Boon Siew Honda telah memperkenalkan tiga model baharu iaitu Super Cub C125, CBR1000RR Fireblade SP dan CB1100 RS.
Category: Motosikal
Nov 07
Honda EX5 Fi Edisi Terhad Sempena Ulang Tahun ke-30 di Malaysia 100 juta unit Siri Super Cup
Boon Siew Honda (BSH) bakal melancarkan Honda EX5 Fi Edisi Terhad yang akan didatangkan dalam dua rekaan iaitu Self/Drum/Spoke dan Self/Drum/Cast. Honda EX5 turut menyumbang kepada pengeluaran siri super cub sebanyak 100 juta unit dan merupakan motosikal paling lama bertahan di pasaran Malaysia pada masa ini.
Sep 13
Honda CRF250 Rally & CRF250L 2017 Kini Di Pasaran
Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) telah mengumumkan penawaran model CRF250L dan CRF250 Rally 2017 serba baharu untuk memenuhi kehendak penggemar motosikal pengembaraan ringan yang menginginkan keseronokan tunggangan di atas jalan raya dan off-road bagi kembara hujung minggu, keselesaan untuk dibawa melancong dan berfungsi praktikal untuk kegunaan harian.
Aug 05
Honda RS150R 2017 Tampil Dengan 3 Warna Baharu
Boon Siew Honda (BSH) telah melancarkan Honda RS150R 2017 dengan warna dan jalur baharu. Tiga warna baharu tersebut ialah Edisi Trico, Merah ‘Candy’ (Candy Scintillate Red) dan Biru Mutiara (Pearl Nightfall Blue), selain warna ekskulsif sedia ada, Edisi Repsol.
Jul 26
Honda CBR650F dan CB650F 2017 Hadir Dengan Naiktaraf dan Warna Baharu
Motosikal middleweight Honda CBR650F dan CB650F 2017 kini ditawarkan dalam spesifikasi yang dinaik taraf dan warna baharu. Honda CBR650F dan CB650F ini lebih berkuasa iaitu 67kW @ 11,000rpm berbanding model 2016. Peningkatan itu adalah susulan penggunaan peredam bunyi lebih pendek yang menambah baik kemasukan dan pengurusan aliran ekzos.
Jul 26
Satu HATI. Honda Team Asia Sertai Perlumbaan Suzuka 8 Hours – Dibarisi Ahli Pasukan Warga Tempatan
Perlumbaan Endurance Suzuka 8 Hours “Coca-Cola” ke-40 bakal dilangsungkan dari 28 hingga 30 Julai depan. Perlumbaan itu dilihat dapat mengangkat nama Boon Siew Honda (BSH) di persada antarabangsa memandangkan beberapa ahli pasukan seperti pengurus, pelumba dan staf teknikal adalah warga tempatan.