MAJLIS PECAH TANAH BILIK PAMERAN 3S NISSAN DI KUCHING

KUCHING (16 Jun 2012) – Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) mengadakan satu upacara pecah tanah pada pagi ini untuk pembinaan pusat 3S Nissan yang pertama di Kuching. Ia menyediakan semua kemudahan, iaitu Jualan, Penyelenggaraan dan Alat Ganti.

Upacara ini dirasmikan oleh Datuk Bandar Bandaraya Kuching Selatan, Encik James Chan Khay Syn.

Bilik Pameran 3S Nissan ini dibina di atas plot tanah seluas 1.58 ekar yang terletak di kawasan automotif di antara persimpangan Jalan Pending dan Jalan Sungai Priok, Kuching. Kawasan binaan keseluruhannya mencecah 35,200 kaki persegi. Ia akan dijadikan sebagai ibu pejabat ETCM Nissan di Rantau Sarawak.

Konsep 3S ini memberi keselesaan dan kemudahan kepada pelanggan. Ia juga boleh menempatkan sehingga 8 buah model kenderaan Nissan di dalam satu masa dan pelanggan dapat mengenali secara lebih dekat. Pelanggan boleh melihat kenderaan mereka di lounge pelanggan yang selesa sementara menunggu kenderaan mereka untuk diservis. Selain itu, pelanggan boleh menikmati kemudahan yang disediakan, seperti bar kopi, TV skrin lebar dan Wifi.

Kemudahan 3S ini akan menampilkan Identiti Visual Peruncitan terkini Nissan. Ia juga dilengkapi dengan 16 ruang servis yang dapat menampung sehingga 50 buah kenderaan dalam satu hari. Setiap penyelenggaraan akan dipantau oleh pekerja-pekerja yang terlatih bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk memastikan kepuasan pelanggan.

Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ Dr Ang Bon Beng berkata, “Pembinaan bilik pameran 3S Nissan adalah selari dengan pelan pengembangan perniagaan kami di Malaysia Timur. Kami berhasrat dapat meningkatkan tahap kepuasan pelanggan ke peringkat lebih tinggi menerusi kemudahan bersepadu dan layanan hospitaliti yang terbaik. Para pelanggan kami juga boleh menantikan pengenalan model-model baru oleh ETCM di Malaysia.”

@muhd_gt – Gua tabik pada artis yang buat poster atas tu. R33 bro.

Silakan kongsi:

1 comment

    • mohd hafiz on 22/06/2012 at 1:49 PM
    • Reply

    saya nak tnye,,,ada vacancy x….

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.