Pandu Uji: Nissan Teana 2.5 V6

Untuk sesi pandu uji, saya lebih gemar memilih kereta sporty atau berprestasi. Bukan apa, kemahiran saya lebih terasah di dalam bidang modifikasi yang sinonim dengan prestasi. Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan sesebuah kereta berprestasi lebih senang untuk saya berbanding kereta keluarga apatah lagi sedan mewah. Apa pun, untuk menjadi penulis yang versatil pengalaman memandu uji kenderaan perlu luas apatah lagi dengan suasana pasaran yang meminggirkan kereta-kereta sporty mampu milik. Mahu tidak mahu, saya perlu mencecah kaki ke dalam pasaran arus perdana.

Beberapa minggu lepas saya diberi peluang oleh Edaran Tan Chong Motors (ETCM) untuk memandu uji Nissan Teana 2.5 V6. Sewaktu mengambil Teana di bilik pameran, saya agak clueless, tidak tahu apa yang hendak dijangka dengan kereta sebegitu. Dengan topi bola lisut, baju t-shirt, seluar jeans dan kasut slip on – imej orang muda, stail saya agak kontra dengan imej eksekutif Teana. Cuba bayangkan seseorang yang memakai t-shirt dan menghadiri majlis besar di hotel mewah, begitulah lagak saya yang seperti tidak kena tema. Walau bagaimanapun, pengalaman bersama Teana selama empat hari tiga malam dan perjalanan melebihi 800km berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru memberi perspektif baharu di dalam melihat fungsi sesebuah kereta.

Nissan mengambil pendekatan yang berbeza dengan Teana. Jika dilihat dari segi rekabentuknya, kereta itu hadir dengan prinsip yang berlawanan dengan pesaing lain seperti Honda Accord atau Toyota Camry. Kedua-dua model itu mempunyai suntikan imej sporty manakala Teana langsung tidak ada sifat tersebut. Teana adalah sedan yang benar-benar menghayati makna eksekutif. Kereta itu tidak janggal untuk tuannya duduk di belakang dan dikemudi oleh pemandu. Duduk di hadapan, pemandu dan penumpang sebelah boleh melaras secara automatik kedudukan kerusi sama ada ke atas atau bawah dan ke depan atau belakang. Sebagai sebuah sedan mewah, adalah wajib untuk mempunyai kerusi yang selesa dan Teana lulus di dalam aspek itu. Penumpang di belakang kelihatan selesa dengan kaki yang boleh bergerak bebas. Sebagai pemandu, amat penting untuk mendapatkan pelarasan yang harmoni antara stereng dan badan. Dengan ciri kerusi yang boleh dilaras melalui pelbagai arah saya tidak mempunyai masalah untuk duduk dengan stail kereta sporty, perehat pada konsol tengah pula menyokong lengan semasa lenguh memandu jauh.

Klik untuk bacaan seterusnya

Silakan kongsi:

Video: BMW M5

httpv://www.youtube.com/watch?v=ZDuxWGHA-Z4

Helo geng. Gua benda-benda art ni memang parah. Gua tak paham apa ke benda pun melainkan BMW M5 ni memang power. Dahla besar. Power lak tu.

Sekian.

Babai.

-Matpon-

Silakan kongsi:

PELANCARAN RASMI INFINITI EX25

KUALA LUMPUR, Malaysia (22 Jun 2012) – Gaya sebuah coupé dan versatiliti pemanduan pacuan empat roda sebuah SUV. Infiniti EX25 ialah sebuah coupé crossover yang sebenar.

Mempunyai penampilan coupé yang bergaya, di samping praktikaliti, ruang dalaman luas bersama posisi pemanduan dan cengkaman jentera pacuan empat roda yang boleh diharapkan daripada sebuah SUV, EX25 sememangnya menawarkan yang terbaik dari segala segi.

Dibina dengan menepati semua standard pada model-model Infiniti, EX25 menawarkan kombinasi luar biasa berunsur elegan, gaya, prestasi dan teknologi.

“Oleh kerana ia adalah satu tawaran yang sungguh versatil, EX25 akan menarik minat ramai. EX25 merupakan sebuah kenderaan yang sempurna untuk keluarga muda atau peminat aktiviti sukan yang suka berbasikal. Ia juga mampu menarik perhatian peminat coupé yang memerlukan lebih ruang di dalam kenderaan mereka tanpa mengorbankan gaya,” kata Pengurus Besar Inspired Motor Sdn. Bhd., Christopher Tan.

Di sebalik statusnya sebagai sebuah Crossover, EX25 direka berdasarkan garis tubuh sebuah Coupé tradisional. Ini bermakna tapak rodanya dipanjangkan, bonet panjang, unjuran pendek dan garis bumbung yang tajam. Ia nyata lebih rendah berbanding pesaing-pesaing utamanya. Ini sekali gus memberi titik graviti yang rendah dan menjelaskan lagi status Crossover yang dimilikinya.

Klik untuk bacaan seterusnya

Silakan kongsi:

Mini John Cooper Works GP: Mini Paling Laju!

Mini John Cooper Works GP (JCW GP) merupakan model Mini paling laju pernah dibina oleh pengeluarnya. Model itu dibina dengan prestasi tinggi untuk kegunaan litar lumba. Menariknya model itu halal didaftarkan untuk kegunaan jalan awam dan lebih istimewa hanya dua ribu unit sahaja ditawarkan kepada pasaran.

Walau bagaimanapun, pembeli yang berminat masih belum boleh memilikinya memandangkan model itu masih lagi dalam proses pembangunan. Suatu yang mengujakan semasa sesi ujian di litar Nurburgring, model itu telah mencatat rekod kelajuan masa 8 minit 23 saat. Catatan masa itu merupakan rekod baharu iaitu 19 saat lebih pantas berbanding model sebelumnya iaitu Mini Cooper S dengan kit John Cooper Works GP.

Walaupun jumlah saat itu tidaklah besar mana tetapi di dalam dunia perlumbaan ianya sudah memadai untuk menjuarai perlumbaan. Di dalam perlumbaan Formula 1 (F1) misalnya, perbezaan masa antara juara, naib juara dan ketiga hanyalah pada lingkungan beberapa saat sahaja. Namun untuk sesebuah pasukan ‘mencuri’ sedikit saat tersebut mereka perlu berbelanja besar dan menghabiskan banyak masa dalam melakukan penambah baikan pada kereta lumba. Itu pun belum tentu berjaya kerana lazimnya sesebuah pasukan memerlukan tiga musim sebelum menaiki podium. Kejayaan Michael Schumacher pada perlumbaan F1 minggu lepas adalah bukti utama kenyataan itu.

Klik untuk bacaan seterusnya

Silakan kongsi:

SWRC New Zealand 2012: Proton Ditempat Kedua!

New Zealand, 24 Jun 2012 – Pemandu Rali Proton, PG Andersson mengharungi perlumbaan yang sukar pada Rali New Zealand sebelum berjaya memenangi podium buat kali kedua di dalam Super 2000 World Rally Championship (SWRC).

Pada pusingan kali ini, Andersson yang memandu Satria Neo S2000 menduduki tempat kedua selepas mencatat siri keputusan cemerlang di dalam perlumbaan yang berlangsung selama tiga hari itu.

Pemandu dari Sweden itu bermula dengan cemerlang apabila mendahului peringkat perlumbaan (SS) pertama di dalam kategori S2000 dan mencatat masa kelapan terpantas dengan hanya 1.4 saat dibelakang pendahulu keseluruhan rali iaitu Petter Solberg dengan kereta spesifikasi rali dunia (WRC). Satria Neo S2000 yang dipandu sekali lagi menjadi kereta terpantas pada hari terakhir perlumbaan yang mempunyai 22 SS dengan jarak keseluruhan sejauh 413.94km.

Andersson kini berada di tempat keempat kategori pemandu SWRC dengan 25 mata selepas dua pusingan, rakan sepasukannya iaitu Alister McRae pula ditempat kelapan. Pasukan Rali Proton tidak berlumba pada Rali Portugal kerana komitmen di dalam Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC). Di dalam perlumbaan kali ini, McRae mencatat masa terbaik keempat terpantas di dalam SWRC dan 12 keseluruhan sebelum bersara selepas keretanya mengalami masalah mekanikal.

Silakan kongsi:

MAJLIS PECAH TANAH BILIK PAMERAN 3S NISSAN DI KUCHING

KUCHING (16 Jun 2012) – Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) mengadakan satu upacara pecah tanah pada pagi ini untuk pembinaan pusat 3S Nissan yang pertama di Kuching. Ia menyediakan semua kemudahan, iaitu Jualan, Penyelenggaraan dan Alat Ganti.

Upacara ini dirasmikan oleh Datuk Bandar Bandaraya Kuching Selatan, Encik James Chan Khay Syn.

Bilik Pameran 3S Nissan ini dibina di atas plot tanah seluas 1.58 ekar yang terletak di kawasan automotif di antara persimpangan Jalan Pending dan Jalan Sungai Priok, Kuching. Kawasan binaan keseluruhannya mencecah 35,200 kaki persegi. Ia akan dijadikan sebagai ibu pejabat ETCM Nissan di Rantau Sarawak.

Konsep 3S ini memberi keselesaan dan kemudahan kepada pelanggan. Ia juga boleh menempatkan sehingga 8 buah model kenderaan Nissan di dalam satu masa dan pelanggan dapat mengenali secara lebih dekat. Pelanggan boleh melihat kenderaan mereka di lounge pelanggan yang selesa sementara menunggu kenderaan mereka untuk diservis. Selain itu, pelanggan boleh menikmati kemudahan yang disediakan, seperti bar kopi, TV skrin lebar dan Wifi.

Kemudahan 3S ini akan menampilkan Identiti Visual Peruncitan terkini Nissan. Ia juga dilengkapi dengan 16 ruang servis yang dapat menampung sehingga 50 buah kenderaan dalam satu hari. Setiap penyelenggaraan akan dipantau oleh pekerja-pekerja yang terlatih bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk memastikan kepuasan pelanggan.

Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ Dr Ang Bon Beng berkata, “Pembinaan bilik pameran 3S Nissan adalah selari dengan pelan pengembangan perniagaan kami di Malaysia Timur. Kami berhasrat dapat meningkatkan tahap kepuasan pelanggan ke peringkat lebih tinggi menerusi kemudahan bersepadu dan layanan hospitaliti yang terbaik. Para pelanggan kami juga boleh menantikan pengenalan model-model baru oleh ETCM di Malaysia.”

@muhd_gt – Gua tabik pada artis yang buat poster atas tu. R33 bro.

Silakan kongsi:

Pandu Uji: Proton Prevé 1.6 CFE

Sebelum kita pergi jauh ke dalam entri ini suka untuk saya kongsi cara sebutan Prevé yang betul terdiri dari dua bahagian, pertama ialah Pray yang merujuk kepada Pre manakala vé pula disebut sebagai vey. Jika masih keliru, vé itu sama sahaja sebutannya seperti resumé, café atau paling senang di lidah orang tempatan ialah tay seperti hujung perkataan satay. Nama Prevé itu disuaikan daripada perkataan Inggeris, iaitu Preev yang memberi maksud bukti atau untuk membuktikan. Untuk lebih stailo, nama Prevé yang berasal daripada perkataan Sepanyol telah dipilih sebagai nama kekal. Prevé bermaksud ‘to envision’ atau untuk membayangkan sesuatu di masa depan.

Jika digabungkan kedua-dua perkataan Preev dan Prevé maka Proton ingin menunjukkan kepada ramai bahawa model terbaharu ini adalah bukti Proton mampu untuk menghasilkan sebuah kereta dengan ciri-ciri global. Maksud kedua pula ialah Proton ingin membayangkan kepada orang ramai, beginilah standard kenderaan Proton pada masa akan datang dan ianya bukan sahaja untuk produk malah merangkumi standard perkhidmatan yang ditawarkan kepada pasaran. Kiranya Prevé adalah suatu yang besar dan amat penting untuk Proton. Suka juga untuk saya kongsi, perkataan Sepanyol yang dipilih bukanlah sesuatu yang asing untuk Proton. Contoh signifikan ialah Persona di mana perkataan Inggeris itu sebenarnya berasal daripada bahasa Sepanyol. Lebih ironik, tiada maksud khusus Persona di dalam Bahasa Melayu. Yang ada ialah pesona yang bermaksud guna-guna, mantera, sihir dan fitnah. Mujurlah Proton menggunakan nama Persona, jika Pesona yang dipilih pasti haru-biru jadinya.

Klik untuk bacaan seterusnya

Silakan kongsi:

Proton Prevé Sudah Ditempah Lebih Dari 10,000 Unit!

SUBANG JAYA, 13 Jun 2012 – Dalam tempoh hanya dua bulan selepas dilancarkan, Proton Prevé sudah menerima 11,310 tempahan menjadikannya kereta sedan 1.6 liter paling popular di dalam pasaran.

Prevé dilancarkan secara rasmi pada 16 April 2012 dan ditawarkan melalui tiga varian iaitu Premium 1.6 CFE dengan transmisi 7 kelajuan ProTronic CVT dan dua varian Executive sama ada dengan transmisi 6 kelajuan CVT ataupun 5 kelajuan manual dengan enjin CamPro IAFM.

Dengan harga bermula dari RM62,990 untuk model Executive CVT dan RM59,990 untuk model manual dan RM72,990 untuk model Premium, Prevé didatangkan dengan lima tahun jaminan atau 150,000km (yang mana dahulu) menjadikannya sedan yang menarik dan mampu milik untuk famili dan eksekutif.

Prevé turut menawarkan prestasi yang bersamaan dengan enjin 2.0 liter, kuasa enjin 1600cc CFE ialah 138 bhp pada 4,000 rpm dengan tork maksimum 205Nm dari 2,000 hingga 4,000rpm. Penggunaan minyak pula adalah 6.6liter/100km. Jarak servis Prevé pula adalah setiap 10,000km untuk lebih penjimatan kos pemilikan.

Prevé didatangkan dengan beberapa aksesori seperti butang Push Start*, lampu LED, Electronic Stability Control, Anti-Lock Braking System (ABS), Electronic Brake Distribution (EBD), perehat kepala aktif, tingkap anti-terperangkap dan empat beg udara*. (*Untuk model Premium sahaja). Ciri unik lain pada Prevé ialah teknologi internet 4G.

Prevé ditawarkan dengan enam opsyen warna iaitu Blue Lagoon, Fire Red, Tranquility Black, Solid White, Genetic Silver dan Elegant Brown.

 

Silakan kongsi: