Organic Touch – F Tuned Suspension Rally Team (OTFT) sebagai pasukan baru di kalangan pasukan lain yang lebih berpengalaman berjaya meletakkan nama mereka apabila mendapat kemenangan di Rally of Terengganu (ROT), iaitu pusingan terakhir di Kejohanan Rali Malaysia atau Malaysian Rally Championship (MRC) 2018.
Berlangsung di Terengganu International Endurance Park (TIEP) di Lembah Bidong, Setiu pada 14 & 15 Disember 2018, pelumba Nazatul Shima binti Mamat, yang bersama pemandu juruarahnya, Muhammad Firdaus bin Mohd Fodzi telah menjadi johan untuk kategori Novice.
Ini adalah kejayaan terbesar buat mereka memandangkan ini adalah kali kedua mereka menyertai kejohanan rali ini.