46 pemandu yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Dunia FIA GT1 pusingan Jerman bersama-sama Presiden FIA, Jean Todt menyokong kempen FIA Make Roads Safe dengan mendatangani secara simbolik panel badan kereta keselamatan Nissan GT-R.
Category: Berita
Sep 01
Lotus: Evora S & Evora IPS
Menjelang Pameran Kereta Paris pada 30 September ini Lotus memperkenalkan dua varian baru Evora, iaitu Evora S dan Evora IPS. Evora S pada asasnya adalah enjin 3.5 liter V6 yang dipasangkan pengecas lampau [supercharger] dan secara pintas menjadikannya lebih berkuasa dengan kuasa maksimum 350 ps dan tork 400 Nm pada 4500 rpm. Model ini didatangkan …
Aug 31
SUPER GT SUZUKA 2010: ARTA HSV Juara Kali Pertama!
Pusingan 6 Autobacs Super GT berlangsung di litar Suzuka pada 22 Ogos lepas dengan podium kelas GT500 didominasi oleh jentera Honda HSV-010 GT. Kereta nombor 8 Arta HSV-010 yang dipandu oleh Ralph Firman, Yuji Ide dan Takashi Kobayashi [beliau hanya memandu pada ujian masa] buat pertama kalinya menghadiahkan tim Arta juara perlumbaan pada musim ini. …
Aug 30
WRC Jerman 2010: Sebastien Loeb Juara Lagi!
Selepas dikalahkan oleh Jari-Matti Latvala pada WRC Finland lepas, Sebastien Loeb kembali meneruskan misi lagendanya dengan memenangi pusingan terbaru WRC di Jerman. Bukan setakat Loeb saja yang menang tetapi tim Citroen World Rally mendominasi terus perlumbaan tersebut. Latvala dari Ford Abu Dhabi hanya menduduki tempat keempat.
Aug 30
F1 Belgium 2010: Hari Untuk Lewis Hamilton
Lewis Hamilton dari McLaren Mercedes sekarang ini memegang takhta pemandu apabila memenangi Formula Satu Belgium yang agak kucar-kacir kelmarin. Beliau menang hanya 1.5 saat di depan pemandu RedBull Mark Webber yang kini dengan kumulatif 179 mata, ketinggalan 3 mata di belakang Hamilton. Bagaimana pula dengan seorang lagi hero muda RedBull Sebastian Vettel? Beliau jauh dibelakang …
Aug 29
Luca di Montezemolo Baru Balik Dari Taman Tema Ferrari
Untuk pengetahuan saja-saja sekutu, Encik Luca di Montezemolo, Pengerusi Ferrari baru balik dari Abu Dhabi malam Khamis lepas. Beliau ke sana bagi menghadiri siri mesyuarat dengan rakan-rakan Ferrari di Emiriyah dan melawat tapak pembinaan taman tema Ferrari.