Sempena perayaan Tahun Baru Cina yang bakal tiba, ANIH Berhad, syarikat konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) mengumumkan insentif diskaun tol 10% kepada semua kelas kenderaan yang menggunakan Touch ’n Go dan SmartTag sebagai mod pembayaran. Pemberian insentif ini akan bermula dari jam 12.00 pagi hingga 11.59 malam …
Category: Berita
Jan 19
Perodua Catat 207,100 Unit Jualan Pada 2016 – Dominasi Pasaran Automotif 11 Tahun Berturut-turut!
Walaupun 2016 adalah tahun yang mencabar untuk industri automotif, Perodua berjaya mengharunginya dengan bergaya apabila mencatat jualan melebihi 207,100 unit kenderaan atau 37.5% dari keseluruhan 579,600 jumlah industri kenderaan (TIV). Angka pegangan itu merupakan yang tertinggi sepanjang penubuhan syarikat. Dengan rekod tersebut, Perodua telah mendominasi jualan kenderaan tempatan untuk kali kesebelas berturut-turut. “Walaupun 2016 adalah …
Jan 18
Honda CB650F dan CBR650F 2017 Kini Dengan Warna Baharu – RM 44.7K dan RM 46.8K
Khusus untuk peminat Honda CB650F dan CBR650F, Boon Siew Honda telah melancarkan dua warna baharu yang istimewa iaitu Hitam Matte dengan chasis Merah dan Hitam Matte dengan chasis Putih. Penambahan warna istimewa ini adalah untuk menarik perhatian penggemar motosikal berkuasa yang ingin menaiktaraf motosikal sedia ada atau memiliki motosikal sport dengan harga mampu milik. Sejak …
Jan 18
VW Kini Di Batu Pahat – Pusat 3S Pertama Di Utara Johor
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) dan SP Supreme Autohaus telah membuka Pusat 3S Volkswagen Batu Pahat dan ia adalah satu-satunya Pusat 3S Volkswagen di bahagian utara Johor. Dengan keluasan sekitar 25,000 kaki persegi, bilik pameran Pusat 3S Volkswagen Batu Pahat mampu mempamerkan sehingga lima buah kenderaan dan enam ruang penyelenggaraan. Pusat 3S itu juga dilengkapi …
Jan 17
Haval M4 Kini Dikenali Sebagai H1 – Harga Dari RM53K Hingga RM73K
SUV Haval yang dahulunya dikenali sebagai Haval M4 kini ditukar nama kepada Haval H1. Nama terbaru ini ditukar selepas pengeluarnya, Great Wall Motors Compay Limited dijenamakan semula sebagai Haval untuk meningkatkan jualan di peringkat global dan khususnya di Asean. Ketua Pegawai Eksekutif GO Auto, Ahmad Azam Dato’ Sulaiman berkata penjenamaan semula Haval M4 kepada H1 …
Jan 17
MINI Countryman JCW Design Edition – Edisi Khas Sempena Tahun Baru Cina 2017
Sempena meraikan kedatangan Tahun Ayam, MINI Malaysia memperkenalkan MINI Countryman JCW Design Edition yang baru dan bergaya. MINI Countryman edisi terhad baharu itu adalah hasil inspirasi kejayaan MINI dalam menawarkan pemanduan mengujakan. Ia menampilkan rekaan agresif untuk meneroka apa jua keadaan dan pada masa yang sama menjadi model aktiviti aktif premium kompak untuk kegunaan harian. …
Jan 16
Susur Keluar Persimpangan Salak, Lebuhraya KL-Seremban Ditutup Selama Seminggu
Operator Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban (KLS) – ANIH Berhad mengumumkan penutupan susur keluar di sekitar Persimpangan Salak, Lebuhraya KLS, secara berperingkat bagi memberi laluan kepada kerja-kerja naik taraf mulai 16 Januari 2017, dari jam 10 malam hingga 5 pagi. Kerja-kerja ini dijangka siap dalam masa seminggu. Pengguna dinasihatkan untuk mengikuti laluan alternatif yang disediakan serta mematuhi …
Jan 15
PAKEJ YES ALTITUDE 4G PERCUMA UNTUK PEMBELIAN KERETA PROTON VARIAN EXECUTIVE DAN KE ATAS
Kerjasama PROTON Holdings Bhd dengan YTL Communications Sdn Bhd pada tahun 2011 menjadikan syarikat automotif itu sebagai perintis kepada kereta yang mempunyai keupayaan internet melalui peranti hotspot YES 4G Huddle XS mudah alih. Terkini, Proton dan YTL meneruskan kerjasama dengan menaik taraf tawaran dari jalur lebar 4G mudah alih ke telefon pintar YES Altitude 4G …