Servis baik pulih ini adalah sebahagian daripada inisiatif global untuk kereta-kereta yang dilengkapi dengan beg udara Takata.
Category: Isu Semasa
Apr 09
Honda Malaysia Panggil Semula 28 ribu Kenderaan Untuk Gantian Peledak Beg Udara
Honda Malaysia telah mengumumkan program panggilan semula yang melibatkan 28,399 unit kenderaan bagi menggantikan peledak beg udara Takata bahagian penumpang hadapan. Setakat Mac 2018, Honda Malaysia telah menggantikan peledak beg udara penumpang hadapan untuk lebih dari 223,000 unit kenderaan atau bersamaan 84 peratus.
Oct 31
Kerusi Bayi & Kanak-Kanak Perodua Pada Harga Istimewa – Hanya RM 660 & RM 780
Pada 30 Oktober lalu, Timbalan Menteri Pengangkutan, YB Dato’ Ab Aziz Kaprawi telah melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Perodua dan Kerusi Kanak-Kanak Perodua di Perodua Sentral, Petaling Jaya. Istimewa sempena kempena ini ialah penawaran kerusi bayi dan kanak-kanak pada harga mampu milik dan ia boleh dipesan semasa pembelian kereta baharu Perodua. Sehingga Tahun Baru Cina 2018, …
Oct 29
Honda HR-V 2016 Terlibat Dalam Penggantian Semula Bar Penstabil Depan
Honda Malaysia telah mengumumkan panggilan semula sebanyak 2,814 unit model HR-V tahun 2016 kerana terdapat kemungkinan bar penstabil depan boleh patah di bawah tekanan tinggi. Kerosakan itu berpunca dari suhu yang tidak mencukupi semasa proses pengeluaran dan mengakibatkan kerosakan yang mungkin berlaku semasa tekanan tinggi.
Aug 08
Mitsubishi Pajero Exceed, Pajero Sport dan ASX Terlibat Dalam Panggilan Semula
Mitsubishi Motor Malaysia (MMM) yang merupakan pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi memaklumkan bahawa tiga model iaitu Pajero Exceed, Pajero Sport dan ASX terlibat dalam program panggilan semula untuk gantian peralatan secara percuma.
Jul 03
Honda Malaysia Berjaya Selesaikan 80.2 % Penukaran Peledak Udara Beg Udara Pemandu, 55.9 % Bahagian Penumpang
Honda Malaysia memaklumkan bahawa sehingga 29 Jun 2017, jumlah penukaran peledak beg udara Takata bahagian pemandu sudah pun mencapai 80.2 peratus manakala bahagian penumpang hadapan pula sebanyak 55.9 peratus.
Jun 23
DRB-HICOM dan Zhejiang Geely Tandatangani Perjanjian Jualan Ekuiti Proton Holdings Berhad
KUALA LUMPUR, 23 Jun 2017: DRB-HICOM Berhad hari ini menandatangani Perjanjian Muktamad yang menyaksikan Zhejiang Geely Holding Group (ZGH) dari China memegang 49.9% ekuiti PROTON Holdings Berhad (PROTON). Pada hari yang sama, DRB-HICOM juga menjual keseluruhan sahamnya dalam Lotus Advance Technology Sdn Bhd kepada ZGH dan Etika Automotive Sdn Bhd. Perjanjian ini termeterai 30 hari …
Feb 28
Harga minyak Mac 2017 – Petrol kekal, diesel naik 5 sen
Untuk bulan Mac 2017, harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing kekal tidak berubah manakala diesel naik 5 sen. Kenaikan bahan api diesel ini adalah kali yang ketiga berturut-turut selepas Januari dan Februari lalu.