Kimi Raikkonen pada awal minggu ini memandu uji Citroen C4 WRC sebagai persediaan pertama untuk WRC pusingan pertama pada 12 Februari nanti di Sweeden. Juara F1 2007 ini terbang ke Paris untuk melawat bengkel Citroen Racing dan memandu uji Citroen C4 nya sekitar kompleks tersebut seterusnya membiasakan diri dengan kereta resingnya.
Jan 14
NV200 Combi: Ini Van Nissan Baru!
Dulu-dulu sebelum pengguna kenderaan masakini sibuk dengan MPV, kaum ayah-ayah kita sibuk dengan van. Contohnya jiran sebelah rumah ada Vannette, jiran sebelah sana ada Econovan, jiran depan rumah ada Bongo dan siapa yang mewah ada Estima – yang ini memang tak boleh lawanlah tahap kemewahan pemiliknya. Dan bila zaman dah moden sikit paling koman pun ada Perodua Rusa. Huh memang klasik rasanya zaman tu. Senang cerita vanlah kenderaan pengangkut utama keluarga besar. Boleh balik kampung dengan selesa, jalan ke pantai dan juga rombongan Cik Kiah ke kenduri kahwin. Saya kembali teringat dengan van bukan sebab apa, sebabnya bila dapat tahu yang Nissan di UK keluarkan van bilamana pengeluar lain sibuk dengan MPV masing-masing.
Inilah dia NV200 Combi – Van terbaru dari Nissan. Pengeluar kereta hebat, GTR.
Jan 12
Toyota FT-CH: Hybrid ni Jo!
Kalau sekutu semua perasan sejak kebelakangan ini ada bahan di GT sama dengan blog pesaing, bukan apa saya pun baru perasan sebenarnya rupa-rupanya dalam menulis blog ada juga beresing samada secara sedar atau tidak. Kadang-kadang saya tersenyum juga bilamana ada entri yang lebih awal diterbitkan di blog ini dibandingkan dengan blog pesaing. Maklumlah sumber GT terhad, pengalaman pun sikit. Apapun sekali lagi entri kali ini diterbitkan lebih awal berbanding pesaing GT.
Entri saya hari ini adalah tentang Toyota FT-CH, kereta kompak konsep hybrid dari Toyota.
Jan 10
Proton Masuk Geneva Jo!
Pada 9 Januari lepas, Sabtu, Proton telah mengadakan hari keluarga 2010 di kilangnya di Shah Alam. Tun Dr. Mahathir pun hadir juga. Apa yang menariknya adalah pengumuman Datuk Syed Zainal tentang penyertaan pertama Proton dalam Pameran Motor Antarabangsa Geneva 2010 pada Mac akan datang.
“Kita telah lama wujud dan penglibatan dalam pameran ini menunjukkan jenama Proton semakin berkembang,” kata beliau.
Kalau dipandang dari sudut total sebenarnya tidak pelik pun Proton ke Geneva sebab anak syarikatnya, Lotus memang menyertai pameran tersebut, pada tahun lepas Lotus mempamerkan enjin Omnivore dan Lotus Evora. Di dalam pameran kereta Asean pun kedua anak-beranak tersebut dipamerkan atas satu platform. Cuma satu halnya ialah takkan Proton nak pamerkan model sediaada seperti Persona, Exora dan lain-lain. Saya syak Proton akan mempamerkan produknya yang terbaru takpun kereta konsep untuk model akan datang.
Selain dari itu, DSZ juga mengumumkan tempahan Exora sehingga kini adalah 38 ribu unit dengan 24 ribu unit sudah berada di atas jalan. 2 300 unit berada di negara Asean.
Sumber gambar: Proton UK
-Mak Uia-
Jan 09
Video: Lexus LFA – FT86.com!
Jan 08
Encik Raikkonen Memang Champion!
Kimi Raikkonen ni memang saya suka dari zaman dia dengan Sauber lagi. Dia jenis sejuk [cool] dan punyalah jarang nak senyum. Cuma bila dia resing dengan Ferrari tu saya tak berapa nak into sebab saya bukanlah peminat Ferrari. Bila dia berhenti main F1 dan nak resing dalam WRC saya memang sukalah sebab antara resing dalam trek dan rali saya lagi minat rali. Dari zaman budak-budak lagi dah minat rali. Tapi baru-baru ni si Encik Raikkonen telah membuat kenyataan yang paling champion sekali pasal F1 dan rali. Anda boleh baca di bawah:
“The atmosphere in rallying is much nicer – it’s more about the performance of the drivers…” Komen ni tade apa sangat, sambungan dia lagi best.
Jan 05
Smart: Style Your Smart!
Entri dalam GT sekarang ni dah semakin Mat Saleh, sebelum ini ada kereta Ford Flex, Ford Mustang BOSS dan Scion. Sekarang ini saya tulis pasal Smart pula, barulah pengaruh barat sikit. Entri kali ni bukan suka-suka saja ni, silap-silap boleh jadi kaya sekejap dan saya yakin orang tempatan boleh buat punya ni. Khas untuk mereka yang berbakat seni ataupun yang selalu kena kutuk sebab selalu melukis benda merapu masa inilah nak salurkan kebolehan pada jalan yang betul.
Jan 03
Scion xB RS 7.0: Amerika la pula!
Bosan asyik layan automotif dalam negara saja kita layan kereta seberang laut la pula. Kalau sekutu semua perasan sejak minggu lepas lagi saya post entri kereta dari Amerika, bukan apa pasaran sana besar, kereta pun macam-macam sebab itu hampir kesemua pembuat kereta mempunyai kilang di sana. Contohnya Toyota, syarikat ini saja ada 3 jenama iaitu Toyota, Lexus dan Scion. Toyota dipasarkan untuk orang kebanyakan, Lexus pula untuk pasaran premium manakala Scion untuk muda-mudi.
Scion xB Release Series 7.0 atau nama singkatnya xB RS 7.0 adalah model produksi terhad [limited edition] yang hanya dibuat sebanyak 2 ribu unit saja untuk pasaran Amerika.