UMW Perkenalkan Minyak Pelincir Repsol

Shah Alam, 13 Mac 2012 – UMW Lubricant International Sdn Bhd (ULI) yang merupakan pengedar rasmi minyak pelincir Repsol pada hari ini melancarkan produk adunan tempatan dan mengumumkan plan bisnes strategik mereka untuk menembusi pasaran tempatan dan serantau.

Bersama wakil Repsol iaitu En. Jose Barreiro (Pengarah Pelincir Repsol) dan Cik Teresa Martin (Pengurus Pelincir Repsol Serantau), kerjasama tersebut dikukuhkan lagi pada “Dealers Conversion Program” yang diadakan di Hotel Concorde Shah Alam hari ini.

En. Megat Shahrul Azmir, Pengarah Eksekutif Divisyen Kejuruteraan dan Pembuatan UMW memberi tahu mereka telah pun mengenal pasti sejumlah pengedar yang akan dilantik oleh ULI untuk membawa jenama Repsol lebih dekat kepada pengguna dan kompetitif di pasaran tempatan dan serantau.

Beliau menjelaskan, dengan jenama Repsol yang kuat dan berkualiti, mereka telah dihubungi oleh banyak pengedar berpengalaman untuk berkerjasama. Permintaan tersebut merupakan pengesahan untuk jenama antarabangsa itu.

“Walau bagaimanapun, kami agak selektif dalam melantik pengedar-pengedar dan berharap untuk berkembang dari setahun ke setahun bagi memenuhi permintaan dan peningkatan jumlah motosikal dan kereta penumpang di Malaysia” kata Megat Shahrul.

Beliau memberitahu, sebanyak 300 pengedar sudah dilantik setakat ini dan dijangka meningkat hingga 500 outlet pada penghujung 2012 termasuk di timur Malayia.

Repsol adalah salah satu daripada 10 syarikat minyak persendirian dunia daripada segi saiz dan amat terkenal di dalam industri sukan permotoran terutama sekali di dalam MotoGP melalui pasukan Repsol-Honda dan penunggangnya Casey Stoner yang juga juara dunia 2011. Walaupun jenama Repsol sinonim dengan pelincir motosikal namun ianya mempunyai produk pelincir untuk kereta penumpang dan pelincir jentera industri.

“Kami memperkenalkan pelbagai gred minyak pelincir kereta yang terdiri daripada sintetik dan mineral dan dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa keseluruhan pelincir Repsol tersebut diadun di kilang kami di Shah Alam,” kata Megat Sharul.

Repsol sehingga kini mempunyai peratus pegangan pasaran yang besar di Amerika Latin, Timur Tengah dan Afrika Utara. En. Jose Barreiro yakin kerjasama dengan UMW Lubricant International bakal mendokong perkembangan antarabangsa Repsol termasuklah penetrasi pada pasaran Asia.

Silakan kongsi:

ETCM PERKENAL NISSAN SYLPHY 2012

KUALA LUMPUR (9 Mac 2012) – Dalam tempoh hampir empat tahun Nissan SYLPHY berada di pasaran Malaysia, ia telah memperkenalkan kepada beribu-ribu pengguna tempatan satu tahap baharu berkaitan keselesaan dan kehalusan buatan dalam segmen sedan saiz sederhana. Sebagai bukti ia merupakan pilihan paling berbaloi dalam kelasnya, model tersebut telah dipilih oleh majalah AUTOCAR ASEAN selaku penerima anugerah Overall Car of the Year tidak lama selepas ia dilancarkan di Malaysia.

Kini, bagi tahun 2012, Nissan SYLPHY melangkah setapak ke hadapan menerusi penambahbaikan yang meningkatkan lagi penampilan luarannya dan memberi lebih nilai wang kepada pelanggan. Nissan SYLPHY 2012 hadir dalam versi 2.0XL dan 2.0XV untuk memenuhi keperluan serta bajet pembeli yang berbeza.

“Nissan tidak membiarkan model-modelnya menjadi membosankan. Malah ia terus menawarkan model yang ditambahbaik bagi menjadikannya lebih segar. Kami yakin bahawa Nissan SYLPHY 2012 baharu mampu memenangi hati lebih ramai rakyat Malaysia, terutamanya golongan eksekutif muda yang mahukan sebuah sedan menarik dan berbaloi untuk dimiliki,” kata Pengarah Eksekutif Edaran Tan Chong Motor (ETCM), Dato’ Dr Ang Bon Beng.

Klik untuk bacaan seterusnya

Silakan kongsi:

DIJUAL: Yamaha Nouvo LC

Kepada sesiapa yang berhajat untuk membeli sebuah motosikal pada harga mampu milik, untuk pergi ulang-alik ke masjid, pergi ke pejabat hatta nak buat pergi kedai pergi beli santan sebab mak suruh [kecuali untuk merempit memang tak boleh] maka gua rasa ini adalah motor yang paling ideal untuk lu orang pertimbangkan.

Hasil persembangan antara gua dan tuan punya melalui FB dan juga emel, motor yang ada ini hanya digunakan buat untuk ke surau sahaja. Selebihnya, motor ini lebih banyak double stand di parkir rumah sahaja. Jangan kata nak kena panas, nak kasik kucing tidur atas seat motor pun tuan dia tak bagi. Disebabkan motor ini sememangnya jarang digunakan, maka lu orang jangan hairan sekiranya meter perbatuannya memang tak banyak [600++]. Kira macam motor baru betullah.

Kalau lu orang tanya kenapa tuan punya ni nak jual, alasan yang diberikan sebab nak buat kolam ikan depan rumah. Dengar kata nak bela ikan keli afrika. Entah betul ke tidak tah.

Ok, sekarang ni kepada sesiapa yang mempunyai lebihan tunai sebab baru buat pinjaman peribadi dengan bank Saya Mesti Pilih, maka bolehlah berurusan terus dengan tuan punya pada tangga harga RM 5,250. Kalau nak nego sikit-sikit, [lu orang puji tuan punya ni baik hati ke, hensem ke mesti jalan punyalah] rasanya tuan punya ni jenis yang boleh dibawa berbincang.

Apa yang lu orang akan dapat?? Motor yang berkondisi sangat baik [baru lepas servis bagai], helmet cap Yamaha sama Swan, baju hujan [tapi lu orang kena basuh balik sebab ada kucing dah buat watermark barangkali], dan tak lupa juga kunci spare berserta dengan manual.

Hah, ni no. tuan punya tu. En. Faisal namanya ; 019 – 666 7941

P/S: Motosikal ini turut dilengkapi dengan pelekat GT. Boleh kasi laju woo.

-C27-

Silakan kongsi:

Kia Cee’d Generasi Kedua!

Sebagai penulis automotif, saya banyak menerima infomasi terkini daripada pengeluar kereta. Setiap hari pelbagai berita yang diberi seolah-olah pengeluar kereta mengeluarkan model baharu setiap hari. Ada yang menarik dan ada juga yang tidak berbaloi hendak ditulis memandangkan model tersebut diluar kemampuan rakyat kebanyakan atau tidak dijual di negara kita. Tetapi yang pastinya sektor automotif dunia sangat rancak dengan pelbagai falsafah, teknologi dan rekabentuk. Perkembangannya sangat pantas sampai kita tidak hairan pun apa yang ditawarkan sedangkan pasukan pembangunannya mengambil masa bertahun dan berbilion ringgit bagi menghasilkan sesebuah produk. Pengguna masa kini spoilt for choice, di dalam model kereta bandar misalnya, pelbagai jenis model yang ditawarkan, ada Proton Saga, Perodua Myvi, Hyundai i10 atau pun yang paling murah Perodua Viva. Itu baru daripada pengeluar tempatan, Jepun dan Korea dan jika pengeluar Eropah dan China melambakkan produk mereka pasti pening kepala hendak membuat pilihan. Cuma apa yang menghadkan nafsu atau keperluan ialah citarasa atau tebal atau nipis poket kita.

Klik untuk bacaan seterusnya

Silakan kongsi:

Pandu Uji: Proton Exora Bold 1.6 CFE

Rasa-rasanya, tiada satu pun produk Proton Holdings Berhad (Proton) yang tidak pernah mendapat perhatian meluas. Selaku pemegang status pengeluar kereta nasional, Proton sentiasa mendapat penilaian kritikal daripada pengguna Malaysia.

Pasti semua masih ingat ketika Proton mengeluarkan kenderaan serba guna (MPV) pertamanya pada tahun 2009. Pada masa itu, ramai ‘pakar’ automotif yang tampil beri pandangan. Dalam blog, di kedai kopi, malah di dalam bilik pameran Proton, macam-macam komen diberikan tentang MPV tersebut.

Kutukan paling keras pastinya terhadap kemampuan enjin Campro CPS 1.6 liter itu. Tidak dapat dinafikan bahawa enjin itu memang kurang berkuasa. Kalau hendak berlumba dengan kereta lain di lampu isyarat, baik lupakan sahaja. Tetapi, kalau sudah meluncur di atas lebuh raya, kuasanya boleh tahan juga sebenarnya.

Masalahnya, ada juga MPV lain yang kurang kuasa dan guna plastik murah untuk bahagian dalamannya, tetapi tidak pula kita kecoh lebih-lebih.

Klik untuk bacaan seterusnya

Silakan kongsi:

PM LANCAR ‘CABARAN MOBILITI HIJAU PROTON 2012’

PUTRAJAYA, 29 Februari 2012 – Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak hari ini melancarkan Cabaran Mobiliti Hijau PROTON 2012 (PROTON Green Mobility Challenge – PGMC 2012), iaitu satu cabaran yang dianjurkan bersama oleh PROTON Holdings Berhad (PROTON) dan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) bagi membangunkan kenderaan elektrik mesra alam. Dalam cabaran yang julung kali diadakan dan dibuka kepada pelajar-pelajar universiti tempatan ini, mereka dikehendaki menukar sebuah kereta Proton Saga berenjin konvensional kepada sebuah kenderaan elektrik sepenuhnya.

Perdana Menteri berkata PGMC 2012 merupakan satu contoh yang baik bagaimana tiga komponen utama sebuah masyarakat madani iaitu pihak industri, akademia dan juga Kerajaan, dapat menjalinkan kerjasama bagi mencapai pelbagai matlamat yang dapat memberi manfaat kepada Negara. Kerjasama seperti ini juga dikenali sebagai ‘Triple Helix’.

PGMC 2012 merupakan salah satu projek ‘Innovation Accelerator’ Triple Helix (THX) yang dikendalikan oleh AIM dengan melibatkan kerjasama pelbagai pihak dari pelbagai sektor bertujuan mempercepatkan inovasi teknologi dalam Negara. Melalui sinergi sumber dan kekuatan yang dimiliki oleh semua pihak yang terlibat, mereka akan mendapat manfaat yang besar daripada kerjasama tersebut.

Kerjasama ini juga akan memperhebatkan lagi aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) PROTON dalam membangunkan model-model kereta masa hadapan sekaligus mengukuhkan lagi aspirasi PROTON untuk menjadi sebuah pengeluar kereta yang benar-benar global. Inisiatif-inisiatif bagi mempelopori dan mengkomersilkan teknologi automotif yang canggih juga akan memberikan satu lonjakan yang besar bagi industri automotif Malaysia.

Teknologi baru yang bakal dihasilkan melalui PGMC 2012 bukan sahaja akan membantu PROTON untuk membangunkan kenderaan yang lebih mesra alam dan meningkatkan ilmu pengetahuan dan kepakaran pihak universiti, malah ia juga akan memberi impak positif yang amat besar kepada seluruh rakyat Malaysia melalui pembangunan harta intelek tempatan, industri, sistem dan komuniti vendor serta pengurangan kesan karbon dalam Negara ke arah pemeliharaan alam sekitar yang bersih untuk masa hadapan.

Universiti yang mengambil bahagian dalam PGMC 2012 adalah UNITEN; UTeM, UNIKL MSI, UMP, UNISEL, IIUM, UTM, UNIMAP dan UKM. Setiap pasukan perlu membuat modifikasi ke atas sebuah kereta Proton Saga mengikut peraturan yang ditetapkan. Peringkat akhir akan diadakan dari 4 hingga 7 Oktober 2012 dan pemenang PGMC 2012 akan ditentukan berdasarkan keupayaan kenderaan tersebut melalui pelbagai ujian termasuklah jarak pemanduan, tahap pecutan dalam jarak suku batu, masa terpantas dalam dua pusingan serta kelajuan maksimum.

PGMC 2012 adalah selaras dengan objektif AIM untuk membantu membangunkan kekayaan intelek melalui inovasi. Sebagai sebuah badan berkanun kerajaan di bawah akta Agensi Inovasi Malaysia 2010, AIM memainkan peranan yang penting dalam menggubal strategi bagi membangunkan eko-sistem inovasi Negara dan arus pendapatan baharu Negara melalui inovasi.

PGMC 2012 juga dijangka akan dapat menggalakkan rakyat Malaysia untuk menjalani kehidupan yang lebih inovatif dan kreatif serta memupuk budaya dan semangat berdaya saing.

Klik untuk bacaan seterusnya

Silakan kongsi:

Peugeot 208: XY Concept dan GTi

Peugeot di Pameran Kereta Geneva pada Mac nanti bakal mempamerkan dua buah kereta konsep 208 sebagai wakil jenama Perancis itu di dalam segmen kereta supermini. Kedua-dua kereta konsep itu merupakan terjemahan lonjakan generasi tetapi di dalam dua trend berbeza. 208 XY Concept disasarkan untuk warga kota yang sukakan suatu yang berbeza dan kesempurnaan manakala 208 GTi pula terang lagi bersuluh merupakan jelmaan semula lagenda yang ikonik.

Perkara pertama yang menarik perhatian model 208 terutama sekali pada kedua-dua model konsep itu adalah perincian pada rekaan lampu utamanya dengan teknologi FULL-LED. Indikator depan yang bulat mengelilingi lampu utama menjadikan 208 seolah-olah mempunyai iris mata. Kata orang, dari mata turun ke hati, tetapi menurut Peugeot, dari perincian lampu turun ke badan kereta. Dari gambar, susah untuk tidak jatuh cinta terhadap model-model ini.

Klik untuk bacaan seterusnya

Silakan kongsi:

Pandu Uji: VW Golf 1.4 Tsi, Hot Hatch Padat Kuasa!

Dahulu, orang sibuk bercerita Proton akan bekerjasama dengan Volkswagen AG. Macam-macam khabar angin timbul. Kereta Proton akan dilengkapi dengan enjin VW, kereta VW akan jadi jauh lebih murah dan macam-macam lagi.

Harapan itu bagaimanapun tidak kesampaian. Proton dan VW membuat pengumuman bahawa mereka tidak akan bekerjasama antara satu sama lain. Bukan sekali, tetapi kedua-dua entiti sudah dua kali cuba untuk memanfaatkan kekuatan yang dimiliki, demi memperoleh manfaat daripada pasaran tempatan dan Asean. Malangnya, tiada persetujuan yang dapat dicapai. Tidak ada jodoh agaknya.

Pengumuman itu nyata mengecewakan ramai orang. Saya, tidak terkecuali. Impian untuk memiliki ‘Proton Golf’ nampak gayanya terpaksa dilupakan. Namun, harapan tersebut menyala semula setelah pihak DRB Hicom menandatangani perjanjian untuk menghasilkan kenderaan jenama Volkswagen pada Disember 2010.

Klik untuk bacaan seterusnya

Silakan kongsi: