Lotus semasa Pertunjukan Kereta Antarabangsa Geneva baru-baru ini memperkenalkan Lotus Evora 414E Hybrid Concept, model berprestasi tinggi yang menggunakan enjin hybrid. Model ini berkuasa 414ps, kelajuan pegun ke 97 km/j bawah 4 saat dan gear 7 kelajuan!
Mar 12
Ralliart Tutup Kedai!
Tak perlu cerita kehebatan Ralliart. Ralliart di mana-mana. Ada di setiap model prestasi Mitsubishi dan juga Proton. Di Perodua Kancil pun ada pelekat Ralliart. Di kereta Honda pun ada pelekat Ralliart. Ralliart adalah jenama yang besar.
Dan semalam, Masao Taguchi, Presiden Ralliart mengumumkan penala lagenda tersebut akan menamatkan operasi.
Mar 12
Kereta Untuk Majalah: GQbyCITROEN
Gua tuju entry ni kasi Sepat sebab gua syak dia memang suka baca majalah GQ. Dia selalu kutuk gua belakang-belakang. Tapi jangan risau gua tau lu memang ‘lelaki’ sejati. Kacak juga kereta Citroen ni. Kereta ni hasil kerjasama majalah GQ dengan Citroen sebab tu dia dapat nama GQbyCITROEN.
Mar 11
Pemenang Peraduan Style Your Smart!
Pada Januari lepas saya ada terbitkan satu entri mengenai peraduan Style Your Smart. Peraduan tersebut berjaya menarik lebih dari 8,000 penyertaan dari lebih 100 negara dengan lebih 50,000 desain!
Baru-baru ini pihak penganjur telah mengumumkan pemenang-pemenang yang berjaya memenangi wang tunai € 5,000.
Mar 10
Renjis-Renjis Dipilis! [2]
httpv://www.youtube.com/watch?v=84MfzWupQ10
Nampaknya Abang Saleh di atas gua jemput lagi untuk menyanyi sempena sekutu yang nak menikah.
Mar 10
WRC Mexico: Sebastien Loeb Juara!
Sebastien Loeb dan jurupandu arahnya Daniel Elena dari tim Citroen Total menjuarai pusingan kedua FIA World Rally Championship 2010 di Mexico hujung minggu lepas. Perlumbaan ke ‘langit’ sehingga 2730 meter tinggi dengan udara yang sangat nipis menjadikan kereta kehilangan kuasa sekitar 30 peratus.
Mar 09
Mercedes-Benz G Class!
Terima kasihlah pada Encik Matpon yang tolong post entri G Class [selingan mata 10] ni tapi tak buat artikel pun. Untuk pengetahuan sekutu GT, Mercedes G Class adalah kenderaan off road terbaik Mercedes. Anugerah yang dimenangi oleh G Class memang banyak, antaranya Off-roader of the Year sebanyak 7 kali dan Luxury off-roader daripada majalah Off Road.
Mar 09
Lexus CT 200h
Model yang baru dilancarkan Lexus di Geneva adalah CT 200h. Model hibrid ini adalah jawapan kepada mereka yang mahukan suatu yang premium dari Toyota. Lexus CT 200h adalah kereta hybrid pertama yang dilancarkan dalam kelas kompak premium. Dijadual untuk dikilangkan pada tahun ini, model terbaru Lexus ini disasarkan kepada golongan muda dan yang baru hendak berjinak-jinak dengan jenama premium dari Jepun ini.