F1: GP Sepanyol 2010: RedBull Lagi kat Depan

687560463-1259852010

Na na na, gua kena kerja hari Ahad, tak sempat gua nak cuci longkang lap tingkap hari ni. Malam karang ada Formula 1 pukul berapa pun gua tak tau. Gua jenis tidur awal ok. Tapi kali ni Michael Schumacher mula depan Nico Rosberg. Itu je ok, lu orang baca kesimpulan cerita gua kat bawah. Gua copy paste artikel lama. Keh keh keh.

  1. Mark Webber/RedBull Renault
  2. Sebastian Vettel/Redbull Renault
  3. Lewis Hamilton//McLaren Mercedes
  4. Fernando Alonso/Ferrari
  5. Jenson Button/McLaren Mercedes
  • 6. Michael Scuhmacher/Mercedes GP Petronas
  • 8. Nico Rosberg/Mercedes GP Petronas
  • 19. Jarno Trulli/Lotus Racing
  • 20.Heikki Kovalainen/Lotus Racing

-Matpon-

Silakan kongsi:

KGG: FSU ke Pasir Salak!

IMG_4168

Salam Gear Tinggi dan Majalah Kereta,

Sekali lagi bersua, saya Mohd Hairi Azli Bin Saad @ mharryz selaku admin di www.ForumSagaUtara.com ( FSU ) ingin berkongsi cerita mengenai aktiviti di FSU, tanggal 1 dan 2 mei 2010 satu perjumpaan terbesar telah dibuat di Pasir Salak Resort, Perak yg mana telah berjaya mengumpulkan hampir 200 penyertaan dan melibatkan hampir 150 buah kenderaan proton Saga dan Iswara generasi pertama. Harap laporan serba ringkas ini mendapat tempat di Majalah Gear Tinggi dan Majalah KERETA untuk dimuatkan dalam ruangan komuniti kelab kereta, antara kelab2 kereta yg terlibat dalam program tahunan ini adalah:

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Subaru Legacy: Kereta Paling Selamat di Jepun!

Subaru Legacy

Dulu-dulu antara Mitsu dan Subaru, saya lagi suka Mitsu mungkin sebab faktor Proton – Mitsu. Dan negara kita memang terkenal sebagai tanah Mitsu [Mitsu Land] manakala Singapura sebagai tanah Subaru [Subaru Land]. Walaupun saya minat dengan Evo tapi setiap kali Impreza melintas boleh tahan jugala kepala teleng nak tengok kereta ni. Tapi sekarang ini minat dari Evo dah beralih sikit pada Impreza tambahan pula Amid sekarang ini dah pandu Forester.

Untuk pengetahuan sekutu, Subaru Legacy secara rasminya dinamakan sebagai Kereta Paling Selamat di Jepun untuk tahun 2010 selepas dianugerahkan Grand Prix 09/10 dalam Japan’s New Car Assessment Programme [JNCAP]. Ini adalah adalah tahun ketiga Subaru menerima tauliah tersebut selepas Impreza pada tahun 2007 dan Forester pada tahun 2008. Subaru Legacy adalah satu-satunya kereta yang memenangi anugerah terulung tersebut dari 17 kereta lain yang diuji.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Skuter Valentino Rossi ni Brader!

362959_060510yam_aeroxtyrr

Gua selalu tengok skuter guna sticker moto resing. Tapi tu replika kalau lu orang nak asli masli boleh pasang hajat beli skuter ni ok. Tapi gua rasa kalau lu orang belajar London sebab skuter ni ada kat sana je. Ataupun bawak balik guna pesawat Udara Asia [Air Asia]. Skuter ni nama ikut geran Yamaha Aerox ‘Team Replica’.

Skuter Encik Rossi enjin dia kecik, 50cc sama macam Honda Cub tapi sebab ada logo Rossi jadi apa ada hal kalau lembap pun. Buat jalan-jalan pergi beli sirap bandung pun bagus ni.

Harga dia 2,399 duit UK je ni brader.

Foto: Newspress/Yamaha UK

-Matpon-

Silakan kongsi:

Bugatti Kena Lelong Juta-Juta!

800px-RL_1938_Bugatti_57SC_Atlantic_34_2

Selamat tengahari geng. Kalau lu orang nak tau Bugatti Type 57SC jenis ni baru lepas kena lelong harga 30 juta dolar Amerika. Kalau darab duit Malaysia entah berapa puluh juta.

Keh keh keh, I like.

Foto: Wikipedia/Ralph Lauren dekat Muzium Fine Art Boston dengan lesen ni.

-Matpon-

Silakan kongsi:

Tiket SUPER GT Sepang Percuma dari Honda!

OrbingAdventure-banner

Untuk peminat sukan ekstrim dan Honda, anda dijemput untuk menyertai pertandingan kembara ke Hulu Langat anjuran Honda Malaysia. Peserta akan disatukan dalam kumpulan bagi mengharungi cabaran dan kumpulan yang menang akan mendapat tiket tempat duduk utama Super GT Sepang yang akan berlangsung pada 20 Jun ini.

Aktiviti yang menyeronokkan dan mencabar peserta diatur oleh penganjur seperti halangan bertali setinggi 30 kaki dan permainan Olimpik Orb. Untuk pengetahuan sekutu, permainan Orb adalah di mana peserta akan diikat dalam bola besar dan kemudian akan dilancar ke bawah cerun!

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Buat Kursus Sukan Permotoran – Menteri Belia dan Sukan

DSC_6209Sekali lagi berita pasal Menteri Belia dan Sukan kita – Datuk Ahmad Shabery Cheek pada Isnin lepas menyarankan supaya IKBN menawarkan kursus sukan permotoran. Katanya IKBN sekarang ini menawarkan 67 kursus kemahiran tetapi satu pun tak ada pasal sukan permotoran. Setakat yang saya tahu The Otomotif College saja yang ada Diploma in Motorsports Technology tapi kalau kerajaan nak buat sijil macam tu memang bagus, barulah profesional kru drag, cub prix, rali, MMER dan macam-macam lagi sukan lumba.

Patutnya pensyarah ‘U’ kena wajibkan pelajar bidang automotif turun atau jadi kru perlumbaan tak pun buat silibus sukan permotoran. Barulah bertambah maju sukan permotoran kita kan. Budak-budak kita bukan tak nak belajar tapi kursus tak kena sebab yelah bukan semua mampu nak belajar Ijazah Kejuruteraan Automotif.

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

Video: Kartun The Driver

httpv://www.youtube.com/watch?v=iVH6T9tQsRc&feature=player_embedded

Huuaaahhh. Apo lah budak zaman sokarang nie buek cerito ganas, nak keno ado isap rokoklah, langgar sano sini. Bueklah cerito yang berilmiah sket.

Lu orang dengar nasihat gua ni ok.

Babai. Gua nak tdo laie.

-Matpon-

Silakan kongsi: