reply

    elok kalo sorang dua skru GT dpt influence org Proton buat preve coupe…x gitu..ni dah pengurusan baru..mungkin proton nak dgr nasihat org luar..keh keh

    • encikpadil on 26/06/2012 at 1:21 PM
    • Reply

    masih lg dlm dilemma…

    • encikpadil on 26/06/2012 at 7:56 PM
    • Reply

    petang td ada terserempak dgn 2-3 bijik preve atas jalan, hmmmm… masih lg sedang brkira kira… seruan masih lg belum kesampaian, setakat ini…

    • rafi on 26/06/2012 at 9:15 PM
    • Reply

    sekarang dah bole tgk preve meluncur dgn agak byk ats jln.sikit hari lagi,mungkin dh bole jadi mcm myvi…bersepah-sepah ats jln.baru smlm gua nmpak makcik naik preve..

    • encikpadil on 28/06/2012 at 9:25 PM
    • Reply

    sedang mengusha inspira… preve x kot…

    • perdanaburuk on 29/06/2012 at 10:55 PM
    • Reply

    Betul3x….. Inspira 1.8 manual lg baik….

    • perdanaburuk on 29/06/2012 at 10:56 PM
    • Reply

    Betul3x….. Inspira 1.8 manual lg baik…. Beli bg laju resing der…

    • encikpadil on 02/07/2012 at 6:02 PM
    • Reply

    betul ke lancer gt punya cvt gearbox ada problem? apa problemnya? cerciter? alamak… camne ni? konon2 nak usha2 lancer gt 2nd ni bai…

    • encikpadil on 02/07/2012 at 6:09 PM
    • Reply

    1st model harga lebih sikit je dr preve… camne ni? camne?

    • encikpadil on 02/07/2012 at 7:11 PM
    • Reply

    dahtu inspira punya gearbox tu pun ada problem gak ke? kan sama je ngan gearbox lancer gt?

    • encikpadil on 04/07/2012 at 8:32 PM
    • Reply

    ha ha ha ha, tanya je, jgn le mare…

    • fauzie jln 224 PJ on 14/07/2012 at 9:56 AM
    • Reply

    preve’ dh mmg menarik menawan hati saya tp bila loan dh lulus menunggu order pulak berminggu-minggu…waktu promosi esok lusa boleh dpt!!! adooyaiii apa masalah pengurusan proton…hantar je la preve exec sya yg telah di order ikut tempoh yang dibuat. Hit ordering kereta ni dh makin meningkat….maknanya kepercayaan rakyat msia terhadap proton telah mula berkembang. Jangan jd mcm nunggu durian asli didusun tak gugur2….org yg mengidam terpaksa cari durian tepi jalan/durian siam untuk makan

    • jalud on 15/07/2012 at 2:33 AM
    • Reply

    Joe Özil,

    lu taknak memandu auto, lu punya pasal la. pasal apa nak kecoh bagitau 2-3 kali yang lu ni suka tranmisi manual? aku pon suka gak manual. takde nak bagitau semua orang pon?

    • Dino Bravo on 17/09/2012 at 5:02 PM
    • Reply

    Teman kelulusan engineering. Teman cadang, kalo nak beli kheta baghu, tunggulah model tu dah keluo setahun baghu beli. Dalam setahun tu, model tu actually dalam trial-run. Mungkin masih ada yang problem. Dalam setahun tulah engineer2 nak rectify apa yang ghosak, atau pelanggan tak pueh hati. Kalau tunggu dua tahun lagi baik, cuma model tu dah jadi lama sikit. Kalau masalah ada pada Preve, ini mesti difahami sebab dia masih baru lagi. Komponen2nya mungkin belum betul2 serasi. Teman dule beli Proton beberapa tahun selepas model tu keluo. Langsung takde masalah. Teman memang puas hati pakai Proton. Teman memang cadang nak tuko ke Preve, tapi teman nak tunggu setahun dua lagi

  1. poyo lah joe rizal pi campak manual ko kat longkang

    • are on 22/11/2012 at 8:22 PM
    • Reply

    kur kur kur sdah jatuh tersunkur….hahaha

    • Joe on 16/02/2013 at 11:02 PM
    • Reply

    Nampak ok, but kenapa x letak kerusi kulit yg bermutu tinggi?

    • rosa on 10/03/2013 at 11:26 AM
    • Reply

    saya guna preve +- 3 month,kualiti kurang..cermin depan bila bwk turun da bunyi,da perbaik msa second service then bunyi lagi.viper xcantik.bla hujan dah start kelabu n xjelas sgt.kecewa btl la

  2. org malaysia citarasa tinggi sgt.. aku pakai preve dah 6 bulan ape yg kurang pd preve ni aku tutup mata sbb ape yg ada pd preve dah cukup puas hati… mmg puas hati … kalau korang x yakin dan x faham ragam kereta proton baik jgn amik.. sbb tu keluar comment x puas hati lah ha2… baik korang amik jea almera ke vios type j ke kurang cikit org yg pakai preve… kalau x menyemak jea kat jalan raya.. tahniah proton sbb keluarkan preve ni.. cume kalau x puas hati kat proton cakap kat cini sudahlah.. x payah comment kat blog automobil luar negara pasal proton teruk boikot proton ini semua menjatuhkan maruah negara

    • mrupai on 10/05/2013 at 6:29 PM
    • Reply

    Proton preve ni memang terbaiklah.

    • Zak on 15/12/2013 at 2:15 AM
    • Reply

    Assalam. Sy dah beli Preve auto exec, ok je…

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.