Selepas dikalahkan oleh Jari-Matti Latvala pada WRC Finland lepas, Sebastien Loeb kembali meneruskan misi lagendanya dengan memenangi pusingan terbaru WRC di Jerman. Bukan setakat Loeb saja yang menang tetapi tim Citroen World Rally mendominasi terus perlumbaan tersebut. Latvala dari Ford Abu Dhabi hanya menduduki tempat keempat.
Category: Muhammad
Aug 30
F1 Belgium 2010: Hari Untuk Lewis Hamilton
Lewis Hamilton dari McLaren Mercedes sekarang ini memegang takhta pemandu apabila memenangi Formula Satu Belgium yang agak kucar-kacir kelmarin. Beliau menang hanya 1.5 saat di depan pemandu RedBull Mark Webber yang kini dengan kumulatif 179 mata, ketinggalan 3 mata di belakang Hamilton. Bagaimana pula dengan seorang lagi hero muda RedBull Sebastian Vettel? Beliau jauh dibelakang …
Aug 29
Luca di Montezemolo Baru Balik Dari Taman Tema Ferrari
Untuk pengetahuan saja-saja sekutu, Encik Luca di Montezemolo, Pengerusi Ferrari baru balik dari Abu Dhabi malam Khamis lepas. Beliau ke sana bagi menghadiri siri mesyuarat dengan rakan-rakan Ferrari di Emiriyah dan melawat tapak pembinaan taman tema Ferrari.
Aug 27
Paris: Mazda Pamer 3 Kereta
Pada Pameran Kereta Paris nanti Mazda akan mempertontonkan tiga model dengan penggunaan minyak dan emisi yang rendah. Kereta bandar Mazda2 yang dinobatkan sebagai World Car of the Year 2008 akan diperkenalkan dengan beberapa perubahan seperti fasia baru, dalaman yang dinaiktaraf, enjin Euro 5, chasis yang dipertingkatkan untuk lebih keselesaan dan transmisi automotik. Beberapa bulan lepas …
Aug 26
VW Race Touareg 3: Buat Rali Dakar!
VW telah memperkenalkan kepada umum jentera rali Dakar terbarunya iaitu Race Touarag 3 menggantikan Race Touareg 2 yang dua kali menjadi juara pada tahun 2009 dan 2010 dan juga kenderaan diesel pertama menjadi juara. Model terbaru Touareg 3 dikatakan lebih pantas dan efisien di samping mengekalkan kekukuhan dan ketahanan model lama. Ujian terowong angin banyak …
Aug 24
10 Penumpang Tak Boleh Blah!
Hampir 4 juta pemandu di UK tak berapa selesa dengan penumpang mereka dan lebih selesa memandu berseorangan mengikut tinjauan yang dilakukan oleh Continental Tyres. Kajian tersebut juga mendapati bila kita makin tua kita makin tak selesa dengan orang yang menumpang. Yela bila dah tua-tua ni kita tak berapa selesa nak bagi orang tumpang, kadang-kadang kita perlukan …
Aug 23
Proton PERT Dalam Kenangan!
Kalau sekutu minat rali dari zaman kanak-kanak riang ria mesti kenal sangat dengan Karamjit Singh. Beliau berlumba dari zaman saya kecil sampailah sekarang ini dan kalau tanya sesiapa pun pasal rali perkara pertama yang terlintas dalam kepala ialah Karamjit. Bukan nak puji melangit tapi beliau yang membawa rali ke setiap rumah dan saya rasa itulah …