Hits Proton Inspira adalah antara yang tertinggi dalam GT, cerminan yang model ini popular. Dengan tema Yang Bijak Memilikinya saya rasa Inspira menepati kempen yang dilaungkan. Inspira adalah kereta sedan dengan interior luas, selesa, kejuruteraan Jepun dan paling penting dijual pada harga tempatan – faktor penjualan terbesar. Ringkas cerita, Mitsubishi dengan lencana Proton. -Mak Uia-
Category: Muhammad
Dec 31
Nissan Elgrand
Selari dengan reputasi cemerlangnya sejak sekian lama dengan gelaran “Raja MPV”, Elgrand generasi baru menyerlahkan penampilan mewah, dengan ciri-ciri hospitaliti dan keselesaan kepada pemandu serta para penumpang. Bahagian dalamannya menawarkan pelbagai ciri yang dihasilkan khas untuk keselesaan penumpang. Ini termasuklah tempat duduk berkualiti tinggi pelbagai fungsi yang unik dengan perehat kaki. Bagi menambah keselesaan, Elgrand …
Dec 31
Lekiu: SUV Konsep Daripada Proton
Beberapa bulan lepas Proton dan Lotus Engineering telah dilantik oleh Youngman Europestar untuk membina sebuah SUV bagi pasaran China. Memandangkan Proton sudah mempunyai platform Exora, projek ini lebih mudah dan yang menariknya menurut Dato’ Syed Zainal jika permintaan pasaran tempatan kuat kenapa tidak SUV ini dijenamakan sebagai Proton. Lekiu adalah kereta konsep untuk menerima maklum …
Dec 30
Nissan Teana: Sedan Mewah
Sedan mewah, Nissan Teana serba baru yang dilancarkan baru-baru ini menandakan bahawa Nissan telah kembali bersaing dalam segmen sedan eksekutif. Aspek utama model ini adalah berkonsepkan sebuah sedan yang dinamik dan berkuasa, di samping gaya mewah moden, keselesaan pemanduan yang menakjubkan serta ciri-ciri lain yang tidak dilupakan. Sejak pelancarannya di peringkat global, Nissan Teana serba baru …
Dec 29
Kia Koup, Memori Silam Proton Putra
Apabila mata bertemu dengan Kia Koup ini memori silam zaman 90 an dulu mesti menjelma, konsepnya saling tak tumpah dengan Proton Putra. Bahagian depan macam Wira tetapi belakang coupe. Sama juga dengan Kia Koup, pandangan hadapan memang Kia Forte tetapi bila tengok dari tepi terserlah badannya yang sporti. Koup adalah adik beradik Forte dan mempunyai …
Dec 29
Honda CR-Z: One Motion Wedge
Berdasarkan keghairahan Honda dalam meluaskan potensi kenderaan hibrid dan membolehkan pelanggan merasai keseronokan baru, CR-Z dibina dengan tiga nilai teras iaitu Emotional (penampilan dan perasaan emosional), Exciting (keseronokan memandu) dan Smart (bertanggungjawab kepada persekitaran). Gaya CR-Z berkonsep baji dalam satu gerakan (one-motion wedge) dengan garisan bonet yang rendah menjadikannya kereta dua pintu yang sporti dan …
Dec 28
Model-Model Chery
Pakar industri meramalkan pembuat kereta dari China bakal menguasai masa depan industri automotif dunia. Walaupun pembuat China banyak mengupah konsultan dan membeli syarikat automotif luar tetapi masa depan siapa yang tahu. Dahulu pun tiada siapa yang menjangka syarikat automotif gergasi dari barat bakal tersungkur dan diterajui oleh pembuat Jepun. Ironinya sewaktu mula-mula ke pasaran global, …