Pandu Uji: Proton Exora Bold 1.6 CFE

Rasa-rasanya, tiada satu pun produk Proton Holdings Berhad (Proton) yang tidak pernah mendapat perhatian meluas. Selaku pemegang status pengeluar kereta nasional, Proton sentiasa mendapat penilaian kritikal daripada pengguna Malaysia.

Pasti semua masih ingat ketika Proton mengeluarkan kenderaan serba guna (MPV) pertamanya pada tahun 2009. Pada masa itu, ramai ‘pakar’ automotif yang tampil beri pandangan. Dalam blog, di kedai kopi, malah di dalam bilik pameran Proton, macam-macam komen diberikan tentang MPV tersebut.

Kutukan paling keras pastinya terhadap kemampuan enjin Campro CPS 1.6 liter itu. Tidak dapat dinafikan bahawa enjin itu memang kurang berkuasa. Kalau hendak berlumba dengan kereta lain di lampu isyarat, baik lupakan sahaja. Tetapi, kalau sudah meluncur di atas lebuh raya, kuasanya boleh tahan juga sebenarnya.

Masalahnya, ada juga MPV lain yang kurang kuasa dan guna plastik murah untuk bahagian dalamannya, tetapi tidak pula kita kecoh lebih-lebih.

Pertengahan Disember 2011, Proton memperkenalkan dua varian terbaharu Exora. Dikenali sebagai Exora Bold Premium dan Exora Prime, ada banyak perkara yang membuatkan saya menyatakan inilah MPV terbaik untuk takat harga di bawah RM100,000.

Kedua-dua Exora itu bukan sekadar varian tambahan saja-saja dengan sedikit pembaharuan. Sebaliknya, ia menjadi model pertama Proton yang menerima unit enjin Campro turbo atau CFE (Charge Fuel Efficiency). Enjin turbo itu sememangnya sudah lama ditunggu-tunggu. Semua orang mahu tahu sejauh mana berkuasanya enjin turbo buatan Proton.

Sebelum anda menjadi teruja tidak tentu pasal, harus saya ingatkan bahawa Campro CFE ialah unit enjin dengan sistem soft turbo. Maksudnya, turbo bertekanan rendah. Turbo sebegini biasanya menggunakan unit pendesak turbo yang kecil. Kuasa kuda yang dihasilkannya juga rendah. Namun, apa yang penting,ialah teknologi itu digunakan untuk mencapai tork lebih tinggi.

Harus tahu juga bahawa enjin CFE bukannya unit enjin CPS yang ditambah dengan turbo. Sebaliknya, 70 peratus komponen yang membentuk CFE adalah baharu. Hasilnya, enjin itu mampu menjana kuasa sehingga 138hp @ 5,000rpm dan tork puncak 205nm pada putaran enjin serendah 2,000rpm – 4,000rpm.

“Menerusi enjin 1.6 liter CFE yang lebih cekap, pelanggan akan rasa lebih prestasi seperti enjin bersesaran 2.0 liter tetapi pengguhaan bahan api menjimatkan. Varian ini menawarkan gayaan yang eksklusif dan elegan, disertakan bersama kualiti pengendalian Lotus. Malah, ia dipakejkan pada harga yang berpatutan jika dibandingkan dengan kenderaan sekelas dengannya,” kata Pengarah Urusan Kumpulan PROTON Holdings Berhad, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

Selepas memandu uji Proton Exora ke Tanjung Jara, Dungun Terengganu, boleh disimpulkan bahawa matlamat itu dapat dijayakan dengan baik. Hantaran kuasa yang ditawarkan oleh Campro CFE terasa lebih cepat dan tidak membuatkan enjin mengaum secara berlebihan.

Kalau enjin Campro CPS boleh membuatkan sesetengah orang sakit jiwa dengan low end torque yang dihasilkannya, Campro CFE seakan-akan sudah menyelesaikan masalah itu dengan agak cemerlang.

Campro CFE digandingkan bersama kotak gear CVT. Transmisi CVT itu bukannya yang sama dengan kotak gear CVT pada model Saga FLX. Tetapi ia merupakan kotak gear CVT baru yang dikenali sebagai CVT3 yang khas buat model Exora Bold Premium dan Prime.

Jadi, seperti biasa ia menawarkan pertukaran gear yang lancar dan tanpa senggukan. Tetapi kalau kelancaran itu tidak memuaskan hati anda, jangan lupa tekan butang SAT (Stepped-Automatic Transmission) yang ada pada perumah tuil gear. SAT berfungsi memberikan sedikit rasa gear ditukar untuk pemanduan lebih sporty.

Kualiti kawalan Exora boleh dianggap bagus. Dengan tubuh yang besar, tinggi dan tayar bersaiz 16 inci, ia masih berupaya tidak membuatkan pemandu serta penumpang berasa kecut perut ketika mengambil selekoh dengan laju.

Berada di tempat duduk pemandu, saya berpuas hati dengan rasa stereng dan tombol gear yang dibalut kulit. Konsol tengah yang menempatkan unit audio dan butang kawalan pendingin hawa itu juga tidak nampak murah. Untuk kelihatan lebih mewah, panel sisi dan tempat duduknya juga dibalut kulit.

Jika anda duduk di tempat duduk belakang, tidak perlu bimbang tentang keselesaan. Selain boleh mengawal sendiri butang pendingin hawa, penumpang juga tidak kebosanan dengan adanya skrin LCD dan pemain multimedia yang boleh memainkan filem daripada kad SD, USB atau DVD.

Sebagai seorang yang kurang gemar memandu kenderaan besar seperti MPV, saya sangat menghargai kewujudan kamera mengundur pada Exora. Sebaik sahaja gear undur dimasukkan, paparan berwarna lengkap dengan garisan sudut berwarna hijau dan oren akan terpapar di cermin pandang belakang.

Garisan sudut itu sememangnya banyak membantu pemandu untuk memarkir Exora dengan lebih mudah dan tepat.

Melihat dari luarannya, varian terbaharu Exora itu memang lebih menarik. Di samping perumah lampu hadapan dan belakang yang digelapkan, MPV itu turut menerima bampar hadapan dengan rekaan baharu. Di sekeliling tubuhnya juga dipasang dengan skirting. Jadi, MPV itu tidaklah nampak pakcik-pakcik sangat.

Kalau dahulu anda memberi alasan Exora CPS tidak laju, kurang kuasa, tidak ada TV dan macam-macam lagi sehinggakan tidak jadi membelinya, sekarang semua itu sudah ada. Jadi, mahu apa lagi?

-Syuk-

Kredit: Garaj Kosmo

Silakan kongsi:

78 comments

Skip to comment form

    • YuRi on 07/03/2012 at 9:03 AM
    • Reply

    1st!!!

    • lateh on 07/03/2012 at 9:23 AM
    • Reply

    ok… cantik…

    • nua on 07/03/2012 at 9:24 AM
    • Reply

    disember 2010?????

    • YuRi on 07/03/2012 at 9:47 AM
    • Reply

    bos
    statement silap tu
    VT2 & VT3 sameje spec dlm dia
    cume TM housing je lain
    juge TCU nye lain
    sekian…

    • blue rollA on 07/03/2012 at 10:08 AM
    • Reply

    tidurr……..zzzzzzz

    • pok mat on 07/03/2012 at 7:50 PM
    • Reply

    bai ko tuuu?

    • belalang_kontot on 07/03/2012 at 10:01 PM
    • Reply

    terbaek…ade pape pertandingan yg adiah die exora cfe tak?gua nak masuk…hehe…

    • pokjik on 08/03/2012 at 1:12 AM
    • Reply

    bai le tuh… sapa lagi tulis merepek ..kakaka

    problem yg kini menghantui bold… leaking myk itam..bukan nak takutkan sesapa tp ianya boleh menjejaskan keyakinan org ramai ..bukan sebijik dua saja kena..berbijik2 jo!

    walaupun org kata cps lembab …tapi masa utk balik kelantan masih seperti zaman pakai sedan jugak… 6 jam jugak

  1. Alamak …bini gua dah syiok giler kat Ekzora Bolt ni…siap suh gua beli…camne tu?

    • Smut_Liar on 08/03/2012 at 12:00 PM
    • Reply

    wa nak beli satu der….
    keta utk org ramai naik…
    yg penting berbaloi…

    • pokjik on 09/03/2012 at 5:04 PM
    • Reply

    dan sehingga hari ni..bold member kawe yg dihantar ke SC Desa Tun Razak utk repair oil leaking masih lagi blom setel…dah 4 hari duk situ..harap maklum

    • balalang_kontot on 09/03/2012 at 8:58 PM
    • Reply

    pokjik,leaking minyak itam ke?
    edisi siasat gua lak dengar yg leaking minyak gearbox…
    ade prob gearbox cvt katenye…
    gua cam mls nak caye..
    tp…
    em..
    ntahla…

    • pokjik on 11/03/2012 at 10:20 PM
    • Reply

    ntah lah…org SC takmo ckp apa yg leaking …tapi hingga semlm (sabtu) kete masih lagi lom siap ..SC ckp part dari jepun blom sampai…

    ekekeke

    • use-sabah on 20/03/2012 at 8:23 AM
    • Reply

    salam semua.. saya dari bulan 1 lagi booking bold tapi sampai sekrang belum sampai lagi..apa cerita tu.. dengar cerita ejen… enjin bold mau dikasi bagus sebab ada masalah… tak tahu betul ke tidak.. minggu depan masuk 4 bulan dah booking.. rasa macam nak batal booking je ambik anvanza baru.. ok lagi

    • abu on 26/03/2012 at 8:55 PM
    • Reply

    Elok le proton, keluar exora bold, kutuk cps, kata cps lembab, bagi aku cps ok je tak le lembab sangat, kecuali bagi yang pemalas nak tukar gear, dah kalau kereta dah slow drop le gear, ini tak dah slow takan juga minyak , memamg le slow sebab enjin kuasa kecik. rasanya exora cps memang ok

    • fiz bizi on 11/04/2012 at 12:53 AM
    • Reply

    Gua baru angkat ekzora satuk….dah lepas 1st serbis…alhamdulillah x de mslh leaking yg org dok kabo2 tue..gua punya simpulan pasal Ekzora nie…power mmg best/OK..cuma…ada bunyi cam “wooo” bila keta dah start slowdown…SC kata maybe dari CVT…tu yg x puas ati tu…rasa terganggu pun ada….ada sapa2 yang ada ekperien cam gua x?

    • me on 14/04/2012 at 3:55 PM
    • Reply

    gua bukan tak sokong proton… keluaga gua semua pakai proton…..xda ada pon masalah besar…masalah kecik ibarat jerawat remaja 2 ada la..lu dengan bini ku pun gadoh2 betul x..tp ada sorang brader ni duk kutuk2 aku guna proton last ambek keta @#$%^&…harga 100k lebik jalan xsampai 20ribu km dah tersadai kat sc…last2 menompang aku gak,,,,,,,,

    • nani on 22/04/2012 at 12:57 PM
    • Reply

    baru booking 1..exora premium…harap2..janganlah ade masalah…dah lama fikir nak beli mane satu..innova ke livina..exora baru keluar terus minat exora..dalamnya semua ade..bab engine tak tau la..perempua suka tengok luaran je…

    • imam metal on 22/04/2012 at 4:25 PM
    • Reply

    gua kagum ngan design ni ok gak…

    • HENTAM.. on 23/04/2012 at 2:19 AM
    • Reply

    Dah guna ex. bold hampir tiga bulan..mula-mula keluar terus sambar, ya memang power puas hati,,minyak pun leh tahan juga,,mslh leaking tak ada. yaaa..mslsh yang sama timbul bila dah off enjin pun,,kipas masih berbunyi..kuat lak tu..yang tu tak berapa gemar. satu lagi yg masalah reverse camera…jap ok,,jap tak…hmmmm pergi SC , tak ada pengalamana lagi bab tu,,dia kata kena tanya pusat dulu…itulah stakat ni masalah Proton Exora Bold.

    • ady9090 on 05/05/2012 at 1:43 AM
    • Reply

    Salam..aku pun baru sminggu guna EB ni..stakat ni x dak apa msalah lg..bab power..?..memeng power..cam bwa mpv 2.0..rsa yakin apabila memotong…pickup memang best..mula2 aku pun trkejut gak lpas engine off..ada bunyi kt enjin..bukan trkejut apa..x sngka EB soft turbo pun ada penyejuk engine cm keta2 mewah spt BMW,Mers…cuma bunyi tu agak kuat sikit..tp xpa..yg pnting kegunaannya utk cool down engine..tp bunyi tu x lah smpai mganggu jiran2 plak..dlm 2 minit auto off..member aku ada guna Toyota StarLet..tu betul2 turbo(khas utk Drag)pun sma lpas engine off kipas cool down akn jln jgk..tp yg tu lg kuat bunyi..pe2 pun ..aku berpuas ati ngan EB ni..yelah..MPV ni bukan utk racing @ Drag..yg pnting keselesaan semasa memandu..

    • Adoi on 05/05/2012 at 3:37 PM
    • Reply

    Brader Fiz Bizi – aku punya XB pun ada sikit bunyi cam belt CVT tgh pusing..tp time baru nak speed n slowdown (10-20km/h)..time dah laju sikit tak bunyi. Aku nak biar dulu tgk, kot2 lepas lama sikit getah dia dah keras+licin, tak bunyi kot la..
    Brader Hentam – kipas aku pun bunyi..kuat juga compare ngan Waja aku dulu. Tp cam brader ady9090 ckp, no hal la, janji enjin tak rosak..

    Yg lain..no problem. Hopefully continues better.

    • Adoi on 09/05/2012 at 10:19 PM
    • Reply

    Hmmm..today baru notice my 1 week XB ada masalah engine oil leak. So nak kena bawa p SC la plak. Odometer masih tak sampai 300km..
    Lagisatu masa mula nak gerak atau slow (dlm 30-50km/h), engine akan vibrate sikit (normal), yg tak normalnya dashboard ada bunyi krrr..krr..mcm ada skru tak rapat (cth saja)..ni confirm klu p SC pun diorang tak akan layan isu begini but to me..im not paying to buy that extra sound..

    • Adoi on 10/05/2012 at 9:48 PM
    • Reply

    Talk about luck, before that I bought a Kelisa 3rd hand, year 2002 for RM16k. First few weeks use, really troublesome..crazy leaking, engine sounds like have metal piece inside cyl block. Mech said need to overhaul, cost +/- RM2k. Me even go to Tribunal want the Shop to repair but you all know la. time to sell, anything can kowtim. Last-last when to a shop in Tmn Ria, SP, he diagnose & said “change water pump sure no more ‘pong pang’ sound”..he’s right. He charge me RM200 only but now everythings ok..luck!!

    • Adoi on 12/05/2012 at 7:49 PM
    • Reply

    Hahaha…aku tak la cakap Proton or Perodua tak okey. So far aku guna ok saja. Cuma benda remeh2 ni yang sikit mengganggu. Klu problem jenis sekali tukar, terus hilang problem senang sikit. Ni yg datang masalah tak leh settle-settle ni tu yang boring skit..
    Just to update, hari ni aku bawak XB aku g check kat SC. Ingat kot ketat skru longgar dah solve leaking problem. Skali dia buka, nah hai..sekali timing belt kena minyak dah. Maybe leak dari pulley oil seal atau dari head dia. Tu pun dia tak sure. Kena check dulu n klu satu rod pulley (klu betul la istilah ni) tu ada problem, kena order plak brg. Kena tinggal keta di situ 1-2 hari lagi. Ni baru betul adoii..

    • mie on 21/05/2012 at 11:01 PM
    • Reply

    gua anti proton…pe2 kuaran bru proton…mmg masalah….sbb gua dah byk kali pakai proton baru ke lama ke same je…xpyh pakai keta proton…mmg anti langsung….xleh g dah benci proton….

    • krukk on 31/05/2012 at 10:23 AM
    • Reply

    gua sedang tggu E/B ni…minta2 tiada msalah…….

    • dollbass on 05/06/2012 at 8:37 AM
    • Reply

    assalam..aku dah boking sebijik exora bold cfe..aku tgk komen komen semua mcm der byk problem jer..so aku dah tmpah..mintak2la takde ape ape terjadi….aku dah test drive..
    emang power beb!higihihihi..mudahmudahan elok la nanti aku pakai exora bold nie..tq..(boking kaler cocoa grey)cantek tak?hihihihi

    • dollbass on 05/06/2012 at 10:03 AM
    • Reply

    bersambg lagik..ada skali aku isi minyak kat petrol pam..ada la brader tu tgh isi minyak exora bold…aku dgn beranikan diri pi la tanya….brader pakai exora bold nie ada problem tak?minyak saving?brader tu tanya aku..kg mana. .aku kata perak..brader tu ckp lalu jalan gua tempurung memang pickup..and jimat minyak.(laluan gua tempurung kan berbukit).problem kete nie kat enggine minyak itam dia bocor(licking)nie nak pi antar kat kat sc la nie..kata brader tu..aku pun ucap tq kat brader tu..alamak..slalu ke problem licking kat enggine oil..huwaaaa…aku dah order..p/s..sape ade jawapan tentang kebocoran pd eggine?sila jwb bagaimana nak atasibya?tq..

    • wan persie on 13/06/2012 at 10:29 PM
    • Reply

    gua br angkat EB ni…tmpah 2 mggu trus dapt..cepat lak..gua dgr review korg ni cuak gak..tapi so far gua pakai puas hati je…cuma bunyik kipas dia mmg cam kapal terbang..mmg semua yg pakai bold kena ek…

    • Zaki on 14/06/2012 at 8:45 AM
    • Reply

    gua baru ja booking cfe ni…risau gak la tgk komen2 kat cini..harap2 tu masalah minor je la xde major…tapi dah test drive memang power beb..

    • hisyam on 18/06/2012 at 7:05 AM
    • Reply

    salam semua……rasa2nya gua lh generasi pertama exora bold….sebab gua mula pakai penghujung bulan disember tahun lepas….so far,setakat nie alhamdulillah xde ape2 masalah…takat kipas bunyi kuat tu biasa lh…bilahnya besar….baru2 nie naik cameron highland,mmg padat habis gua punya exora bold nie ngan kaum kerabat..tp mantap beb,berbaloi lh dengan harganya….

    • harry on 19/06/2012 at 4:13 PM
    • Reply

    salam semua,,,,,gua baru pakai EB turbo ni baru 1 bulan,,,bile gua baca comt2 kat atas tu yang kata licking lah,,,macam2 lagilah, gua rasa ni bukan owner EB tu yang tulis,,,tp kaki2 saleman dari syarikat lain yang hentam…lu tau tak satu kereta yang terjual berapa komisyen brader2 tu dapat….la ni dah ramai yang beralih ke EB….so income brader2 tu dah kureng…apa lagi ,burukanlah produk PROTON…cube fikirkan…sayonara

    • hisyam on 21/06/2012 at 1:58 PM
    • Reply

    salam semua…..pg semalam kebetulan gua x keje,terus pakat ngan wife n kengkawan g makan angin kat genting (wlupun tujuan asal nk test aku punya exora bold)….mmg x puas hati sbb ramai yg duk kutuk xleh naik genting,so baik aku test sendiri….so far,naik mmg xde mslh…n turun pun alhamdulillah semua selamat,cengkaman brek mmg baik….minyak aku isi full tank dr jasin,melaka n smpi blk cuma jatuh 3 bar je..ok lah tu…

    • Kurt on 21/06/2012 at 4:42 PM
    • Reply

    Aku baru dapat Exora Bold CFE dua hari lepas (19/6)… kipas masih berpusing setelah enjin dimatikan. Bunyinya agak kuat, Masa kipas berpusing terasa angin yang agak kuat keluar dari ruang enjin melalui sisi depan kereta. So far, aku berpuas hati dengan pickup dia dan aku harap Exora Bold aku ni tidak megalami masalah.

    • zek on 25/06/2012 at 4:46 PM
    • Reply

    kepada pengguna exora cfe skalian…masalah yg dikatakan one way valve tu jd cmne? Cuba jelaskan ckit bleh kongsi bersama…

    • sha-sha on 29/06/2012 at 2:13 PM
    • Reply

    baru 3 hari guna EB CFE, pandu ok puashati & selesa, tapi kenapa bunyi injin kuat sangat. lepas tu injin tu macam berdengu semasa drive seperti ada bunyi sesuatu je,ini perkara biasa ke???,
    adakah sebab bunyi turbo injin.. sesiapa boleh syer atau bagi pendapat untuk dikongsi bersama

    • saitano on 06/07/2012 at 8:10 PM
    • Reply

    dear sha sha
    bunyi enjin memang kaut….masa idling bile ramp ok lah dia…tang bunyi berdengun tu saya rasa bunyi turbin pusing…dalam erti kata lain turbo tengah bukak…

    • haak on 31/07/2012 at 11:14 AM
    • Reply

    aku dah 2 minggu pakai EB….takat ni x de apa2 mslah….rasanya bukan stakat lagi BEST bahkan baik punyeeeeee…..

    • riezz on 03/08/2012 at 10:10 AM
    • Reply

    Biar apa pun problem kat EB ni, aku tetap nak order janji anak aku yg 4 orang ni tak gaduh lagi bila masuk kereta!

    • yuzz on 04/08/2012 at 8:00 AM
    • Reply

    assalam…aku dah pakai EB kat 3 bulan…memang best tapi start tiga minggu lepas bila start pagi2 ada bunyi yg menyakitkan telinga dan hati…lama2 jadi makin ketara setiap kali shutdown injin dlm 3 4 jam mesti bunyi. hantar sc kata masaalah one way valve tapi special tools x da kena oderla…p kat proton edar sc tepi kesas highway….skg ni dah hampir seminggu aku naik motor balik kete x siap2 lagi. Yg x syoknya bila aku kata ada bunyi dengung sikit diaorg kata biasala bang proton…aparaaaa tu org yg keje proton gak cakap.bukannya nak bg explaination yg menyejukkan hati. Kekadang bila aku speeding lama sikit ada bau hangit masuk dlm cockpit…sc kata sebab aku select guna airflow dr luar…macamla aku baru first time pakai kete. Anyway aku pakai gakla EB ni sebab x mampu nak beli estima atau X6 hahaha.

    • shekfull on 04/08/2012 at 2:39 PM
    • Reply

    tiada apa yg bole dibanggakan EXORA ni.teknologi turbo lama,minyak telan kuat,harga mahal.compare dgn avanza,teknologi vvti,minyak jimat.keluasaan dlaman,avanza dgn exora hanya beza beberapa cm je.yang nampak exora luas dalamannya kerana seat nya saiz kecik.so nmpak ler exora luas,3rd row lagi out,kena org tinggi 5kaki 9inci duduk,lenguh ler,avanza lantai sama mcm 2nd row,duk relax jer.kesimpulan,exora luaran cun,dalaman banyak menipu dgn saiz kusyen kecik,jimat minyak?jurutera proton gagal.enjin lepas 3 thn mcm2 bunyi kuar.maintenance tinggi.saya bole senaraikan mengapa saya kata avanza maintenance rendah berdasarkan teknologi.exora sepatutnya harga rm40k jer.exora menipu rakyat malaysia yg suka pd yg cun,nmpak besar,harap rakyat malaysia jgn main nampak mata,ukur,cari berapa cm luas,panjang exora ni.ko buang rm70k to 90k baik beli umah,jgn jd bodoh kena tipu dgn proton yg x bertanggung jwp,kpd proton jual kereta biar krn Allah,bukan nk untung je,tlg rakyat ler bukan kenakan rakyat,pakai akal.

    • ady on 08/08/2012 at 9:14 PM
    • Reply

    alahai…memasing punyer citarase dan kemampuan. Komen lh yg elok…x perlulh kondem. Kita brcerita pasal kete….xyah citer pasal politik…kena tipu lah n others…errmm…

    Aku pun nk beli exora premium or prime…bkn x mampu beli alphard..tp kalu saving diri..wife..anak2 pun x brp nk ada…kenalah sabar…tunggu ada rezeki 3-4tahun lg… Br lh amik yg trsemat d hati…huhuhu… Jika exora lh jugak pd ms akan dtg..layan jerlah…be humble bro…x rugi apa2 pun.

    Knplah prime xde 7seater?….eerrmmm…

    • mat isam on 20/08/2012 at 9:52 PM
    • Reply

    aku tengok kereta EB ni memang cantik,dan aku teringin nak membelinya,tapi bila baca komen2 negatif ni,tak jadilah aku beli,baik aku tunggu dan lihat je hehehehe.

    • shah on 12/09/2012 at 5:45 PM
    • Reply

    aku baru pakai EB dalam 4 bulan ini mpv ketiga selepas unser dan alza . dan kat opis company kasi avanza manual 1.3 . soal jimat EB memang tewas ngan alza tapi . tapi ke 4 empat mpv yang biasa aku bawak EB yang paling pickup dan paling laju . max speed boleh cecah 210 ikut gps kat meter dah tunjuk 230kmh . dan paling stabil bila tang corner .

    setakat ini aku masih puas hati Ngan EB walaupun hari hari pi keje masih bawak wira auto 1.5 ( sebab guna ngv). sayang kat EB pakai sabtu ahad ajer . dan bosan gila rasa nak nak muntah bila bawak ronda-ronda naik avanza company goyang tahap gaban

    • Ehemm on 03/10/2012 at 4:30 PM
    • Reply

    salam …
    Aku bru je pakai EB 1 bulan…perghhhhhhhhhhhhhhh!!!!! congrat PROTON…..

    • Santai Pantai on 07/10/2012 at 9:25 PM
    • Reply

    Proton Exora CPS..ya aku pernah pnjam 3 hari dari seorang kawan semata2 nk bwk family brjalan ke Cameron Hglands. Bole laa mmg agak slow dan berat jgk..Selama ni aku biasa bwk Mpv seperti Estima,Alphard & Naza Ria..mmg la xbole nk di samakan dgn Exora. Tp bila Model Bold CFE keluar..aku test drive..phuhh mmg mantap.. slps 6 bulan aku terus beli model Bold CFE ni.Ari tu aku naik ke Genting Hglnds..Pehh mmg berdesup..bnyk keta aku potong selamba aje..mmg x menyesal beli CFE ni,Dgn segala mcm aksesori & aplikasi..aku rasa lebih mantap dari Estima atau wish bila mgambil selekoh dan memecut naik gunung..Syabas Proton..satu produk yg amat puashati..

    • Drifter Kampung on 07/10/2012 at 9:38 PM
    • Reply

    Aku cukup heran..mcm mana org boleh brselera beli Avanza, cherry Eastar,naza citra dan mcm2 model Mpv yg merapu kat pasaran..ramai yg banggakan model2 import..tp sebenarnya harga mahal yg dia org bayar tu sebenarnya hrga cukai..bkn kualiti keta trsebut..Bagi aku model Bold Cfe ni lebih bagus dan berpatutan dari model2 yg setaraf dgn nya..

    • sangkaliaw on 08/10/2012 at 4:18 PM
    • Reply

    mula2 dulu masa exora klr..gua gelak aje..sbb tnpa bodykit exora nmpak mcm keranda aje, gua terus survey model2 import lain utk gua beli..bila pikir2 blk buat apa gua buang duit bayar cukai smpai 300% tu mcm ckp drifter kg,keta pun dh 2nd hand.gua tggu proton upgrade model exora ni.last2 klr jgk Bold CFE,fuiyoo..mmg mntap terus gua sambar satu,nasib baik gua sabar sikit.

    • cocoa grey on 29/10/2012 at 10:13 PM
    • Reply

    Alhamdulillah.merasa pakai XB,walau ada masalah skit belum sampai seminggu guna..asyik pakai kereta 2nd je..nak jgk merasa duduk atas plastik ngan bau keta baru..hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.