Pandu Uji: Proton Exora Bold 1.6 CFE

Rasa-rasanya, tiada satu pun produk Proton Holdings Berhad (Proton) yang tidak pernah mendapat perhatian meluas. Selaku pemegang status pengeluar kereta nasional, Proton sentiasa mendapat penilaian kritikal daripada pengguna Malaysia.

Pasti semua masih ingat ketika Proton mengeluarkan kenderaan serba guna (MPV) pertamanya pada tahun 2009. Pada masa itu, ramai ‘pakar’ automotif yang tampil beri pandangan. Dalam blog, di kedai kopi, malah di dalam bilik pameran Proton, macam-macam komen diberikan tentang MPV tersebut.

Kutukan paling keras pastinya terhadap kemampuan enjin Campro CPS 1.6 liter itu. Tidak dapat dinafikan bahawa enjin itu memang kurang berkuasa. Kalau hendak berlumba dengan kereta lain di lampu isyarat, baik lupakan sahaja. Tetapi, kalau sudah meluncur di atas lebuh raya, kuasanya boleh tahan juga sebenarnya.

Masalahnya, ada juga MPV lain yang kurang kuasa dan guna plastik murah untuk bahagian dalamannya, tetapi tidak pula kita kecoh lebih-lebih.

Pertengahan Disember 2011, Proton memperkenalkan dua varian terbaharu Exora. Dikenali sebagai Exora Bold Premium dan Exora Prime, ada banyak perkara yang membuatkan saya menyatakan inilah MPV terbaik untuk takat harga di bawah RM100,000.

Kedua-dua Exora itu bukan sekadar varian tambahan saja-saja dengan sedikit pembaharuan. Sebaliknya, ia menjadi model pertama Proton yang menerima unit enjin Campro turbo atau CFE (Charge Fuel Efficiency). Enjin turbo itu sememangnya sudah lama ditunggu-tunggu. Semua orang mahu tahu sejauh mana berkuasanya enjin turbo buatan Proton.

Sebelum anda menjadi teruja tidak tentu pasal, harus saya ingatkan bahawa Campro CFE ialah unit enjin dengan sistem soft turbo. Maksudnya, turbo bertekanan rendah. Turbo sebegini biasanya menggunakan unit pendesak turbo yang kecil. Kuasa kuda yang dihasilkannya juga rendah. Namun, apa yang penting,ialah teknologi itu digunakan untuk mencapai tork lebih tinggi.

Harus tahu juga bahawa enjin CFE bukannya unit enjin CPS yang ditambah dengan turbo. Sebaliknya, 70 peratus komponen yang membentuk CFE adalah baharu. Hasilnya, enjin itu mampu menjana kuasa sehingga 138hp @ 5,000rpm dan tork puncak 205nm pada putaran enjin serendah 2,000rpm – 4,000rpm.

“Menerusi enjin 1.6 liter CFE yang lebih cekap, pelanggan akan rasa lebih prestasi seperti enjin bersesaran 2.0 liter tetapi pengguhaan bahan api menjimatkan. Varian ini menawarkan gayaan yang eksklusif dan elegan, disertakan bersama kualiti pengendalian Lotus. Malah, ia dipakejkan pada harga yang berpatutan jika dibandingkan dengan kenderaan sekelas dengannya,” kata Pengarah Urusan Kumpulan PROTON Holdings Berhad, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

Selepas memandu uji Proton Exora ke Tanjung Jara, Dungun Terengganu, boleh disimpulkan bahawa matlamat itu dapat dijayakan dengan baik. Hantaran kuasa yang ditawarkan oleh Campro CFE terasa lebih cepat dan tidak membuatkan enjin mengaum secara berlebihan.

Kalau enjin Campro CPS boleh membuatkan sesetengah orang sakit jiwa dengan low end torque yang dihasilkannya, Campro CFE seakan-akan sudah menyelesaikan masalah itu dengan agak cemerlang.

Campro CFE digandingkan bersama kotak gear CVT. Transmisi CVT itu bukannya yang sama dengan kotak gear CVT pada model Saga FLX. Tetapi ia merupakan kotak gear CVT baru yang dikenali sebagai CVT3 yang khas buat model Exora Bold Premium dan Prime.

Jadi, seperti biasa ia menawarkan pertukaran gear yang lancar dan tanpa senggukan. Tetapi kalau kelancaran itu tidak memuaskan hati anda, jangan lupa tekan butang SAT (Stepped-Automatic Transmission) yang ada pada perumah tuil gear. SAT berfungsi memberikan sedikit rasa gear ditukar untuk pemanduan lebih sporty.

Kualiti kawalan Exora boleh dianggap bagus. Dengan tubuh yang besar, tinggi dan tayar bersaiz 16 inci, ia masih berupaya tidak membuatkan pemandu serta penumpang berasa kecut perut ketika mengambil selekoh dengan laju.

Berada di tempat duduk pemandu, saya berpuas hati dengan rasa stereng dan tombol gear yang dibalut kulit. Konsol tengah yang menempatkan unit audio dan butang kawalan pendingin hawa itu juga tidak nampak murah. Untuk kelihatan lebih mewah, panel sisi dan tempat duduknya juga dibalut kulit.

Jika anda duduk di tempat duduk belakang, tidak perlu bimbang tentang keselesaan. Selain boleh mengawal sendiri butang pendingin hawa, penumpang juga tidak kebosanan dengan adanya skrin LCD dan pemain multimedia yang boleh memainkan filem daripada kad SD, USB atau DVD.

Sebagai seorang yang kurang gemar memandu kenderaan besar seperti MPV, saya sangat menghargai kewujudan kamera mengundur pada Exora. Sebaik sahaja gear undur dimasukkan, paparan berwarna lengkap dengan garisan sudut berwarna hijau dan oren akan terpapar di cermin pandang belakang.

Garisan sudut itu sememangnya banyak membantu pemandu untuk memarkir Exora dengan lebih mudah dan tepat.

Melihat dari luarannya, varian terbaharu Exora itu memang lebih menarik. Di samping perumah lampu hadapan dan belakang yang digelapkan, MPV itu turut menerima bampar hadapan dengan rekaan baharu. Di sekeliling tubuhnya juga dipasang dengan skirting. Jadi, MPV itu tidaklah nampak pakcik-pakcik sangat.

Kalau dahulu anda memberi alasan Exora CPS tidak laju, kurang kuasa, tidak ada TV dan macam-macam lagi sehinggakan tidak jadi membelinya, sekarang semua itu sudah ada. Jadi, mahu apa lagi?

-Syuk-

Kredit: Garaj Kosmo

Silakan kongsi:

78 comments

Skip to comment form

    • matapusat on 16/11/2012 at 4:31 PM
    • Reply

    Gua pun ada beli XB ni..Xb gua ada masalah ttng injin..bila sc dia ckp oneway valve problem..hampir sebulan lebih gua tunggu itu special tool baru dpt setel..skrang gua punya XB sudah ok..utk brother semua sokong lah kereta buatan Malaysia.

    • zli on 24/11/2012 at 1:23 AM
    • Reply

    Salam, maaf nk tanya, mn jimat penggunaan myk bg Proton Exora CFE dgn Proton Wira? sbbnya kwn sy guna Nisan Grand Lavina dan Proton Wira ke tpt keje. Dia kata Grand Lavina lbh jimat myk banding guna Wira. Sy tgh buat pilihan samada Exora CFE @ Grand Lavina utk kereta MPV sy.

    • sem_punk82@yahoo.com on 29/11/2012 at 5:04 PM
    • Reply

    mcm ni la….saya drive eb cfe sejauh 1195 km dr sg besar selangor-rawang-temerloh-kuala terengganu-machang-gua musang-cameron-tapah-teluk intan-sg besar semula. saya isi minyak ron95 berjumlah rm230 ada baki 3 bar lg…

    • pemilik mpv sejati on 08/12/2012 at 3:57 PM
    • Reply

    Kepada semua pemilik MPV xkira ape jenis sekali, cuba banyak study @ belajar skit bab teknikal pembinaan dan rekabentuk sesebuah MPV….MPV sendiri sudah membawa maksud ‘Multi Purpose Vehicle’dimana ia direka untuk pelbagai guna….xkira la lu org bawak org ka atau barang ka….ini bermakna saiz kereta serta keupayaan enjin berdasarkan kepada jumlah berat yang akan ditanggung oleh kereta berkenaan semasa ia beroperasi (jalan le), so untuk perkara ini Jurutera Mekanikal telah mengambil beberapa aspek penting dalam merekabentuk enjin kereta MPV ni agar ia dapat ‘performance’ secara terbaik dan optimum….didalam pengiraan membina enjin MPV ni jenis bahan bakar (petrol@diesel) diambil kira dimana molekul-molekul didalam bahan bakar itu sendiri memainkan perana penting dalam memastikan enjin memdapat melakukan pembakaran sempurna seterusnya memberikan ‘performance’ enjin yg terbaik…. so kalau lu org yang dok pakai MPV ni hebat sangat bab MPV lu org penah tak lu org cari perbezaan RON 95 & RON 97?????….kalau lu org kata xder beza bermakna lu org sekadar org yg pepagi stat keta, naik n jalan….tu je…..so bagi gua pada Bro MPV yang guna Ron 95 dok kata keta dia best, laju lah, jimat minyak lah ada PEMBOHONG……gua punya cadangan lu org test isi minyak guna RON 95 naik genting ngan isi RON 97 naik genting….tengok berapa besar perbezaan nya…..so pikir-pikir kan lah….

    Bab MPV ni guna memang dah lama guna MPV…apa yang gua boleh ringkaskan adalah seperti berikut;

    Buatan Import (Jepun & Korea)

    • pemilik mpv sejati on 08/12/2012 at 4:19 PM
    • Reply

    Kepada semua pemilik MPV xkira ape jenis sekali, cuba banyak study @ belajar skit bab teknikal pembinaan dan rekabentuk sesebuah MPV….MPV sendiri sudah membawa maksud ‘Multi Purpose Vehicle’dimana ia direka untuk pelbagai guna….xkira la lu org bawak org ka atau barang ka….ini bermakna saiz kereta serta keupayaan enjin berdasarkan kepada jumlah berat yang akan ditanggung oleh kereta berkenaan semasa ia beroperasi (jalan le), so untuk perkara ini Jurutera Mekanikal telah mengambil beberapa aspek penting dalam merekabentuk enjin kereta MPV ni agar ia dapat ‘performance’ secara terbaik dan optimum….didalam pengiraan membina enjin MPV ni jenis bahan bakar (petrol@diesel) diambil kira dimana molekul-molekul didalam bahan bakar itu sendiri memainkan perana penting dalam memastikan enjin memdapat melakukan pembakaran sempurna seterusnya memberikan ‘performance’ enjin yg terbaik…. so kalau lu org yang dok pakai MPV ni hebat sangat bab MPV lu org penah tak lu org cari perbezaan RON 95 & RON 97?????….kalau lu org kata xder beza bermakna lu org sekadar org yg pepagi stat keta, naik n jalan….tu je…..so bagi gua pada Bro MPV yang guna Ron 95 dok kata keta dia best, laju lah, jimat minyak lah ada PEMBOHONG……gua punya cadangan lu org test isi minyak guna RON 95 naik genting ngan isi RON 97 naik genting….tengok berapa besar perbezaan nya…..so pikir-pikir kan lah….

    Bab MPV ni guna memang dah lama guna MPV…apa yang gua boleh ringkaskan adalah seperti berikut;

    Buatan Import (Jepun & Korea)-
    sudah dikenali diseluruh dunia dengan R&D diorg ni….hebat, dan dinantikan peminat kereta dunia setiap kali diorg nak lancar model baru….

    Buatan Continentel – pesaing baru dalam pasaran kereta dunia, mendapat perhatian dari segi rekabentuk tapi bab enjin kekadang hampeh.

    Buatan Malaysia (Proton)
    Lu org cuba search dalam internet antara KIA Motor & Proton yang mana wujud dulu n sapa yang belaja dari sapa pasai nak buat kereta….kenapa KIA Motor termasuk dalam list best car development in world sedangkan proton masih ditakuk lama……so paham-paham ja la kalau proton still ada masalah remeh-temeh dengan kereta buatan mereka….patut ka barangan buatan malaysia sama mahal ngan barangan import???

    Buatan Malaysia (Perodua)
    Pada gua the best untuk kegunaan org-org malaysia…….

    Akhir kata……ingat kiter beli kereta bukan macam beli rumah makin lama makin mahal….makin untung….kalau lu org beli kereta sekadar nak menanggung hutang banyak dengan harga mahal dan kualiti hampeh baik korang dok temenung pikir sekejap….adakah berbaloi kiter beli sesebuah kiter hanya sekadar untuk memeningkan kepala??????

    • mamat on 08/12/2012 at 4:44 PM
    • Reply

    pada gua exora bold CFE memang terbaik.. wish abg gua tak buleh blah …

      • Mat isang on 11/10/2015 at 10:35 PM
      • Reply

      Setuju

    • zrwood8448 on 10/12/2012 at 10:02 AM
    • Reply

    salam semua… sy baru pakai EB tk sampai seminggu mileage baru je dlm 300km… enjin dh leaking.. sungguh mengecewakan product proton ni.. sy pertama kali menggunakan kereta jenama PROTO ni.. ingat nk support barangan buatan msia.. tp bile dh jd mcm ni.. rasa serik@malu nk recommend kt kwn2… harap pihak PROTON tingkatkan kualiti product anda…

      • alfa alfa on 20/02/2015 at 12:26 AM
      • Reply

      Klu takat lu pakai kete auto dr rumah sampai last destinasi guna gear D mmg jahanam la lu punya kete..

    • is on 20/12/2012 at 12:05 PM
    • Reply

    Hm….exora bold ke alza ni….ish pening….

    • bender on 23/12/2012 at 11:49 PM
    • Reply

    Aku pun tgh delimma. Alza atau exora. Anak2 dah besor, persona pun ketat utk depa :). Kes oil leaking tu dah sure ke dari mana dtgnya? Dulu masa aku beli persona 1 minggu je dah leak. Bila check rupanya bocor dari power steering pump. Tadi dpt buat test drive EB cfe. Mmg best, yg tak bestnya SA kurang knowledge tentang produk depa sendiri. Aku pun jadi cuak.

    Dalam pricelist ada model AT dan CVT, dia kata sekarang dah xde model AT. Betui ka?

    • dee on 09/01/2013 at 10:14 PM
    • Reply

    tengah berdebar menunggu ketibaan EB ku.. sportrim 17inci n lowering obsorber dah sedia menunggu..heheh

    • rieshma on 11/02/2013 at 9:00 AM
    • Reply

    Alhamdulillah…eb sy dh masuk servis ke3. Semuanya ok…dari mak sendiri sampai ke mak mertua kata “sedapnyer naik keta ni”…setakat ni xde masalah. Pemanduan yg menyeronokkan. Tahniah proton.

    • rieshma on 11/02/2013 at 9:04 AM
    • Reply

    Tapi kesian kat owner cps… tp xpe, mula2 je lmbat, lepas tu…sama je dengan cfe. Sebab cc yg sama. Setakat ni paling laju 165kmj. Boleh lg…tp xberani.

    • wanrider on 12/02/2013 at 10:08 PM
    • Reply

    salam,aku baru nak test drive sok keta ni..tgk design terbaik..terpegun tgk bold premium tadi..interior mmg ngancam.aku dah test stream rsz,grand livina..tapi yg ni nampak sempoi bagi aku..

    • Yan on 18/02/2013 at 6:31 PM
    • Reply

    Saya baru beli exora prime sebulan semgu..raya cina balik utara..minyak byk save wa ckp lu…pemanduan terbaik…relak..anak2 tersangat enjoy dgn tv masing2…b4 1st service ada prob bunyi wiper..so lps 1st service…ok no prob anymore…and service after sale ok…bangga dgn produk malaysia…:)

    • Shake5zal on 21/02/2013 at 9:16 AM
    • Reply

    Saya tertarik dgn EB CFE versi standart yg baru dilancarkan sebab bajet saya pun rendah tapi saya inginkan enjin yg berkuasa.
    Nak tanyalah klu2 ader sesiapa yg buleh bg info klu saya buat pemasangan penambahan pada versi standart ini.Maklumlah eksesorinya tak selengkap sperti yg versi premium. yg first skali saya nak pasang adalah reverse sensor(kenapalah mende yg penting bagi keta yg gedabak ini x dipasangkan) Kedua lampu fog dan klu dah ader bajet nakler mantapkan skit dgn sportrim kann.. Pertanyaan saya ada void ke warantty Exora ni..?
    Selain Aksesori spt Sportrim,Autocruse,Radio DVD,doorvisor,spoiler,reverse sensor&camera,fog lamp,seat kulit.. ada lagi tak perbezaan pada spec utama mcm enjin brek gearbox atau lain yg berbeza dgn yg versi premium..
    Saya dahulukan dgn terimakasih..

    • jambu on 02/06/2013 at 11:20 PM
    • Reply

    ex.bold memang terbaik wa cakap lu

    • supe man on 09/06/2013 at 12:54 AM
    • Reply

    da masok 2 bulan EB yg bru ak bli ni…stakat ni klo de masaalah pon yg remeh temeh je..tp ak abaikn..yg trbru ni bile time nk prlahankn kenderaan de plk bunyik yg kurg selesa ak dgr..mngkin xde ape2 kot…ak drive lg mcm biase..maseh ade jgk..anto SC xde masaalah ktenye..ak xpuas hti..tye kengkwn yg ade bold..mmg ade masaalah yg sme..anto kt glameri pon xselesai masaalah..klo ade org luar tunjuk ibu jari kt ak sebab ak beli kete tempatan dan ak balas dgn jari tengah je…kete mmg la bagos tp kualiti utk komponen engine dan transmission.. paling bawah…renspon utk throttle body maseh kurg…lebih baek ak pnyo wira tu da 13 taun ak gne lom pernah lg nyusahkn ak…EB..tggu dan lihat je la…xde ape pon yg bole nk ak banggekn dgn bold ak ni..sebab anto kt SC n GLAMERI masen xbole nk selesaikn masaalah ak….mne2 pemilik EB yg lom de masaalah tu..mngkin anda brnaseb baek sebab klo ade 1000 EB anda pnye la yg plg tiptop…

      • phuwekkk on 17/06/2014 at 2:45 PM
      • Reply

      itu bunyi belting cvt tu bro. benda besa la tu. bukak radio kuat2 ataupun tukar minyak cvt. nak lagi best tukar belting standart dan tensioner standart cvt tu. confirm tak bunyi dah.

  1. ??????!

    • dolah on 25/01/2014 at 2:42 PM
    • Reply

    eb cfe aku oke aje sampai ari ni.. dah nak masuk tahun ke tiga..

    • rambai on 10/08/2014 at 3:03 PM
    • Reply

    dah booking pun ..tgh tunggu..sekarang pakai nissan serena…nk try eb,,org kata syok bwk..

  2. mahu apa lagi? mahu beli lah….hehe

    • Mat isang on 11/10/2015 at 10:44 PM
    • Reply

    Aku baru je 9 bulan pakai exora mc2,setakat ni alhamdullilah berpuashati dgn perfomance mpv aku ni,dgn airbag ada 4,sistem keselamatan di pertingkatkan,masaalah2, kecil tu abaikanlah hehehe,mana nak cari mpv baru harga bawah rm80 ribu,,,,,3 tahun aku serve kereta,tak kira jenama apapun,semua aku dah test,akhirnya exora jugak menambat hatiku.

    • Jamil Abu on 02/08/2017 at 10:55 AM
    • Reply

    Alhamdulillah,Exora CPS yg saya beli dari tahun 2009 masih beraksi dgn gah sehingga skrg tanpa major problem,skrg dlm 115k km..

      • Insan on 18/06/2020 at 12:21 PM
      • Reply

      Grandis terbaik…

    • zulkifli razak on 12/09/2021 at 9:43 PM
    • Reply

    Bawa ke Proton Service. Pakai Land Rover pun ada kes teknikal. Toyota pun sama. Jangan generalise semua produk Proton begitu. Tidak adil. Antara sebab Hyundai/Kia makin maju, rakyat Korea amat menyokong produk mereka. Kita pun perlu sama. Ptoon boleh kata baru bertatih (2012 dulu) jadi bagi peluang dan bertanggung jawab sbg warga Malaysia

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.