Porsche Panamera kini di pasaran – RM 890K dan RM 1.1 Juta

Porsche Panamera 2017

Sime Darby Auto Performance (SDAP) baru-baru ini telah memperkenalkan model generasi kedua Panamera dengan dua varian pada harga RM890,000.00 untuk 3.0 V6 Turbo dan RM1,100,00.00 untuk Panamera S 2.9 V6 Bi Turbo. 

Porsche Panamera adalah sedan yang unik dengan dua karakter berbeza – prestasi sebuah kenderaan sports dengan keselesaan sebuah kereta penumpang mewah.

Sememangnya rekabentuk kenderaan buatan Porsche tidak banyak berubah dari satu generasi ke satu generasi namun Panamera baharu ini telah menerima perubahan meluas dari enjin, transmisi, casis termasuk luaran dan dalaman.

Menjadikan Panamera sebuah sedan yang selesa ialah teknologi rear axle steering, active roll compensation dan three-chamber air suspension.

“Panamera selama ini sememangnya antara model yang dihormati dan dicari-cari dalam barisan produk Porcshe,” kata Ketua Pegawai Operasi SDAP, En. Arnt Bayer. “Kini adalah masanya untuk melangkah ke tahap seterusnya dengan Panamera baharu yang telah menetapkan tanda aras baharu dalam kedua-dua aspek iaitu rekabentuk dan fungsi.”

Porsche Panamera 2017

Model generasi pertama Panamera telah diperkenalkan pada tahun 2009 dan ia telah mengisi ruang sebuah kenderaan Porsche dengan ruang, kemewahan dan praktikaliti.

Kedua-dua varian Panamera ini didatangkan dengan empat tahun waranti dan pakej penyelenggaraan percuma termasuk barangan dan caj buruh. Harga yang dinyatakan termasuk duti dan cukai kecuali caj pendaftaran, cukai jalan dan insuran.

Galeri gambar Porshce Panamera 2017:

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.