SUPER GT SUZUKA 2010: ARTA HSV Juara Kali Pertama!

SuperGT Suzuka.2 2010.01

Pusingan 6 Autobacs Super GT berlangsung di litar Suzuka pada 22 Ogos lepas dengan podium kelas  GT500 didominasi oleh jentera Honda HSV-010 GT. Kereta nombor 8 Arta HSV-010 yang dipandu oleh Ralph Firman, Yuji Ide dan Takashi Kobayashi [beliau hanya memandu pada ujian masa] buat pertama kalinya menghadiahkan tim Arta juara perlumbaan pada musim ini. Dengan keputusan tersebut menjadikan Honda HSV-010 GT tiga kali menjuarai podium setakat enam pusingan.

SuperGT Suzuka.2 2010.02

Podium tempat kedua pula menyaksikan pertarungan antara kereta nombor 23 Motul Autech GT-R yang dipandu oleh Satoshi Motoyama dan Benoit Treluyer dengan kereta nombor 100 Raybrig HSV-010 yang dipandu oleh Takuya Izawa dan Naoki Yamamoto. Treluyer memotong Yamamoto di selekoh untuk merampas kedudukan kedua dan walaupun Yamamoto mencucuk rapat GT-R tersebut beliau masih gagal untuk mendapat kembali posisi asalnya hinggalah ke akhir perlumbaan. Petronas Tom’s SC430 berada di tempat kesepuluh.

Kelas GT300 pula dijuarai oleh R&D Sport Legacy B4, Arta Garaiya di tempat kedua, manakala Corolla Axio apr GT di tempat ketiga. Boleh tahan juga Toyota Corolla ni. M7 Mutiara Motors Amemiya di tempat keenam.

Sumber: SuperGT

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

5 comments

Skip to comment form

    • 5ruz on 31/08/2010 at 1:18 PM
    • Reply

    X da ura2 ke nak komersialkan Honda HSV ni…??!

  1. bkn dah penah menang ke sblm ni?

    • jelapangPadi on 02/09/2010 at 8:33 AM
    • Reply

    HSV ni nanti mesti ada dalam gran turismo 5…

    • torkdip on 30/09/2010 at 2:45 PM
    • Reply

    team keiichi tsuchiya aka drift king!

    • ex-Z2H2 on 07/09/2011 at 12:27 PM
    • Reply

    ARTA ni dimiliki oleh bekas pemandu F1 Jepun, Aguri Suzuki. Dia juga pernah kendalikan pasukan F1 Super Aguri sebelum penarikan Honda dari kancah sukan tu…

    Keiichi Tsuchiya dulo driver team ni. Sekarang dia jadi pegawai teknikal untuk team ni pulak. Kira macam Schumacher masa kat Ferrari sebelum dia memandu semula untuk Petronas Mercedes.

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.