PROTON PENGANJUR BERSAMA PERTANDINGAN KEMAHIRAN MALAYSIA 2014 – SEKTOR TEKNOLOGI AUTOMOBIL (PERINGKAT PRA-KELAYAKAN)

PIC 2

ALOR SETAR, 20 April 2014 – Seramai 122 belia yang mewakili pelbagai institusi pengajian tinggi tempatan serta organisasi kerajaan dan swasta, telah menyertai Pertandingan Kemahiran Malaysia 2014 – Sektor Teknologi Automobil (peringkat pra-kelayakan) yang dianjurkan bersama Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia dan syarikat kereta nasional PROTON, yang juga merupakan penaja utama pertandingan tersebut bagi Sektor Teknologi Automobil.

Upacara majlis penutup dan penyampaian hadiah pertandingan kemahiran Malaysia 2014 ini telah disempurnakan oleh YAB. Dato’ Seri Hj. Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah yang turut dihadiri oleh YB Dato’ Haji Ismail Abdul Muttalib, Timbalan Menteri Sumber Manusia, merangkap Pengerusi Majlis Pertandingan Kemahiran Malaysia (MPKM), Pengarah Sumber Manusia Kumpulan PROTON En Wan Roslan Wan Abbas dan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar Sendirian Berhad, Encik Azmi bin Idris.

Berlangsung di perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah bermula daripada 17 April 2014 yang lalu, Pertandingan Kemahiran Malaysia 2014 ini juga turut diadakan bersempena dengan Karnival Kemahiran Kebangsaan Zon Utara. Para peserta di peringkat pra-kelayakan sektor Teknologi Automobil ini, telah diuji berdasarkan kemahiran dan prestasi mengendalikan enjin Campro IAFM+. Mereka dikehendaki menggunakan Proton Advance Diagnostic Tools (PADT), mengenalpasti komponen-komponen yang perlu diganti serta melakukan rombak rawat (overhaul) ke atas enjin.

Di pusingan akhir pula, para peserta perlu menunjukkan kebolehan menala enjin petrol, memperbaiki sistem brek, transmisi automatik, dan mengendalikan sistem suspensi, elektrik dan stereng kenderaan. Setelah empat hari menempuhi pelbagai cabaran, para peserta akhir bagi setiap kategori telah dipilih. Antaranya adalah Muhammad Azwan Herzani bin Jahani dan Muhammad Adib bin Mohamad Amran (pasukan daripada Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin), Muhammad Hilmi bin Mohammad Yunus dan Muhammad Zaki bin Md. Salleh (pasukan daripada Kolej Vokasional Muar), Ahmad Maher bin Roslan dan Muhammad Hisyamuddin bin Baharuddin (pasukan daripada Kolej Vokasional Tanah Merah), Mohd Syafik bin Nasharuddin dan Wan Hafiq Saufi bin Wan Sulaiman (pasukan daripada Kolej Vokasional Ampangan), Nur Ahmad Syahiran bin Nordin dan Khairil Farhan bin Ab. Karim (Pasukan daripada Kolej Vokasional Kajang (A), Mohammad Amir Akmal bin Mohd Salasa dan Muhammad Athifi bin Azis (pasukan daripada Kolej Vokasional Kluang), Muhamad Abdul Fattha bin Sambas dan Muhammad Norhanif bin Hasman (pasukan daripada Kolej Vokasional Batu Pahat), dan Nurfarah Nadia binti Zabidi dan Farahain Ashikin binti Abdul Gafar (pasukan daripada Kolej Vokasional Setapak) yang akan mewakili kategori Kemahiran Kolej Vokasional.

Bagi kategori Kemahiran Automobil Terbuka pula, pesertanya adalah Mohd Syafiee bin Mohd Anwar, Ahmad Zulfahmi bin Mohd dan Amirah binti Zainal Abidin (pasukan daripada Malaysia France Institute), Ainul Aola bin Abu Bakar, Nurul Naim bin Reduiang dan Muhammad Azraei bin Md. Anar @ Md Anuar (pasukan daripada AMP Tech Auto Garage), Mujibur Rahman bin Mohd Rahim, Mohd Azizol bin Mohd Arif dan Abdul Halim bin Mohamad (pasukan daripada MT-PDRM 2), Mohamad Sharul Izam bin Mohd Haizenman, Ahmad Fauzi bin Zarin dan Mohd Sollehim bin Ahmad Jamaliah (pasukan daripada 72 Woksyop Divisyen), Abdul Manab bin Busrara, Anuar bin Mohamad dan Mohamad Aidrul Khairi bin Abd. Rahman (pasukan daripada Giatmara Negeri Perak), dan Mohd Shauqi bin Shamsudin, Rohaimi bin Saad dan Muhammad Zhafri bin Mohamad Noor (pasukan daripada Giatmara Negeri Pulau Pinang).

Kategori Kemahiran PROTON juga turut menyenaraikan pesertanya yang layak ke peringkat akhir. Mereka adalah Syahrin Noor bin Samsuddin daripada PROTON Edar Intan Matang, Mohd Ridhuan bin Mohd daripada PROTON Edar Semambu 2, Mohd Redzuan bin Mat Saad daripada PROTON Edar Juru, Mohd Khairul Hafizi bin Abd Razak daripada PROTON Edar Kuala Terengganu, Norhafizul bin Abd Shukor daripada PROTON Edar Centre of Excellence (COSE) dan Mohd Zulkurnaim bin Mohd Daud daripada PROTON Edar Senawang. Sementara itu, bagi kategori Kemahiran Malaysia pula, pesertanya yang akan melangkah ke peringkat akhir adalah Ng Kia Hooi daripada Pusat Latihan Kemahiran SLC Sdn. Bhd., Muhammad Khairul Dzaman B Dzulkarnain daripada International College of Automotive (ICAM), Muhd Redzuan bin Nasri daripada Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Lumpur, Khairul Zakirin daripada Institut Kemahiran Mara (IKM) Tan Sri Yahya Ahmad, Mohd Asyraf bin Anuar daripada Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
Temerloh dan Azrol bin Mohamed daripada Giatmara Bentong.

Peringkat akhir bagi Pertandingan Kemahiran Malaysia 2014 akan berlangsung pada bulan September 2014 di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) Shah Alam, Selangor. Juara bagi peringkat akhir ini pula akan bertanding di peringkat ASEAN Skills Competition atau World Skills Competition yang diadakan bersilih ganti setiap dua tahun. Pertandingan Kemahiran Asean Ke 10 akan berlangsung di Hanoi, Vietnam pada bulan Oktober 2014.

Pertandingan kemahiran dunia ke-43 pula akan berlangsung di Sao Poulo, Brazil pada tahun hadapan. Pertandingan Kemahiran Malaysia adalah satu inisiatif kerajaan yang diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri, YABhg. Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga merupakan Penasihat PROTON, bagi mengasah dan mengetengahkan bakat generasi muda dan belia dalam pelbagai bidang kemahiran industri, serta membina modal insan Negara yang berkemahiran dan berpengetahuan tinggi serta bertaraf dunia. Ia tertumpu kepada 31 bidang kemahiran seperti Teknologi Automobil; Perindustrian Elektronik; Perkhidmatan Restoran; Rekaan Laman Web; Teknologi Rekaan Grafik; IT/Aplikasi Perisian dan pelbagai lagi bidang kemahiran lain.

Penglibatan PROTON pula dalam Pertandingan Kemahiran Malaysia telah bermula sejak tahun 2003 apabila kategori Teknologi Automobil mula diperkenalkan. Sehingga kini pihak PROTON telah menjadi penaja utama bagi sektor teknologi automobil buat kali yang ke11. Selain daripada aktiviti pertandingan ini, para pengunjung yang berminat untuk membeli kereta turut dipelawa untuk mengunjungi ruang pameran Proton Edar Sdn. Bhd. yang mempamerkan model model kereta seperti Proton Prevé, Inspira, Saga dan Exora. Di samping itu beberapa lagi ruang pameran turut diadakan seperti pameran barangan alat ganti tulen PROTON, barangan cenderahati PROTON dan banyak lagi.

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.