Pemenang Peraduan Style Your Smart!

762748_1391075_5217_5291_10C239_05

Pada Januari lepas saya ada terbitkan satu entri mengenai peraduan Style Your Smart. Peraduan tersebut berjaya menarik lebih dari 8,000 penyertaan dari lebih 100 negara dengan lebih 50,000 desain!

Baru-baru ini pihak penganjur telah mengumumkan pemenang-pemenang yang berjaya memenangi wang tunai € 5,000.

Idea untuk peraduan desain ini datangnya dari pekerja dalaman Daimler yang dikenali sebagai Business Innovation Community. Kumpulan ini menggunakan platform intranet untuk mengemukakan sebarang idea dan staf lain akan memberi komen dan jika bersesuaian akan membangunkannya. Peraduan Style Your Smart adalah salah satu dari 1,300 idea yang dibincangkan.

Smart Fortwo

Berbalik kepada pemenang peraduan ini, pereka yang bertuah adalah Tamir Shefer dari Jaffa, Israel. Tamir berjaya memenangi hadiah utama yang bernilai € 1,500. Para juri terdiri dari 5 orang pakar industri iaitu Annika von Taube – Ketua Editor majalah Sleek, Rolf Sachs – Pereka Antarabangsa, Steffen Kohl – Pereka Mercedes-Benz dan Ketua Pereka Mercedes-Benz Advanced Design Studio, Nicole Israng – Pengurus Kanan Global Marketing Communications & Brand Management Smart dan Marc Langerbrinck.

Untuk keputusan lain dan rekaan yang lebih jelas, klik!

Sumber: Daimler

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

9 comments

Skip to comment form

    • storns78 on March 11, 2010 at 12:37 pm
    • Reply

    saya pertama

    • carragher27 on March 11, 2010 at 2:16 pm
    • Reply

    saguhati pun gua tak dapat..

  1. israel gak yang menang

    • Joule on March 11, 2010 at 3:19 pm
    • Reply

    Xstyle pn..

    Xsmart pn..

    Selera gua lain kot..

    • on March 11, 2010 at 4:49 pm
    • Reply

    Ape barang Israel punye rakyat plak yg menang…kasi la Palestine menang…Takbir….

    • ala lingkup on March 11, 2010 at 7:09 pm
    • Reply

    gua bru dpt info ralliart tutup kedai sapa2 leh comfirmkan

    1. Gua baru siap setel post bos gua pasal ni. Lu tunggu besok gua up. Babai. When drive Smart are you Smart? I got fren name Samad.

  2. Samad driving Smart…

    • Han on March 12, 2010 at 3:56 pm
    • Reply

    samad la plak..hahahaha..
    matpon, samad la lu..

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.