MR10: Gambar & Corat-Coret

MR10

Sepanjang dua tahun kebelakangan ini memang banyak acara rali yang saya tonton, tapi MR10 saya rasa macam yang terbaik pula. Saya tahu sekutu tak berapa nak baca artikel panjang-panjang macam yang sebelum ini, tapi saya kena buat juga sebab demografi pembaca GT bukan belia 4B sahaja tapi yang berusia dan pelbagai ras. Ingat majalah Stereng K-Kar? Dah lama lingkup sebab syok sendiri. Corat-coret ini saya ringkaskan bagi sekutu senang baca.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Baii: Gua Dah Cuba Proton Satria Neo Lotus Racing!

Proton Satria Neo Lotus Racing

Gua rasa dalam kebanyakan kereta-kereta Proton pasca Mitsubishi, satu-satunya kereta yang boleh gua terima secara konsepnya, ialah Neo. Waja mungkin kereta pertama Proton, tapi masih lagi berkongsi platform dengan Mitsubishi dan Volvo. Gen2 dan Persona memang gua tak puji dan tak kutuk, biasa-biasa sahaja, Exora? Susunan lampu belakangnya macam tak kena dengan garis bahu dan kontur tepi, depannya sempurna. Saga BLM? Walaupun Proton cenderung kepada keEropahan, pada pandangan peribadi gua, kereta ni nampak keKoreaan. Design yang gua tak pasti samada disedari atau tidak.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

MR10: Muhammad Rafiq Ketiga Piala Asia!

MRU Motorsports

Rali Malaysia 2010 berlangsung dengan jayanya sepanjang 3 hari hujung minggu lepas. 3 hari dengan cuaca tidak menentu, pemenang sebenar adalah penonton yang tidak berganjak tidak kira  hujan atau panas.

Alister McRae yang memandu Proton Satria Neo S2000 memulakan kempen sulung tim Proton R3 dalam Kejuaraan Rali Asia Pasifik [APRC] musim 2010, pada hari pertama beliau memandu dengan cemerlang, mengalahkan jentera turbo lain seperti Mitsubishi Evo 10 dan Subaru Impreza.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

MR10: Katsu Taguchi Juara!

aprc2010_podium

Rali Malaysia 2010 [MR10] baru sahaja tamat sebentar tadi, keputusan tidak rasmi adalah seperti berikut:

1. Katsu Taguchi/Mitsubishi Lancer Evo X

2. Gaurav Gill/Mitsubishi Lancer Evo X

3. Rifat Sungkar/Subaru Impreza

4. Muhammad Rafiq Udhaya/Subaru Impreza

5. Chris Atkinson/Proton Satria Neo S2000

Foto: MalaysianRally.com

Ulasan bakal menyusul kemudian, penat betul hari ni.

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

MR10 Leg 1: Alister di Depan!

aprc2010_LEG1B

Jika segalanya berjalan lancar hari ini, pemandu tim Rali R3 Proton Malaysia, Alister McRae mungkin boleh menaiki podium Kejuaraan Rali Asia Pasifik [APRC]. Beliau kini mendahului peserta lain dalam Leg 1 dalam kejuaraan yang berlangsung di Estet Tai Tak, Kota Tinggi.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

MR10: Perlumbaan Bermula!

MR10CeremonialStart.011

Saya sekarang berada di Johor Bahru membuat liputan Malaysian Rally 2010 [MR10]. Para peserta dari pelbagai negara dilepaskan malam tadi dan nantikan perkembangan perlumbaan dari semasa ke semasa.

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

F1: Schumacher Dapat Chasis Baru!

www.hoch-zwei.net

Encik ‘Sipuluh’ atau Michael Schumacher bukan sahaja dapat kereta yang ditingkat taraf semasa F1 Sepanyol akan datang tetapi turut dapat chasis yang memang lain dari sekarang ini.

Norbert Haug, bos besar Mercedes memaklumkan selepas F1 China yang kereta Schumey memang bermasalah. Nico Rosberg dalam sesi kelayakan mencatat keputusan yang lebih baik dan menang pula dengan seminit lebih dari juara dunia tujuh kali tersebut.

Schumey sekarang ini memang kena kutuk sakan. Tapi itulah dia, nak kata pun tak reti sebab kejuruteraan F1 memang rumit. Dan pada saya semua pemandu sama cuma faktor strategi, enjin dan chasis antara faktor kereta lembap ke tidak.

Foto: Mercedes

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

Selamat Tinggal Honda Civic Type R!

Honda Civic Type R

Mula-mula Honda tarik diri dari Formula 1, kemudian batalkan model penganti NSX dan sekarang ini Honda Civic Type R empat pintu pula ditamatkan terus produksinya. Type R ni memang kereta sport purist, hardcore dan memberikan keseronokan kepada pemandunya. Generasi pertama dilancarkan pada tahun 1997 dan dibuat di Suzuka. Generasi kedua dilancarkan pada tahun 2001 dan dibuat di UK, kemudian generasi ketiga pada tahun 2007 dan kembali dipasang di Jepun.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi: