MR10: Gambar & Corat-Coret

MR10

Sepanjang dua tahun kebelakangan ini memang banyak acara rali yang saya tonton, tapi MR10 saya rasa macam yang terbaik pula. Saya tahu sekutu tak berapa nak baca artikel panjang-panjang macam yang sebelum ini, tapi saya kena buat juga sebab demografi pembaca GT bukan belia 4B sahaja tapi yang berusia dan pelbagai ras. Ingat majalah Stereng K-Kar? Dah lama lingkup sebab syok sendiri. Corat-coret ini saya ringkaskan bagi sekutu senang baca.

MR10Leg01.131

  • Saya 50-50 nak ke MR10, Baii ada hal, Bard tak jadi ikut 3 hari sebelum datang. Hotel pun tak confirm, bukan setakat tak confirm, nak duduk hotel mana pun tak tau. Tapi dah stim dekat Proton Satria Neo S2000, saya pergi juga dengan gengsawantengokrali. Dapat pas media, hotel media.
  • Yang tengok rali kali ini memang ramai, sebabnya nak tengok Neo S2K. Maknanya pengikut rali memang ada, diaorang nak tengok kereta hebat-hebat. Tapi banyak penaja buat rancangan hiburan, jadinya diaorang tak boleh taja rali dah. Kena pakai Satria yang dah 10 -15 tahun.
  • Neo S2K tu memang laju, Evo, Impreza semua dia sebat. Alister McRae pandu macam hari esok dah tak ada, dia buat kereta tu macam basikal.
  • MEM tak sangka pun Neo tu boleh kalahkan kereta lain.
  • Alister dan Chris Atkinson stail pandu berbeza. Alister jenis sekolah lama [old school], bila selekoh dia akan ‘buang’ kereta kemudian baru balas balik. Chris pula jenis ada racing line, sebelum selekoh, brek dulu bagi sedap baru masuk selekoh. Alister suka blip pedal minyak bagi rpm tinggi, Chris pula pandu stail kereta turbo, pedal minyak dia maintain je, tapi dua-dua orang pemandu ni memang kelas dunia, ada juga Chris kalahkan Alister.
  • Neo Chris buat hal misteri nusantara, tiba-tiba enjin padam, keluar kereta baru hidup. Alister pula mendarat atas tanah dengan bumper, kipas radiator patah. SS lepas tu terus kereta berasap. Tapi sebelum tu Alister catat masa terpantas.
  • Alister tak puas hati, balik hotel dari pukul 4 petang melepak dekat b** sampai pukul 3 pagi. Cakap dengan orang pun malas. Saya nak tegur pun tak berani.
  • Jagdev Singh, jurupandu arah Karamjit Singh tumpang naik kereta saya masa nak ke ceremonial start. Bangga kejap sebab champion naik kereta. Nasib tak suruh autograf tunjuk sama Mat Kacau, Matpon, Baii, Amid dan skru GT/Kereta yang tak boleh nak pakai sangat.
  • Evo 8 Karamjit gagal pemeriksaan FIA sebab tangki minyak. Nasib ada kereta Gunaseelan Rajoo, dapat pinjam dia punya tangki. Bila lumba differential 4WD pula buat hal.

MRU Motorsports

  • Banyak champion jadi jurugambar, contohnya Faidzil Alang dan Gunaseelan Rajoo. Masing-masing bawa kamera.
  • Masa hujan, penonton tak berganjak, bagi sokongan pada pelumba terutama sekali Neo S2K.
  • Tapi aura penonton lokal tak sama dengan penonton Eropah. Sebab itu gengsawantengokrali buka dan kibar baju dan terpekik terlolong bila kereta rali lalu bawah panas terik. Eropah la sekejap lepas tu kena simbah dengan debu dan tanah.
  • Tuan punya MRU Motorsports memang jenis suportif, dia minta pelekat GT, semua kereta MRU ada pelekat GT. Dua buah Subaru Impreza dan sebuah Proton Satria Neo Mivec. Paling menarik bila 2 buah Impreza tu menang podium MRC, tak pasal GT dapat naik podium.
  • Dalam masa yang sama, ada Jom Heboh dekat Teluk Danga, macam biasa, sekutu boleh agak mana lagi orang suka pergi.
  • Mazlan Pet-Pet pun datang, baru saya tahu dia ni pengikut rali sebab dia kenal dengan Rizal Sungkar, dia juga tahu Karamjit dan adik beradik Sungkar bermusuh. Tapi dalam rali je lah. Saya bagi pelekat GT, dia minta lagi yang saiz besar.
  • Bos besar R3, Tengku Djan berlumba drift di Singapura, pada masa yang sama tim R3 berlumba rali. Memang diaorang ni ahli sukan permotoran sejati.
  • Rali Antarabangsa memang bagus sebab kita boleh tengok teknologi dan pengurusan tim diaorang. Gua cadangkan budak-budak U/Poli/Kolej datang turun lain kali. Pendedahan macam tu boleh buka mata dengan lebih luas.
  • Nama Proton kini dah ada dalam banyak cabang sukan, badminton, tenis, Formula 1 dan Rali. Saya rasa Proton tak perlu masuk IRC atau WRC. APRC pun dah cukup, biar menang APRC baru pergi acara lain.
  • Dalam banyak-banyak kereta Jepun, ada sebuah Peugeot 206.
  • Lupa nak bagitahu, MRU Motorsports tu tajaan sendiri bos dia, Muhammad Rafiq. Kalau sekutu rasa suspensi Ohlins Satria Neo Lotus tu dah mahal, suspensi pada Satria Neo Mivec MRU harga RM40k.

MR10Leg01.090

-Mak Uia-


Muhammad

18 Comments

  1. lan pet pet pakai kete apa skrg?/ dulu masa pakai impreza ver 4 tak salah aku .. aku jumpa kat kedai tayar ss3 dia lenjan impreza macam esok tak bermakna.. haha

    well done on the coverage.. aku dpt invitation dari sapo tah.. ajak naik jazz ke JB.. huhh.. wa tak naik jazz tu.. musuh myvi gua..!

  2. lain waktu gua nak folo lu mat..kita tong-tong minyak… itu ari gua balik kampung..

  3. gile mahal suspensi MRU?belum msk gearbox mau gugur isi perut?
    mazlan petpet pki bmw g ke?gua sokong proton..i love proton..yeahhh….

  4. Gua final exam ada 2 paper mggu ni..
    Kalau g tgk nnt mak marah..
    Makwe pn marah..
    So gua tggu berita Mak UIA je..
    Huihuihui..

  5. Mazlan pet pet mmg syok habis. Geng main keta gak ni. Rasa2 pasni nak maen rally plak dah boring asyik drift je.

  6. Its a great write up. Straight to the point. Orang Penang cakap “Piau Punya” 🙂

  7. Tumpang lalu..naper dalam byk2 race rally, Proton waja jarang/xder org pakai race? Xpower @ xder sponsor?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *