ETCM PAMER NISSAN LEAF BAHARU DI KLIMS 2018

Sejak dilancarkan pada tahun 2010, Nissan telah berjaya menjual lebih 350,000 unit Nissan LEAF di seluruh dunia. Nissan LEAF Serba Baharu telah direka semula sepenuhnya, menggabungkan pelbagai aspek dengan rekaan baru yang dinamik dan teknologi-teknologi termaju

Rekaan luaran Nissan LEAF Serba Baharu menampilkan profil yang rendah serta kemas, sekali gus memberikannya rupa yang tajam dan dinamik.

Dengan aspek aerodinamik terbaik, gayaannya terdiri daripada lampu utama signatur berbentuk boomerang, rekaan V-motion nyata menyerlah pada bahagian hadapan, bersama gril berwarna biru cerah dan kemasan biru pada bampar belakang, seterusnya menampakkan ia kenderaan yang dilengkapi teknologi yang hebat.

Ruang dalaman Nissan LEAF Serba Baharu telah direka semula untuk menghasilkan persekitaran yang menenangkan, premium dan moden.

Panel hadapan baharu dalam bentuk ‘gliding wing’ memberikan pandangan yang dinamik kepada pemandu. Sementara jahitan berwarna biru pada tempat duduk, papan pemuka dan stereng telah disepadukan sebagai simbol kenderaan Elektrik Nissan.

Nissan LEAF Serba Baharu hadir dengan e-powertrain termaju. Dengan pek bateri 40 kWh Lithium-Ion baharu, ia kini berupaya menawarkan jarak pemanduan sehingga 400km (kitaran Japan JC08**) dengan sekali caj. Manakala output kuasa 110kW dan tork 320Nm pula menambah baik aspek pecutan serta keseronokan memandu.

Nissan LEAF menampilkan teknologi pemanduan berautonomi ProPILOT yang digunakan sewaktu memandu di laluan tunggal di lebuh raya.

Apabila diaktifkan, ia akan mengikut kenderaan di hadapan berdasarkan kepada jarak yang telah ditetapkan sebelumnya dan memastikan anda berada di tengah-tengah lorong pemanduan (walaupun ketika berada di selekoh).

ProPILOT juga boleh menghentikan kenderaan sepenuhnya, bergantung kepada keadaan trafik dan mengambil kelajuan apabila trafik kembali bergerak.

Satu lagi inovasi yang mampu meningkatkan pengalaman memandu Nissan LEAF Serba Baharu ialah e-Pedal.

Ia membolehkan pemandu memecut, memperlahankan kenderaan, berhenti dan menetapkan kedudukan kenderaan dengan hanya menggunakan pedal minyak sahaja.

Maklum balas e-Pedal yang reaktif memaksimumkan keseronokan pemanduan EV.

Selain dari Nissan Intelligent Mobility dan Nissan LEAF serba baharu, ETCM turut mempamerkan sistem e-POWER, Nissan Serena S-Hybrid, Navara – Black Series, X-Trail X-Tremer dan Nissan Almera – Black Series baharu.

** 150 batu dengan EPA (Agensi Perlindungan Alam Sekitar AS), 380km dengan NEDC (Kitaran Pemanduan Eropah yang Baru)

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.