Bermula 21 Julai hingga 31 Ogos 2017, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) menawarkan rebat khas untuk tiga model iaitu Outlander, Triton dan ASX. Tawaran itu sempena bulan kemerdekaaan negara.
Tag: Mitsubishi
May 24
Perhatian Kepada Pemilik Proton Inspira dan Exora CPS: Kereta Anda Perlu Diperiksa dan Berikut Adalah Tindakan Susulan Yang Diperlukan
Jika anda atau mengenali sesiapa yang memiliki Proton Inspira dan Exora CPS, sila ambil maklum bahawa kedua-dua model itu perlu diperiksa semula. Pengumuman ini dibuat susulan kenyataan yang dibuat oleh Mitsubishi Motors Japan (“Mitsubishi”) pada 18 Februari 2016 di mana pengeluar itu mengumumkan pemanggilan semula model-model terpilih di seluruh dunia bagi kerosakan pada suis indikator. …
Mar 01
Mitsubishi Colt Juro Special Edition
Mitsubishi Colt Juro Special Edition adalah varian tambahan kepada Colt CZ2. Menjadikan varian ini istimewa ialah sistem navigasi Garmin dengan Bluetooth dan kerusi yang dibalut kulit sebagai peralatan standard. Dari segi keselamatan, struktur badan Colt dibina berasaskan standard Mitsubishi dengan nama glamor RISE atau Reinforced Impact Safety Evolution. Rekaan struktur ini membolehkan beban tenaga impak …
Feb 28
Mitsubishi Delica D:2
Mitsubishi pada Khamis lepas melancarkan van mini kompak Delica D:2. Walaupun kompak tetapi mempunyai interior yang luas dengan ciri-ciri mesra penumpang seperti pintu gelungsur pada kedua-dua sisi serta kerusi pelbagai aturan. Delica D:2 menggunakan enjin cekap bahan bakar 1.2 liter yang dikahwinkan dengan transmisi CVT dengan kesemua varian layak menikmati cukai kereta-eko Jepun sehingga 75%. …
Feb 26
Mitsubishi i-MiEV, Kereta Elektrik Capai 4 Bintang Euro NCAP
Apabila dilancarkan di Jepun pada Julai 2009, Mitsubishi i-MiEV adalah kereta elektrik pertama yang dijual pada skala besar untuk pasaran dunia. Dan sekali lagi i-MiEV mencipta sejarah dengan menjadi kereta elektrik pertama menjalani ujian pelanggaran oleh Euro NCAP dan keputusannya agak cemerlang iaitu 4 bintang. i-MiEV dibina berasaskan senibina mid-ship dan dikuasakan oleh motor kompak dan …
Jan 20
Mitsubishi Concept Global Small
Mitsubishi turut tidak mahu ketinggalan dalam membina kereta kecil global, Ford, Mazda, Toyota dan Nissan masing-masing sudah menjaja model kecil global mereka dan Mitsubishi akan tampil dengan model saingan pada Mac 2012. Ciri-ciri kereta ini ialah kompak, mampu milik, jimat minyak, berkapasiti lima penumpang dan Mitsubishi merancang untuk membinanya di kilang ketiga mereka di Thailand. …
Jan 06
Gambar: Macam-Macam Mitsubishi Jo!
Lu orang tau tak GT punya library [bunyi educated jo] bersepah gambar kereta bukan makwe ye brader, gua pun tak tau nak buat apa dah bos gua bagi takkan gua nak frame gantung dinding. Gua syak kalau gua print ni mau kena pelangkung dakwat abis keh keh keh keh. Nah lu orang nak layan ajelah …
Jan 02
Gambar: Proton Inspira
Hits Proton Inspira adalah antara yang tertinggi dalam GT, cerminan yang model ini popular. Dengan tema Yang Bijak Memilikinya saya rasa Inspira menepati kempen yang dilaungkan. Inspira adalah kereta sedan dengan interior luas, selesa, kejuruteraan Jepun dan paling penting dijual pada harga tempatan – faktor penjualan terbesar. Ringkas cerita, Mitsubishi dengan lencana Proton. -Mak Uia-