Tag: Proton

Karamjit Singh Juara Pusingan Kedua MRC 2014 di Johor

Karamjit Singh dan pemandu arahnya , Manohar Menon yang mewakili Pasukan Rali Proton R3 telah memenangi pusingan kedua Kejuaran Rali Malaysia 2014 (MRC) yang dilangsungkan secara serentak dengan Kejuaraan Rali Asia Pasifik (APRC) pada 15 – 17 Ogos lalu di Johor Bahru. Dikenali sebagai di antara lokasi rali paling mencabar, pusingan tersebut bertambah sukar apabila …

Continue reading

Proton Melancarkan Persona dan Saga Varian Eksekutif

Proton Holdings Berhad kini menawarkan varian eksekutif untuk model popularnya iaitu Saga dan Persona. Proton Saga dan Persona Executive didatangkan dengan kemasan baharu untuk menarik perhatian pelanggan muda sama ada yang sudah atau belum berkeluarga. Persona Executive turut didatangkan dengan warna istimewa iaitu Elegant Brown sebagai tambahan kepada enam warna sedia ada. Persona Executive dilengkapi …

Continue reading

Proton Melancarkan Pertandingan Rekabentuk Dengan Tema #PROTONCITYCAR2020

Proton Holdings Berhad kini melancarkan Pertandingan Rekabentuk 2014 khusus buat remaja tempatan yang berminat untuk menyumbang idea mereka di dalam rekabentuk kereta Proton. Pertandingan dengan tema #PROTONCITYCAR2020 bermula dari sekarang hingga 11 Ogos 2014. Rakyat Malaysia yang berusia di antara 13 hingga 25 dipelawa untuk menyertai pertandingan ini yang bertujuan untuk mendedahkan mereka kepada dunia …

Continue reading

Tun Dr. Mahathir Mohamad Kini Pengerusi Proton Holdings dan Group Lotus

Proton Holdings Berhad baru-baru ini telah melantik Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai pengerusinya bermula 16 Mei 2014. Tun Dr. Mahathir juga dilantik sebagai Pengerusi anak syarikat Proton iaitu Group Lotus plc. Tun Dr. Mahathir telah menjadi Penasihat Proton sejak akhir 2003 selepas melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia keempat. Visi beliau bukan sahaja untuk melihat …

Continue reading

PROTON PENGANJUR BERSAMA PERTANDINGAN KEMAHIRAN MALAYSIA 2014 – SEKTOR TEKNOLOGI AUTOMOBIL (PERINGKAT PRA-KELAYAKAN)

ALOR SETAR, 20 April 2014 – Seramai 122 belia yang mewakili pelbagai institusi pengajian tinggi tempatan serta organisasi kerajaan dan swasta, telah menyertai Pertandingan Kemahiran Malaysia 2014 – Sektor Teknologi Automobil (peringkat pra-kelayakan) yang dianjurkan bersama Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia dan syarikat kereta nasional PROTON, yang juga merupakan penaja utama pertandingan tersebut bagi …

Continue reading

Pelekat Kereta Logo Harimau Proton R3 – RM420!

Pasukan dan produk barangan Race.Rally.Research (R3) sememangnya popular di kalangan penggemar kereta Proton. Harus tahu, R3 bukan sahaja dipercayai oleh rakyat biasa malah terdapat keluarga Diraja dan VVIP menghantar kereta Proton mereka untuk ditala dan direstorasi semula. Jika diperhatikan di atas jalan raya rata-rata kereta Proton yang dimodifikasi mempunyai pelekat R3 sama ada kecil atau …

Continue reading

Ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamad Semasa Perasmian Kilang Kereta Nasional dan Pelancaran Proton Saga – Tahun 1985!

Berikut adalah ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia semasa melancarkan kilang Kereta Nasional dan Proton Saga pada 9 Julai 1985. Terdapat beberapa poin menarik di dalam ucapan beliau di dalam memberi lebih kefahaman mengenai projek kereta nasional. Antara perkara menarik ialah kilang yang dirancang untuk mengeluarkan 120 ribu unit kereta setahun dan …

Continue reading

Galeri: Ujian Litar Pertama Proton Suprima S R3

Proton R3 pada kelmarin melakukan ujian litar dan penampilan pertama Suprima S R3 untuk musim perlumbaan 2014. Kereta lumba paling baharu dari R3 itu menggunakan enjin Campro CPS yang diubahsuai secara ekstensif. Pada bahagian luaran, Suprima S menggunakan roda aloi ringan 15″ R3, kit badan yang terdiri dari lips depan dan skirt sisi sama seperti …

Continue reading