Honda Jazz Rupa Baharu Kini Di pasaran – RM74.8K Hingga RM88.4K

Honda Jazz Facelift Malaysia

Setelah dipertontonkan kepada umum pada Mei lepas, Honda Jazz rupa baharu (facelift) kini dipasarkan dengan perubahan luar dan dalam serta naik taraf kelengkapan. Perubahan itu dilihat setara dengan Honda City rupa baharu yang dilancarkan sebelum ini.

Honda Jazz Generasi ke-3 telah menjadi peneraju segmen dengan jualan melebihi 47,000 sejak dilancarkan pada tahun 2014. Lebih menarik apabila Honda Jazz dan City adalah penyumbang terbesar jualan Honda Malaysia iaitu sekitar 60 peratus.

Sama seperti sebelum ini, Jazz rupa baharu ditawarkan dalam tiga varian seperti berikut:

  • Gred S – Paling asas
  • Gred E – Pertengahan
  • Gred V – Premium

Sementara itu, ciri-ciri standard untuk kesemua varian adalah seperti di bawah:

  • Gril Hadapan Krom
  • Bampar Hadapan dan Belakang dengan rekaan baru
  • Butang Penghidup Enjin
  • Sistem Kemasukan Pintar
  • Butang ECON
  • Tempat duduk ULTRA Seats dengan 4 mod (Utiliti, Panjang, Tegak dan Lapang)

Honda Jazz Facelift Malaysia

Honda Jazz gred V adalah paling premium dan didatangkan dengan beberapa peralatan eksklusif seperti berikut:

  • Rim Aloi Dua Tona
  • Lampu Nyalaan Siang (DRL) LED
  • Kamera Undur bagi
  • Paddle Shift
  • Kawalan Jelajah
  • Tempat duduk separa kulit
  • Paparan Audio bersaiz 6.8”

Honda Jazz gred E juga turut berkongsi beberapa kelengkapan Jazz gred V seperti di bawah:

  • Kamera Undur
  • Paparan Audio bersaiz 6.8”
  • Panel sentuhan untuk sistem pendingin hawa automatik

Sistem keselamatan

Honda Jazz rupa baharu telah dianugerahkan skor lima bintang ujian pelanggaran ASEAN NCAP. Berikut ialah kelengkapan keselamatan pada Honda Jazz:

  • Brake Assist (BA) dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) – Kesemua varian
  • Gred V – 6 Beg Udara
  • Gred E ditambah menjadi 4 Beg Udara berbanding dua sebelum ini
  • Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS) dan Bantuan Mula Mendaki (HSA) -Gred E dan V

Honda Jazz Facelift Malaysia

Warna

Honda Jazz rupa baharu ditawarkan dalam lima warna iaitu:

  • Kelabu Metalik (Modern Steel Metallic)
  • Perak Metalik (Lunar Silver Metallic)
  • Merah (Carnival Red)
  • Putih (Taffeta White)
  • Hitam (Crystal Black Pearl)

Waranti dan servis

  • Lima tahun tanpa had perbatuan
  • Selang servis 10,000

Harga (di atas jalan dengan insurans)

  • Honda Jazz gred S – RM74,800
  • Honda Jazz gred E – RM81,000
  • Honda Jazz gredd V – RM88,400

Penawaran harga yang strategik itu dilihat bakal menjadi faktor penarik buat pelanggan untuk membeli Jazz rupa baharu. Honda Malaysia mensasarkan jualan bulanan sebanyak 1,200 unit untuk Jazz rupa baharu ini.

Galeri gambar Honda Jazz rupa baharu

 

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.