Surrey Bandar Paling Banyak Lubang Di UK!

Baru-baru ini saya ada terfikir nak buat entri tulis – Memandu di KL macam berlumba di SS rali. Kereta saya setiap kali pergi buat jajaran & imbangan [alingment & balancing] memang wajib 1 atau 2 rim kena ketuk. Pernah sampai 3 sekaligus kena ketuk. Saya fikir benda macam ini hanya berlaku di negara membangun sahaja. Nampaknya saya silap, United Kingdom punya maju pun boleh tahan juga jalan berlubang. Kita tengok apa kata survey.

Hasil daripada Kia Motors UK Pothole Survey menamakan Surrey bandar paling banyak sekali ada lubang jalanraya. Ada 1,998 lubang yang menjejaskan 450,000 pengguna kenderaan di Surrey.

Mengikut kata pengedar Kia, kes kerosakan kenderaan akibat dari lubang semakin meningkat sejak bulan-bulan lepas dengan peningkatan sebanyak 150% di daerah yang paling teruk sekali keadaan jalanrayanya. Penyerap hentak rosak, rim rosak dan tayar terbelah paling banyak kes, purata kos nak baikpulih adalah GBP 750.

Untuk buat modal borak-borak dengan kawan-kawan kita baca statistik di bawah:

Daerah di Britain Paling Banyak Sekali Lubang:

  1. Surrey [1,998]
  2. Hampshire [892]
  3. Kent [857]
  4. Hertfordshire [855]
  5. Oxfordshire [796]
  6. Lancashire [733]
  7. Essex [734]
  8. West Sussex [680]
  9. Buckinghamshire [678]
  10. Gloucestershire [655]

Oklah Matpon mesti cair tempat-tempat ni sebab dia memang mengaku dari UK.

Sumber: Newspress

-Mak Uia-

Muhammad

24 Comments

  1. banyak betul lubang. tak nak kira ke jalan timur- barat ada berapa bnyak lubang?

  2. KL pun boleh masuk list ni…Jalan Sentul aja pun dah macam main kat Rally X

  3. jln yg bgi gua cantik kat malaysia;

    rompin-pekan
    manir-machang-kuala krai
    bachok-kt(jalan pantai)

    jln yg best nk test power;

    kuala klawang
    genting
    janda baik

    jln yg terbaek ialah jln kaki

    hah….tambah

  4. “laicikang Jalanan adalah kedai laicikang paling best kt tempat gua”…

    -saja nk bagi info kt jln2 cari makan…

  5. jalan yg diredhoi Allah!!
    jalan yg lurus… (gua dh insaf dh, tpi mat kcau..gua xpsti..mybe die msih setia merempit ngn Rxz blok Y1 beliau..hihihi)

  6. Giler…smlm gua nak gi Rawang tetiba sumer kete mengelak benda…sekali gua tgk ade sebijik lubang sebesar gajah kat depan traffic light TESCO baru Rawang…nasib baik siang…kalo mlm gua syak mesti ade yg tertonggeng punyer…Pihak berwajib sila siasat…

  7. Saper pulak la yang pegi sontot jalanraya kat sana sampai berlubang ni? Dah sangap kot orang2 kat sana sampai jalanraya pun jadi mangsa..

  8. info terbaru!!
    0)JALAN SUKEPI,BANTING (1,999)
    1)Surrey [1,998]
    2)Hampshire [892]
    bpe no tepon karam sigh walia aduan rakyat??

Kata Anda//