Selamat Tinggal Honda Civic Type R!

Honda Civic Type R

Mula-mula Honda tarik diri dari Formula 1, kemudian batalkan model penganti NSX dan sekarang ini Honda Civic Type R empat pintu pula ditamatkan terus produksinya. Type R ni memang kereta sport purist, hardcore dan memberikan keseronokan kepada pemandunya. Generasi pertama dilancarkan pada tahun 1997 dan dibuat di Suzuka. Generasi kedua dilancarkan pada tahun 2001 dan dibuat di UK, kemudian generasi ketiga pada tahun 2007 dan kembali dipasang di Jepun.

CTR generasi ketiga merupakan model pertama yang diimport secara rasmi oleh Honda Malaysia dari Jepun dan untuk pengetahuan sekutu, selepas bertahun-tahun menulis sambilan di KERETA, pelancaran CTR adalah majlis pertama saya hadir bersama Baii dan kemudiannya saya ‘terserempak’ pula dengan kereta ini di Bandung, Indonesia. Tapi yang itu di bawa masuk oleh pengimport kelabu [grey importer].

Type R adalah kereta basik yang ditala untuk memberikan ‘feel’ yang sama seperti kereta perlumbaan. Pertama kali ditawarkan pada NSX tahun 1992, varian Type R kemudiannya ditambah pada Integra pada tahun 1995 dan Civic pada tahun 1997.

Pastinya CTR akan jadi kereta ‘rare’ lepas ini dan siapa yang ada RM200k boleh saja tempah sebelum produksinya tamat pada penghujung Ogos tahun ini.

Foto: Honda

-Mak Uia-

Muhammad

22 Comments

  1. saper2 yg ada keter ni akan dtg mesti leh jual dgn harga yg tinggi..pergh..best tuhh keter nie

  2. Best nya wording ni”siapa yang ada RM200k boleh saja tempah” macam sebut RM2.00 jer :). Tapi kalau ada memang syiok eh dapat beli CTR 🙂

  3. Gua ade sebijik motor kapcai C50 lampu bulat…antara yg paling “rare”…gear 1 tekan belakang tu…wa cakap lu…gear ade 3 jer…gear 3 pun boleh wheelie lagi…hebat2…

  4. jgn mimpi r kwn nk beli fd2 pas2 nk convert…
    halfcut pn nak tutup thn dpn…
    pkai ctr dlm mimpi je r bro…

  5. Gua ade sebijik motor kapcai C50 lampu bulat…antara yg paling “rare”…gear 1 tekan belakang tu…wa cakap lu…gear ade 3 jer…gear 3 pun boleh wheelie lagi…hebat2…

  6. honda akan jadi pengeluar kereta-kereta lembut lepas ni. sama macam toyota sekarang.

  7. uuwala wei…kenape? kenape? aku baru berangan nk tangkap..200 hinggit x pe la..tu la org cakap jgn masuk F1.membazir..pas ni pakai honda cup jer la….cam caparzo

  8. Honda Freed dah launch…Layan mini MPV la plak…Rege dah lebih kurang Jazz MyviTec sepat jer…hahaha…

  9. Gua ade sebijik motor kapcai C50 lampu bulat…antara yg paling “rare”…gear 1 tekan belakang tu…wa cakap lu…gear ade 3 jer…gear 3 pun boleh wheelie lagi…hebat2…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *