Mitsubishi i-MiEV, Kereta Elektrik Capai 4 Bintang Euro NCAP

Mitsubishi i-MiEV Euro NCAP 2011.01

Apabila dilancarkan di Jepun pada Julai 2009, Mitsubishi i-MiEV adalah kereta elektrik pertama yang dijual pada skala besar untuk pasaran dunia. Dan sekali lagi i-MiEV mencipta sejarah dengan menjadi kereta elektrik pertama menjalani ujian pelanggaran oleh Euro NCAP dan keputusannya agak cemerlang iaitu 4 bintang. i-MiEV dibina berasaskan senibina mid-ship dan dikuasakan oleh motor kompak dan ringan serta bateri lithium-ion yang diletakkan di antara wheelbase bersaiz 2.5m.

Komen Euro NCAP mengenai i-MiEV ialah: “Tiada masalah yang dihadapi dengan sistem elektrikal voltan tinggi yang menggerakkannya, bateri diasingkan dengan elok daripada badan kereta dan tidak rosak semasa ujian.”

Mitsubishi Motors Corporation melakukan pembangunan yang ekstensif untuk i-MiEV dengan ujian melebihi 500 ribu kilometer.

Mesra alam sekitar dan selamat, ciri-ciri yang patut ada pada kereta kebanyakan.

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi:

8 comments

Skip to comment form

    • jabroni on 26/02/2011 at 8:27 AM

    harap2 Proton Emas cemerlang mcm i-Miev

    • yuri on 26/02/2011 at 9:06 AM

    tak sabar tunggu Exora hybrid kluo
    500cc rotary
    jimat gile la mintaknye…

    • HeLMi on 26/02/2011 at 9:22 AM

    Mesia kena bebnyk belajar drpd teknologi Jepang ni…

    • exJAVANESE on 26/02/2011 at 12:14 PM

    Gua tgok gmba nih, mcam terprosok truk je…byagkn kdudukan kaki pemandu die..gua rase dh ptah tuu…cmne ble dpt 4bintang plk? ishh..plik2…

    • belalang_kontot on 26/02/2011 at 2:15 PM

    huhu..

    • azwan nbs on 27/02/2011 at 2:06 AM

    camne nak dpt bintang tinggi kalo pki tin milo…

    • Matpon on 27/02/2011 at 9:52 PM

    sesunggunya bintang tak sama dengan binatang walaupun ejaan dia sipi2. sekian.

    • umie on 20/04/2013 at 1:50 AM

    nk tanya ni…boleh sape bagitaw siapa pengasas mitsubishi i-miev ni?

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.