Kia Magentis

Kia Magentis

Generasi terbaru Kia Magentis akan dipertontonkan pada umum pada Pertunjukan Auto Antarabangsa New York 2010 bulan hadapan.

“Generasi terbaru Magentis mempunyai kuasa untuk membuat kejutan,” kata Peter Schreyer, Ketua Pereka Kia. “Ianya adalah kereta yang mana orang tidak akan sangka dari Kia – dan itulah yang kami rancang untuk capai.”

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Video: Proton Emas & Lotus Range Extender Engine!

httpv://www.youtube.com/watch?v=dNeExGwphzc

Rasanya melalui beberapa siri entri tentang Proton Emas dan Lotus Evora, sekutu semua dah biasa dengan sistem hybrid Lotus. Seperti yang kita maklum enjin Lotus Range Extender membekalkan kuasa pengecasan bateri dan kuasa pada motor elektrik untuk menggerakkan kereta.

Untuk pemahaman yang mudah, Lotus Engineering telah menghasilkan 2 video yang meringkaskan penerangan sistem hybrid tersebut. Ada 2 video, satu mengenai enjin Lotus Range Extender dan satu lagi mengenai sistem hybrid Proton Emas.

Wajib tonton!

Klik untuk video seterusnya >>

Silakan kongsi:

Toyota FT-86 = Celica, MR2, Supra, AE86

352160_59981toy-a-T_7211

Semakin banyak masa berlalu semakin lupa kita tentang warisan, ini bukan mengenai rasis atau sewaktu dengannya tetapi mengenai tujuan asal sesuatu perkara. Sebagai contoh, GT pada awalnya hanyalah blog yang cuba untuk lari dari kelaziman. GT muncul di celah blog lain berbahasa Inggeris yang mewujudkan ruang vakum untuk blog dengan medium bahasa kebangsaan wujud. Industri automotif lokal walaupun dengan berguni kutukan negatif tetap bergerak ke hadapan dan dari duduk sahaja memberi komen itu dan ini, kami mengambil keputusan untuk bersama melengkapi industri tersebut memberi input kepada pembaca dari sudut lain yang mungkin tidak boleh ditulis dengan ‘jujur’ di media lain.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Carmony.co.uk: Toyota tak Jatuh pun!

352302_carmony_neutral_co_uk

Lu orang mesti perasan skru GT kecuali Amid semua tak berapa into dengan Toyota. Apa kes gua pun tak tau. Tapi gua layan je tapi mana nak sama dengan Bugatti. Lu orang tau kan kereta Toyota berjuta kena panggil sebab rosak paddle minyak tapi gua nak bagitau jualan Toyota tak ada jatuh pun, makin naik ada. Website Carmony.co.uk punya laporan carian kata, googlan [google + carian] Toyota dalam web diaorang naik 10 % pada bulan Februari.

Bulan tu je 40 ribu orang cari Toyota Jo! Yeahh I love Bugatti tapi napa gua cari dalam tu tak ada Bugatti?

Sumber: Newspress

-Matpon-

Silakan kongsi:

F1 Bahrain 2010: Alonso Juara!

Mercedes GP Petronas

Perlumbaan pembukaan F1 di Bahrain menyaksikan 7 daripada 24 pelumba tidak menamatkan perlumbaan [DNF]. Dan dalam senarai pelumba DNF tersebut ialah Timo Glock dan Lucas di Grassi dari tim Virgin Racing.

Fernano Alonso dan Felippe Massa menghadiahkan kejayaan berharga buat Ferrari dengan kedudukan 1 – 2.  Tempat ketiga dimenangi oleh Lewis Hamilton dari tim McLaren manakala Sebastian Vettel dari tim Red-Bull Renault  mendapat tempat keempat. Pada awalnya beliau dijangka bakal menjadi juara namun lebur apabila keretanya mengalami masalah teknikal. Mercedes GP Petronas yang dipandu oleh Nico Rosberg dan Michael Schumacher masing-masing mendapat tempat kelima dan keenam.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Surrey Bandar Paling Banyak Lubang Di UK!

Baru-baru ini saya ada terfikir nak buat entri tulis – Memandu di KL macam berlumba di SS rali. Kereta saya setiap kali pergi buat jajaran & imbangan [alingment & balancing] memang wajib 1 atau 2 rim kena ketuk. Pernah sampai 3 sekaligus kena ketuk. Saya fikir benda macam ini hanya berlaku di negara membangun sahaja. Nampaknya saya silap, United Kingdom punya maju pun boleh tahan juga jalan berlubang. Kita tengok apa kata survey.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Lucciola: Macam Pernah Tengok kan?

lucciola

Macam pernah tengok kan kereta ini?

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Video: Pejalan Kaki Selalu Kena!

httpv://www.youtube.com/watch?v=UzGwUhIXLDk

Sekarang ni walaupun cuaca panas tapi petang-petang selalu hujan. Gua kesian pada Mat Kacau Bilau naik RXZ balik kerja. Harapkan Proton Tiara memang gagal. Hari tu gua ada balik rumah tak semena-mena gua kasi simbah air hujan sama orang jalan kaki. Bukan gua sengaja, gua pun tak nampak. Bila gua tengok video ni teringat pula pada brader tu. Gua syak menyumpah gila sama gua.

Agaknya macamana brader-brader yang jalan kaki dan pandu kereta atas flyover tu menyumpah bila keretapi lalu.

Drebar keretapi dah siap hon kasi warning.

Babai.

Sumber: Youtube

-Matpon-

Silakan kongsi: