Honda Jazz rupa baharu (facelift) kini dipasarkan dengan perubahan luar dan dalam serta naik taraf kelengkapan. Perubahan itu dilihat setara dengan Honda City rupa baharu yang dilancarkan sebelum ini.
Motosikal Dan Enjin Nasional (MODENAS) baru-baru ini telah melancarkan tiga buah motosikal sekaligus hasil kerjasama dengan Bajaj Auto Ltd iaitu PULSAR NS200 (naked street bike), PULSAR RS200 (race bike) dan V15 (café racer).
Untuk memberikan lebih nilai kepada pelanggan, UMW Toyota Motor telah menaiktaraf kelengkapan Toyota Vios. Sedan segmen B itu kini lengkap dengan Advanced Panoramic View Monitor atau kamera sekeliling 360 darjah yang berfungsi melalui empat unit kamera.
Sedan pertama Perodua iaitu Bezza ternyata hebat apabila Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM) mengiktirafnya sebagai kereta terbaik di bawah kategori Ruang Awam dan Produk Pengangkutan 2016.
Sime Darby Auto Performance (SDAP) baru-baru ini telah memperkenalkan model generasi kedua Panamera dengan dua varian pada harga RM890,000.00 untuk 3.0 V6 Turbo dan RM1,100,00.00 untuk Panamera S 2.9 V6 Bi Turbo.